13 Pulau/Pantai Menarik Yang Boleh Dilawati di Kelantan| Khalifah Media Networks – Negeri Kelantan yang ada di sebelah Timur Malaysia merupakan negeri yang kaya dengan keindahan alam semula jadi menjadikan negeri yang menarik untuk dilawati. Walaupun Kelantan tidak banyak pantai berbanding negeri pantai timur yang lain iaitu Terengganu, Negeri Kijang ini tetap mempunyai keistimewaan sendiri. Kepada anda yang ingin merancang perjalanan ke Negeri Kelantan, kami telah menyenaraikan beberapa pulau dan pantai menarik yang boleh dilawati.

Pulau/Pantai menarik boleh dilawati di Kelantan
Beautiful paradise island with beach and sea around coconut palm tree at sunset time – Holiday Vacation concept

1. Pantai Bisikan Bayu – Pantai

Pantai Bisikan Bayu popular dalam kalangan pelancong dan masyarakat setempat kerana pasir pantai yang putih serta air laut yang biru jernih. Disini sering dijadikan tempat riadah bersama keluarga, sahabat dan pasangan. Di tepi pantai pula terdapat deretan pokok pain yang besar dan tinggi. Dapat lindung dari panas matahari.

Kemudahan tandas di sini sangat bersih dan banyak. Parking juga mudah. Jadi anda tidak perlu risau untuk ke pantai. Anda boleh masukkan Pantai ini dalam senarai pantai yang perlu dilawati di Kelantan.

Pantai Bisikan Bayu menarik untuk dilawati di Kelantan
Kredit Imej: Flickr

2. Pantai Cahaya Bulan – Pantai

Pantai yang luas terbentang ini sering menjadi pilihan pengunjung. Pasir pantai yang perang dan air laut  yang membiru menjadi sebuah panorama yang indah yang hanya dapat lihat di pantai yang ada di Kelantan. Aktiviti berenang sangat tidak digalakkan di sini kerana risiko arus pantai yang kuat. Namun, masih banyak yang boleh anda lakukan seperti menunggang kuda di tepi pantai, main layang-layang dan banyak lagi.

Gerai jualan makanan juga sedia ada di sini. Kemudahan yang lengkap ada seperti, tandas, surau, medan selera, tempat parking kenderaan dan bilik mandi. Anda tak perlu risau jikake sini.

Pantai Cahaya Bulan menarik untuk dilawati jika ke Kelantan
Kredit Imej: Blog TukangPantai

3. Pantai Sri tujuh – Pantai

Kawasan ini terletak di daerah Tumpat, Kelantan. Suasana yang ada di sini sangat sesuai kepada anda yang suka lihat matahari terbenam kerana di sini mempunyai port yang cantik untuk ambil gambar. Pantai Sri Tujuh mempunyai lagun yang terpanjang di Malaysia. Menjadikan pantai ini luas dan tenang untuk merehatkan minda.

Kalau datang ke sini anda boleh menyewa bot kayuh sambil mengamati keindahan Pantai Sri Tujuh yang tidak akan sama dengan pantai lain. Pantai Sri Tujuh sangat menarik untuk dilawati di Kelantan.

Pantai Sri Tujuh, menarik untuk dilawati di Kelantan
Kredit Imej: Flickr

4. Pantai Senok – Pantai

Bukan Korea tapi Malaysia, Pantai Senok di Kelantan yang dikatakan hampir serupa Pantai Nami di korea yang selalu dijadikan tempat shooting drama korea. Apa yang menarik di sini adalah, deretan pokok pain yang besar dan tinggi banyak didapati sepanjang pantai. Pemandangan ini sangat menarik dan perlu masuk dalam senarai pantai untuk dilawati.

Kepada anda yang gemar mengambil gambar, Pantai Senok adalah tempat utama untuk kaki foto perlu datang. Hujung minggu selalu ramai orang datang untuk riadah, berkelah, photoshoot pengantin, mengayuh basikal dan banyak lagi.

Pantai Senok menarik dilawati di Kelantan
Kredit Imej: Petitgo.com

5. Pantai Tapang – Pantai

Satu lagi tempat yang sesuai untuk kaki ambil gambar iaitu di Pantai Tapang. Banyak resort dan chalet dibuka tidak jauh dari kawasan pantai. Port untuk ambil gambar juga banyak dibina di sepanjang pantai ini. Dengan pemandangan laut yang luas terbentang dan pasir putih bersih jadikan pantai ini sebagai tempat yang perlu anda lawati.

