13 Tempat Menarik Untuk Percutian Di Tanjung Malim Perak | Tanjung Malim adalah sebuah bandar yang berada di selatan negeri Perak, bersempadan dengan Selangor dan Pahang. Bandar ini dikenali sebagai Bandar Pendidikan kerana terdapat Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang menjadi salah satu Institusi Pengajian Tinggi tertua di Malaysia.

Tanjung Malim bukan sekadar tempat belajar, tetapi juga memberi banyak tarikan dan aktiviti yang menarik untuk pelancong. Jika anda mencari tempat percutian yang santai, selesa dan menyeronokkan, Tanjung Malim adalah pilihan yang tepat. Nak tahu dimana lokasi – lokasi menarik di bandar tentera ini? Teruskan membaca senarai 13 tempat menarik di Tanjung Malim ini.

1. Taman Tasik Embayu

Terletak di Bandar Proton, Taman Tasik Embayu yang  ini menjadi pilihan utama penduduk Tanjung Malim untuk beriadah. Taman rekreasi ini punyai tasik buatan serta beberapa fasiliti bagi memudahkan pengunjung.  aman ini menjadi tumpuan orang ramai lantaran kawasannya yang luas serta pemandangan bukit – bukau yang cantik.

2. Ladang Halia ENE

Ladang Halia Environment Natural Element (ENE) ini terkenal dengan tanaman halia jenis Bentong yang berasal dari luar negara. Halia jenis ini dikatakan bersaiz lebih besar, lebih berkhasiat dan dijual dengan harga yang lebih mahal. Bolehlah anda membeli teh halia yang dijual di ladang ini.

3. TMKarting Go-Kart

Tanjung Malim miliki litar go kart untuk anda beraksi seisi keluarga. Litar go kart yang berada di Jalan Kampung Lambak ini dibuka setiap hari pada jam 10 pagi hingga 10 malam pada hujung minggu dan jam 1 petang hingga 10 malam pada hari biasa.

4. Tok Bak Campsite

Tapak perkhemahan Tok Bak berada di Jalan Kampung Chinggung dan dibuka setiap hari untuk orang ramai. Tok Bak Campsite yang berada di perkampungan orang asli ini memerlukan perjalanan yang agak mencabar untuk melalui kawasan ladang kelapa sawit.

5. Tanjung Malim Street Art

Seni jalanan atau lebih dikenali ‘street art’ sudah tidak asing lagi dalam industri pelancongan, rata – rata tempat melancong punyai street art yang tersendiri. Street Art di Jalan Douglas ini turut menggambarkan tentang sejarah di negeri Perak. Menariknya street art di sini kerana ia dilukis di bangunan lama yang telah dibina sebelum merdeka lagi!

6. Sarang Art Hub

Sarang Art Hub atau Pusat Seni ini diusahakan oleh Allahyarham Mamat Khalid iaitu pengarah filem tersohor di Malaysia. Selain dapat melihat beberapa peralatan yang digunakan untuk penggambaran filem Allahyarham, nama menu yang disaji juga cukup menarik. Jangan lupa untuk singgah ya.

7. Restoran Garden Seafood

Salah satu lokasi yang paling disebut oleh pengunjung dan penduduk Tanjung Malim adalah Restoran Garden Seafood yang menyediakan banyak hidangan Chinese Muslim. Hidangan wajib anda nikmati di sini adalah lobster yang punyai 7 pilihan masakan.

8. Arung Jeram Sungai Ulu Slim

Mengambil masa 30 minti dari pekan Tanjung Malim, Ini adalah aktiviti yang sesuai untuk anda yang mencari cabaran dan pengembaraan. Anda boleh merasai pengalaman mengharungi sungai yang deras dan berliku dengan menggunakan bot karet. Anda juga boleh nikmati pemandangan hutan dan alam semula jadi yang menakjubkan.

9. Teratak Riverview

Ini adalah aktiviti yang sesuai untuk anda yang suka berkelah dan berkhemah di tepi sungai. Anda boleh menyewa teratak yang lengkap dengan kemudahan asas seperti katil, bilik air, dapur dan banyak lagi. Anda juga boleh nikmati banyak aktiviti yang ada di sini.

10. Rumah Makan Sri Mualim

Keistimewaan lokasi makan ini adalah kerana ia adalah sebuah rumah lama yang berusia lebih 100 tahun dan telah diubah suai menjadi kedai makan dua tingkat. Menariknya lagi anda boleh memilih untuk makan di kawasan meja atau secara bersimpuh seperti orang dulu – dulu.

11. Kolam Ikan Natural Exotic

Anda mencari lokasi yang menawarkan aktiviti menarik di sini? Jom memancing di Kolam Ikan Natural Exotic yang mempunyai ikan bersaiz mega. Terdapat dua buah kolam besar disebalik bukit yang menghijau. Kaki pancing pasti teruja untuk dapatkan ikan dari jenis air tawar, hibrid serta spesies mega luar negara.

12. Muzium Pendidikan Nasional

Bangunan Suluh Budiman asalnya dibina untuk pusat pentadbiran SITC dan telah digazetkan sebagai Bangunan Warisan Kebangsaan pada tahun 2009. Setelah itu muzium ini mula melalui proses konservasi dan dirasmi oleh Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Perak, Tuanku Bainun pada 19 Julai 2011.

13. Scholar’s Suites

Hotel ini miliki bilik – bilik yang selesa, bersih dan moden dengan kemudahan seperti TV, peti sejuk, cerek elektrik, penghawa dingin, bilik air dan WiFi percuma. Hotel ini juga punyai restoran, kafe, kolam renang, gimnasium, pusat perniagaan dan tempat letak kereta.

 

Sampai di sini sahaja senarai tempat menarik di Tanjung Malim. semua tempat yang disebut ini buatkan anda teruja dengan aktiviti yang mereka beri. Diharap artikel ini dapat bantu anda rancang percutian anda di Tanjung Malim. Tanjung Malim ini sebuah bandar yang menarik dan menyeronokkan untuk anda lawati. Selamat Bercuti!

Share.

Leave A Reply