13 Tempat Menarik Untuk Percutian Di Skudai Johor | Skudai berada di dalam daerah Johor Bahru yang bersempadan dengan Pontian, Kota Tinggi dan Kulai Jaya. Bandar ini diurus oleh Majlis Bandaraya Iskandar Puteri. Tambahan pula, sebab utama ia digelar sebagai ‘Bandar Universiti’ adalah kerana di sini terletaknya Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Tahukah anda bahawa selain dikenali sebagai tempat menimba ilmu, Skudai juga menempatkan banyak tempat menarik di UTM Skudai ini? Antaranya ialah tidak lain tidak bukan iaitu taman tema Legoland dan pusat beli – belah Johor Premium Outlets. Selain itu, ada banyak lagi tempat yang menarik sesuai untuk anda lawati bersama keluarga.

Nak tahu dimana lokasi – lokasi menarik di kawasan ini? Teruskan membaca senarai 13 tempat menarik di kawasan ini.

1. Golden Screen Cinema, Skudai

Golden Screen Cinema, Skudai ialah pawagam yang berada di dalam Paradigm Mall. Menariknya di sini, ia lengkap dengan sistem bunyi yang canggih tau! Sistem bunyi “Dolby Atmos Sound” memberi efek bunyi yang sedap didengar ketika anda menonton wayang. Barulah syok macam ni.

2. Paradigm Mall

Selain menonton wayang, ada banyak pilihan outlet yang boleh anda kunjungi di Paradigm Mall ini. Terdapat banyak pilihan barangan berjenama yang ditempatkan di sini seperti Adidas, Nike dan Uniqlo. Tambahan pula, anda boleh berhibur dengan bermain ice skating, rock climbing dan hoki ais sebagai aktiviti menarik di Johor.

3. Thyme Spa

Spa dan kaum wanita memang tidak dapat dipisahkan. Hal ini kerana, setiap wanita pasti mengimpikan tubuh yang ramping dan wajah yang cantik flawless kan? Thyme Spa adalah tempat yang sesuai untuk kaum wanita mencantikkan diri sendiri.  Terdapat 5 jenis terapi yang dilakukan iaitu terapi genkilogi, penjagaan wanita, mengaktifkan sel-sel kulit muka, kurus dan spa hydro.

4. Hutan Bandar MPJBT

Mencari aktiviti menarik di Johor yang best? Mari hirup udara segar di taman rekreasi Hutan Bandar MPJBT. Berbagai aktiviti yang boleh anda lakukan di sini yang bebas dari hiruk – pikuk kota. Antaranya ialah berbasikal, joging, bersenam dan banyak lagi di tempat menarik di UTM Skudai ini.

5. Lapangan Terbang Antarabangsa Senai

Ditubuhkan pada tahun 1974 jadikan Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Johor sebagai lapangan terbang ke-5 tersibuk di Malaysia. Lapangan terbang ini diurus oleh Perkhidmatan Terminal Lapangan Terbang Sdn.Bhd. Selain itu, di sini anda berpeluang untuk melihat kapal terbang berlepas dan mendarat secara lebih dekat.

6. Escape Room Johor

Asyik berjalan nikmati pemandangan sahaja, mari tukar angin bermain permainan menguji minda pula! Escape Room Johor adalah permainan untuk anda mengatur strategi untuk loloskan diri dari bilik kurungan dalam masa yang ditetapkan. Terdapat 3 jenis tema yang boleh anda pilih untuk aktiviti menarik di Johor ini iaitu tema pembunuhan, seram dan siasatan.

7. Lost in JB : The Haunted House

Anda berani dalam cabaran mengharungi aktiviti lasak? Tetapi adakah anda cukup berani untuk menerokai ke dalam rumah hantu? Jika anda ingin tahu, mari menguji tahap keberanian anda di tempat menarik sekitar Skudai iaitu Lost in JB: The Haunted House. Sedikit peringatan untuk anda yang ada masalah jantung, tempat ini tidak sesuai untuk anda!

8. Johor Premium Outlets

Jika di negeri Melaka ada Melaka Premium Outlets, di negeri Johor pula ada Johor Premium Outlets sebagai tempat menarik sekitar Skudai. Bagi anda peminat koleksi barangan berjenama dan mewah, di sinilah tempatnya. Pusat beli – belah high class ini ditubuhkan pada tahun 2011 dengan menempatkan sekitar 150 kedai.

9. Pantai Rekreasi Desaru

Warna air laut yang biru dan jernih sememangnya menambat hati pengunjung untuk bersantai sebagai tempat menarik di UTM Skudai ini. Terdapat aktiviti best yang boleh dibuat di Pantai Rekreasi Desaru ini iaitu berenang, snorkeling dan berkelah. Di samping itu, banyak tempat penginapan menarik seperti resort dan hotel berdekatan UTM Skudai untuk anda bermalam.

10. Legoland

Sebut sahaja Legoland pasti anda terbayangkan betapa banyak lambakan lego yang ada di situ kan? Tempat menarik di Skudai ini adalah taman tema berkonsepkan ‘lego’ yang pertama di Asia tau! Ia amat sesuai dikunjungi oleh seisi keluarga. Di sini anda boleh lihat ada banyak mini model bangunan di seluruh dunia yang diperbuat dari lego.

11. Hello Kitty Town Sanrio

Anak – anak gadis memang tidak dapat dipisahkan dengan warna merah jambu kan? Begitu juga warna merah jambu yang menjadi warna rasmi watak kucing comel yang dikenali sebagai “Hello Kitty”. Para ibu bapa, anda boleh membawa anak – anak anda menemui kartun comel ini di Hello Kitty Town Sanrio.

12. Hotel Zamburger Lavender Nusa

Mencari hotel dekat dengan UTM Skudai yang miliki taraf 3 bintang? Hotel Zamburger Lavender Nusa adalah lokasi ideal untuk anda menginap. Ia berada berhampiran dengan Legoland, Lapangan Antarabangsa Senai dan Johor Premium Outlets. Antara jenis bilik yang ditawarkan ialah superior double room, deluxe double room, deluxe twin room, deluxe family room, single room dan superior twin room.

13. SmoR Hotel

Smor Hotel adalah hotel berdekatan UTM Skudai yang miliki taraf 2 bintang. Ia berada dekat dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Senai dan AEON. Selain itu, hotel ini punyai 34 bilik yang lengkap dengan kemudahan wifi percuma. Tambahan pula, bilik arked, bilik permainan biliard dan taman permainan turut ada di hotel ini.

 

Kesimpulannya, Skudai adalah pusat tempat menarik yang boleh anda lawati bersama keluarga. Banyak lagi tempat menarik yang pasti membuatkan anda tidak mahu meninggalkan kota Skudai. Skudai juga menjadi destinasi pelancong yang datang ke sini dari seluruh negara. Saya pasti lebih ramai daripada anda pernah datang ke tempat menarik di Skudai ini.

Share.

Leave A Reply