Kedai makan yang menyaji menu makanan laut yang segar turut sedia ada di sepanjang jalan ke pantai ini. Jangan lepaskan peluang kalau ke Kalantan datang ke Pantai Tapang untuk bermalam dan rasai sendiri apa yang menarik dari pantai ini.

Pantai Tapang menarik dilawati di Kelantan
Kredit Imej: Facebook KelantanState

6. Pantai Geting – Pantai

Pantai Geting satu lagi tempat yang perlu masuk senarai pantai yang menarik untuk anda lawati di Kelantan. Kawasan pantai ini terlalu cerun, oleh itu aktiviti renang tidak dibenarkan. Tetapi angin pantai di sini sangat sesuai untuk menerbangkan layang-layang. Kalau anda bertuah mungkin anda dapat lihat Festival Layang-Layang Dunia yang diakan di sini setiap tahun. Bukan itu saja, masyarakat di sini juga suka anjur pertarungan belon air.

Keunikkan pantai ini tambah kan persona dan keindahannya.

Kredit Imej: Harian Metro

7. Pantai Sabak – Pantai

Pantai yang dikatakan syurga makanan ialah pantai Sabak. Disini selain mengamati indah dan cantik laut pantai, anda boleh lakukan ‘Food Hunting’ (cari makanan viral). Banyak kedai-kedai makan dibuka dengan menu-menu yang sangat menarik untuk dicuba.

Kalau kesini boleh cuba makanan laut celup tepung. Menu ini menjadi kewajipan untuk masyarakat di sini yang datang untuk riadah bersama keluarga. Lokasi pantai ini terletak di Pengkalan Chepa.

Kredit Imej: Blog worldistemporary

8. Pantai Irama – pantai

Pusat pelancongan utama di negeri Kelantan ialah Pantai Irama. Jarak dari pusat bandar dalam 20km. Pantai ini menawarkan pemandangan cukup indah untuk anda lawati. Banyak aktiviti boleh dilakukan disini. Antaranya, berenang, ATV ride, banana boat, kereta kuda dan basikal.

Tempat untuk bermalam juga sudah banyak dibangunkan dengan pelbagai konsep yang menarik mengikut cita rasa anda. Kedai makan dan restoran juga semakin hari semakin banyak di kawasan pantai. Kalau anda datang kesini sudah tidak perlu risau lagi.

Kredit Imej: Blog Azmi Relatif

9. Pantai Melawi – pantai

Keunikkan yang ada di Pantai Melawi jarang ada di tempat lain. Lokasi pantai adalah di Tok Bali, Kelantan. Di sini anda dapat melihat sendir pantai yang penuh dengan pokok kelapa yang baris di tepi pantai. Fenomena ini telah jadikan Pantai Melawi tempat untuk lari dari sibuk bandar dan port untuk ambil gambar yang cantik. Lagi meriah jika datang bersama keluarga dan kawan.

Satu lagi unik nya tempat ini yang disukai ramai adalah pasir putih bersih yang penuh di seluruh pantai menambah cantik tempat ini. Untuk dapat pengalaman baru, Pantai Melawi di Kelantan menarik untuk dilawati.

Kredit Imej: Rekreasi.my

10. Pantai Mek Mas – pantai

Pantai Mek Mas antara pantai yang wajib dilawati kerana bezanya dengan pantai lain yang ada. Pada tahun 2021, berlaku fenomena air surut maka terbentuk benteng air sepanjang 1km ke tengah laut. Fenomena ini meninggal kesan yang menakjubkan dan indah sampai hari ini.

Selain itu, uniknya pantai ini kerana pasir pantai di sini yang membukit seperti anda di negara Arab. Menjadikan pantai ini tempat utama ambil gambar. Kanak-kanak pun pasti seronok jika dibawa bermain pasir. Pemandangan matahari terbenam di Kelantan sangat menarik dari Pantai Mek Mas!

Kredit Imej: X MatTravel

 

 

Sekarang ni, kami hanya jumpa 10 pantai menarik yang boleh dilawati di negeri Kelantan. Jika anda ada maklumat terbaru atau ingin letak tempat anda ke dalam article ini, sila hubungi kami di (https://reviewpulaupantaikmn.wasap.my/) untuk penambahan tempat best di Kelantan ini. Setelah anda membaca ini, jangan lupa untuk share dengan orang lain juga ye!

Share.

Leave A Reply