13 Tempat Menarik Untuk Percutian Di Pasir Gudang Johor | Pasir Gudang adalah sebuah bandar perindustrian yang berada di Mukim Plentong, Daerah Johor Bahru, Johor, Malaysia. Pelbagai industri seperti pengangkutan, logistik, perkapalan dan juga industri berat seperti petrokimia juga ada di sini.

Tahukah anda selain terkenal sebagai kawasan pelabuhan ia juga menempatkan banyak tempat menarik di Pasir Gudang Johor? Sektor utama bagi bandar yang berada di daerah Johor Bahru ini adalah industri berat seperti pengangkutan dan logistik serta pembinaan kapal. Terdapat banyak tempat – tempat menarik dekat sini.

Nak tahu dimana lokasi – lokasi menarik di kawasan ini? Teruskan membaca senarai 13 tempat menarik di kawasan ini.

1. TS Wonderland Indoor Water Theme Park

Persekitaran moden dan selamat yang ditawarkan pasti mengujakan kita semua. Selain itu, ada juga sebuah taman permainan yakni Space Adventure yang dijamin buatkan anak – anak anda teruja. Segala kemudahan seperti tempat makan, tempat persalinan dan tempat parkir kereta lengkap disediakan.

2. Muzium Layang-Layang

Muzium ini dibuka pada tahun 2002 dan adalah muzium layang – layang pertama di Malaysia. Lokasi ini mempamerkan peralatan dan banyak jenis layang – layang yang digunakan seluruh dunia. Anda bakal dapat banyak ilmu dan sejarah tentang layang – layang di muzium ini.

3. Taman Pertanian Kong Kong

Taman Pertanian Kong Kong yang terkenal sebagai tempat menarik di Pasir Gudang ini berfungsi sebagai muzium buah – buahan dan juga buah – buahan nadir yang hampir pupus sebagai khazanah warisan negeri. Ia dibina atas tujuan untuk mewujudkan satu persekitaran semula jadi yang menarik.

4. Masjid Jamek Pasir Gudang

Masjid Pasir Gudang Jamek (Masjid Jamek Pasir Gudang) adalah masjid pertama yang dibina di Pasir Gudang, Johor, Malaysia. Ia mula digunakan pada tahun 1989. Menariknya, masjid ini telah memenangi anugerah Lanskap Peringkat Kebangsaan bagi Kategori Masjid.

5. Bukit Layang-Layang

Bukit Layang-Layang sangat sesuai untuk anda santai – santai mahupun berekreasi. Tempat menarik di Pasir Gudang ini berada di tengah – tengah kesibukkan kota industri Johor. Ia juga disebut sebagai tempat pertemuan pelayang dari segenap penjuru dunia ketika Festival Layang-layang Antarabangsa Pasir Gudang.

6. Pasir Layar

Pasir Layar adalah sebuah pantai yang agak masyhur di daerah Pasir Gudang. Kedudukan pantai ini sangat strategik selain laut dan pantai yang juga bersih dan jernih. Pasir Layar telah menjadi lokasi tetap bagi Kejohanan Perahu Layar Terbuka Johor bermula pada tahun 2003.

7. Tanjong Puteri Golf Resort

Anda cari resort yang menarik sekitar Pasir Gudang. Silalah ke Tanjong Puteri Golf Resort? Resort yang dibina dengan keluasan 833 ekar ini adalah salah satu dari resort golf yang terbesar dan paling berprestij di Malaysia. Lokasi ini pasti menjanjikan pengalaman yang tak boleh dilupakan buat penggemar sukan golf.

8. Litar Pasir Gudang

Litar yang berada di Pasir Gudang ini adalah satu – satunya litar bagi sukan permotoran yang ada di negeri Johor. Ia dibina pada tahun 1985 dan dirasmikan oleh Sultan Iskandar yang menjadi Sultan Johor 1986. Ramai yang ambil kesempatan untuk berkunjung ke tempat menarik di Pasir Gudang ini.

9. Aeon Mall Permas Jaya

Aeon Mall Cawangan Permas Jaya ini boleh disebut sebagai tempat membeli belah di daerah Pasir Gudang selain dari tempat menarik di Pasir Gudang. Walaupun ia berada di Masai, namun tempoh perjalanan ke sini sekitar 10 minit sahaja dari Pasir Gudang.

10. Turkish Restaurant

Anda harus datang ke Turkish Restaurant untuk mencuba masakan asli tradisional Turki. Restoran ini menyajikan kepada anda juadah asli Turki dan lebih menarik ais krim Turki yang terkenal itu turut berada di sini. Saya syorkan kepada anda untuk mencuba kebab dan Lamb Mendy di restoran ini. Cuba sekali pasti nak lagi.

11. Uptown Pasir Gudang

Sejak pembukaannya bulan Julai tahun lalu, Uptown ini dapat sambutan hebat bukan sahaja dari penduduk setempat malah dari daerah lain juga turut hadir. Ia bukan sahaja tapak jual beli semata – mata namun Uptown ini lebih mengutamakan konsep tempat untuk melepak dan santai – santai pada semua peringkat umur.

12. Bazaar Karat Pasir Gudang

Nak cari barang dengan harga yang murah? Bazar Karat Pasir Gudanglah tempatnya. Bagi penggemar barangan antik, tempat menarik di Pasir Gudang ini membolehkan anda membeli banyak barangan antik yang sangat berbaloi. Disamping itu, bazar ini menjual pakaian, perhiasan, makanan dan banyak lagi.

13. Sri Pantai Seafood

Sri Pantai Seafood adalah salah satu kedai makan bertemakan makanan laut yang terbaik di Johor. Makanan lautnya segar dan lazat malah harga pula berpatutan. Sambil nikmati juadah, anda akan disajikan angin laut yang bertiup sesepoi bahasa.

 

Itulah 13 tempat menarik di Pasir Gudang yang telah kami kongsikan. Walaupun daerah Pasir Gudang jarang disebut sebagai pusat pelancongan, tetapi siapa sangka daerah ini kaya dengan tempat makan, rekreasi, penginapan dan bersejarah.

Share.

Leave A Reply