13 Tempat Menarik Untuk Percutian Di Bukit Mertajam Pulau Pinang | Terletak tepat dekat dengan jambatan Pulau Pinang yang pertama, Bukit Mertajam adalah salah satu tarikan di Seberang Perai dan juga banyak perkara menarik untuk dibuat serta makanan yang sedap – sedap yang anda tidak boleh abaikan.
Ingin tahu tempat menarik di Bukit Mertajam? Terokai Bukit Mertajam Recreational Forest, Minor Basilica of St. Anne, dan lebih lagi! Kadang-kadang, kita semua rasa perlu keluar dari rutin harian yang membosankan dan mencari pengalaman baru yang menyegarkan. Tapi di mana kita boleh pergi? Di sini kami senarai 13 tempat menarik di Bayan Lepas untuk anda semua.
1. Vangohh Eminent
Vangohh Eminent adalah lokasi yang memikat para peminat seni bina. Dengan seni bina kontemporari yang mengagumkan, tempat menarik di Bukit Mertajam ini menggabungkan seni dengan rekaan moden. Jika korang gemar melihat seni bina yang unik dan kreatif, pasti korang akan teruja dengan apa yang diberi di sini.
2. Kids CEO Playland
Tak kiralah korang dewasa atau kanak – kanak, Kids CEO Playland adalah tempat yang sesuai untuk semua. Dengan variasi aktiviti permainan dan taman bermain, anak – anak pasti akan gembira dan seronok di sini. Ini adalah tempat menarik di Bukit Mertajam yang sempurna untuk menghabiskan masa berkualiti bersama keluarga.
3. Taman Rekreasi PBAPP
Penting untuk mencari tempat rekreasi yang sesuai untuk keluarga. Taman Rekreasi PBAPP Bukit D.O. adalah tempat yang tepat. Dengan banyak kemudahan rekreasi seperti kolam renang dan taman permainan, tempat menarik di Bukit Mertajam ini adalah tempat yang sangat lengkap untuk anda sekeluarga.
4. Minor Basilica of St. Anne
Gereja ini bukan sahaja miliki seni bina yang indah, tetapi juga miliki nilai sejarah dan keagungan yang memukau. Apabila korang mengunjungi gereja ini, korang akan merasai ketenangan dan keunikan suasana yang memberi pengalaman dengan suasana yang istimewa.
5. Bukit Mertajam Recreational Forest
Jika korang seorang pencinta alam dan suka berada di dalam alam semula jadi, Bukit Mertajam Recreational Forest adalah tempat menarik di Bukit Mertajam yang patut masuk dalam senarai korang. Nikmati udara segar dan hijauan semasa jalan – jalan di dalam hutan ini. Jika korang gemar aktiviti luar, jangan lepas kan peluang untuk hiking di sekitar kawasan hutan ini.
6. Taman Rimba Bukit Mertajam
Taman Rimba Bukit Mertajam yang turut dikenali Cherok To’Kun ini punyai keluasan sekitar 37.0 hektar dengan puncak tertinggi 545.0 meter dari aras laut. Lokasi ini ialah hutan lipur ini begitu terkenal di Bukit Mertajam kerana ia masih menyimpan khazanah alam seperti pokok Meranti Seraya dan pokok Meranti Rambai Daun.
7. Hutan Simpan Bukit Seraya
Satu lagi lokasi yang begitu berbaloi untuk anda lawati lebih – lebih lagi bagi peminat aktiviti lasak adalah Bukit Seraya. Jika anda minat dengan aktiviti mendaki, lokasi ini adalah tempat yang tepat buat anda. Sepanjang pendakian anda bakal menyaksikan keindahan pokok bonsai, pokok seraya dan air terjun Tok Janggut.
8. Empangan Mengkuang
Empangan Mengkuang adalah salah satu kawasan terbesar di Negeri Pulau Pinang yang telah beroperasi sejak tahun 1985. Kawasan yang berkeluasan 3.9km persegi ini mampu tampung jumlah takungan air sekitar 236 billion liter. Kebanyakkan pengunjung ke sini untuk nikmati hijau alam sekitar, berjoging dan juga berkayak.
9. BM Best Cendol
Dah penat meneroka Kawasan hutan di Bukit Mertajam? Jom basahkan tekak dengan memesan semangkuk cendol di BM Best Cendol pula. BM Best Cendol adalah lokasi wajib untuk anda singgah kerana ia menyediakan cendol yang terbaik di sini.
10. BM Cup Rice
Lokasi yang berada di Gerai Jalan Danby ini menyediakan banyak cendol seperti cendol pulut, cendol jagung, cendol kacang dan cendol biasa. Anda juga boleh memesan makanan bergoreng sebagai hidangan tambahan, seperti nasi, bihun, kuey teow dan maggi.
11. Hua Guo Shan
Destinasi yang satu ini turut perlukan anda untuk melakukan aktiviti mendaki! Namun begitu ada banyak tarikan yang bakal membuat anda ralit apabila sudah sampai ke puncak. Di sini punyai banyak tarikan yang begitu cantik yang dikenali 328 steps of Rainbow Stairways. Tempat ini miliki 328 anak tangga yang dicat dengan warna seperti Pelangi.
12. Bukit Katak (Frog Hill)
Bukit Katak ini turut punyai sejarah yang tersendiri, di mana ia pernah menjadi tapak perlombongan bijih timah. Oleh itu kawasan ini dikelilingi dengan lumpur merah dan tanah liat sepanjang trek pendakian. Memandangkan ia bekas tapak perlombongan, jadi tiada fasiliti yang disediakan seperti tandas dan banyak lagi.
13. Char Kuey Teow
Char Kuey Teow adalah makanan yang wajib dicuba jika di Penang. Jika berada di Bukit Mertajam, anda boleh nikmati keenakan menu ini di beberapa lokasi yang begitu legend kerana sudah lama beroperasi. Semestinya rasa char kuey teow ini begitu enak dengan kuahnya yang pekat itu.
Dari hutan rekreasi yang menenangkan hingga tempat – tempat unik yang penuh budaya, Bukit Mertajam adalah tempat yang menawarkan banyak pengalaman menarik. Nikmati keunikan dan keindahan setiap tempat yang dikunjungi dan bawa pulang kenangan yang indah. Jadi, jangan lepas kan peluang untuk menjelajahi keindahan tempat menarik di Bukit Mertajam. Selamat Bercuti!