13 Tempat Menarik Untuk Percutian Di Raub Pahang | Raub merupakan salah satu daerah yang berada di negeri Pahang. Negeri ini menyimpan khazanah alam yang cukup indah untuk di terokai oleh kita semua. Bertuahnya penduduk Raub, selain dari kaya dengan khazanah alam, Raub juga begitu popular dengan makanan yang begitu sedap resipe turun termurun mereka.

Tiap kali tiba cuti sekolah, pastinya anda tercari – cari tempat menarik untuk membawa anak – anak bercuti. Biasanya orang akan memilih kawasan tanah tinggi yang sejuk seperti Cameron Highlands atau pantai dan pulau – pulau. Kali ni, apa kata anda bercuti ke Raub, Pahang. Ada banyak tempat menarik di Raub yang belum diketahui ramai.

Nak tahu dimana lokasi – lokasi menarik di bandar ini? Teruskan membaca senarai 13 tempat menarik di kawasan ini.

1. Pulau Chekas

Pertama sekali tempat menarik di Raub yang CV nak bawakan ialah Pulau Chekas. Pulau Chekas berada di Ulu Dong, Raub. Ianya berada berhampiran Kampung Tradisional Pamah Kulat. Jika anda menaiki kenderaan dari jalan besar ke jalan kampung ianya mengambil masa lebih kurang 15 minit.

2. Raub Durian Orchard

Seterusnya CV nak bawakan anda ke Raub Durian Orchard. Di sini adalah syurga buat peminat durian! Raub Durian Orchard adalah antara pengeluar durian Musing King terbesar di Malaysia. Ia mempunyai keluasan kebun sebesar 10 ekar yang terletak lebih kurang 15 minit dari bandar Raub.

3. Tanah Aina Fahad

Seterusnya tempat menarik di Raub yang CV nak bawakan anda ialah Tanah Aina Fahad Ulu Dong. Tanah Aina ini ada banyak tempat, salah satunya ialah di Raub. Konsep yang ditonjolkan oleh Tanah Aina ialah konsep percutian mewah yang eksklusif di dalam hutan. Tanah Aina Fahad ini berada di Ulu Dong, Raub.

4. Tanah Aina Farouq

Selain Tanah Aina Fahad, terdapat juga Tanah Aina Farouq yang juga terletak di Raub. Ianya termasuk di dalam senarai tempat menarik di Raub. Tanah Aina Farouq ini terletak di Tras, Raub. Ianya tidak jauh dari bandar Raub. Konsep percutian di sini ialah konsep eko-percutian di mana anda akan merasai percutian tanpa percemaran atau korosakan hutan.

5. Bilut Hills Resort

Tempat menarik di Raub yang seterusnya ialah Bilut Hills Resort. Apa yang menarik di Bilut Hills Resort ialah homestay yang besar dan sungguh selesa. Anda bakal ditemani panorama bukit dan hutan yang sungguh indah. Pada waktu malam anda bakal ditemani dengan bungi unggas yang sungguh menghiburkan.

6. Chalet Pak Teh

Seterusnya tempat menarik di Raub yang CV nak bawakan ialah Chalet Pak Teh. Chalet Pak Teh terletak di Kampung Ulu Sungai, Raub. Apa yang menarik di Chalet Pak Teh ialah keunikan binaan chalet yang begitu menarik. Ianya dibina menggunakan bahan binaan tempatan, bahan kitar semula, dan kayu – kayu hutan.

7. Laman Pesona Resort & Spa

Tempat menarik di Raub yang seterusnya ialah Laman Pesona Resort & Spa. Apa yang best di sini ialah kemudian untuk menginap yang selesa dan nyaman. Laman Pesona Resort & Spa ini terletak di Cheroh, Raub. Ianya tidak jauh dengan bandar Raub. Pelbagai kemudian disediakan di sini untuk anda berehat-rehat.

8. Casabrina Vacation Villas

Baiklah seterusnya kita akan ke tempat ala-ala Bali, Indonesia iaitu Casabrina Vacation Villas. Casabrina Vacation Villas ini menjadi salah satu tempat menarik di Raub adalah kerana rekaan villa yang sungguh cantik seperti di Bali. Terdapat variasi jenis villa di sini yang bukan hanya menarik pelancong dalam negara malah pelancong dari luar negara juga

9. Lata Jarum

Okay seterusnya tempat menarik di Raub ialah Lata Jarum. Lata Jarum terletak di Ulu Dong. Jarak dari Pekan Dong adalah lebih kurang 14 km dan dari bandar Raub lebih kurang 35 km. Lata Jarum adalah salah satu sungai yang sangat terpelihara kecantikannya. Airnya sangat jernih dan bersih.

10. Jeram Besu

Apa yang menarik di Jeram Besu adalah pelbagai aktiviti di sediakan di sini seperti berkayak, berkenu, dan berakit. Buat penggemar-penggemar sukan lasak, Jeram Besu patut menjadi pilihan anda. Kemudian yang disediakan di Jeram Besu juga cukup lengkap dengan penginapan dan kedai makan.

11. Lembah Temir

Seterusnya tempat menarik di Raub yang tidak kurang hebatnya ialah Lembah Temir. Ianya terletak Sungai Ruan, Raub. Lembah Temir sangat menyeronokkan kerana resort yang disediakan cukup strategik. Dihadapan pintu resort terdapat sungai yang sesuai untuk bermandi-manda. Jadi keluar saja bilik anda boleh terjun ke sungai.

12. Fraser Hill

Tempat menarik di Raub yang seterusnya ialah Fraser Hills. Sebuah tempat yang jauh dari kesibukan kota dan sungguh menenangkan. Suhu dingin sekitar 20 hingga 23 darjah celcius cukup menenangkan hati anda. Ketinggian Fraser Hills adlaah 1524 meter di atas paras laut. Ianya cukup memberi pemandangan yang cukup mengasyikkan.

13. Gunung Benom Resort

Tempat menarik di Raub yang seterusnya ialah Gunung Benom Resort. Gunung Benom Resort ini berada di kaki Gunung Benom. Ianya terletak bersempadan di antara Jerantut, Temerloh, dan Raub. Buat anda pencinta alam semulajadi, Gunung Benom Resort patut menjadi pilihan anda.

 

Banyak je kan lokasi yang anda boleh kunjungi? Lagi-lagi ianya mendekatkan anda dengan alam sekitar. Destinasi yang tepat bagi anda yang nakkan ketenangan dan jauh dari bandar. Cuaca di sini juga redup dan tak panas. Ayuh, rancang percutian anda ke Raub. Jangan lupa untuk tempah hotel di Booking.com. Memang berbaloi!

Share.

Leave A Reply