2 Pelajar Sekolah Di Klang Positif Covid-19.

| September 28, 2020 | 0 Comments

2 Pelajar Sekolah Di Klang Positif Covid-19. | Klang: Dua pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pandamaran Jaya dekat sini disahkan positif jangkitan Covid-19.

Pengarah Kesihatan Negeri Selangor, Datuk Dr Sha’ari Ngadiman ketika dihubungi mengesahkan terdapat kes positif di sekolah berkenaan.

Katanya, perkara itu sudah dimaklumkan kepada Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Sementara itu, Pengarah Pendidikan Selangor, Izmi Ismail berkata, sesi persekolahan akan berjalan seperti biasa dan proses sanitasi sudah dilakukan.

Difahamkan, dua pelajar berkenaan sudah dikuarantin dan pegawai dari Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) juga sudah melawat sekolah berkenaan tengah hari tadi.

Terdahulu, beberapa pesanan dari aplikasi WhatsApp yang menyatakan terdapat dua kes aktif di sekolah berkenaan tular sejak semalam.

Menurut pesanan itu, pelajar tidak dibenarkan ke bilik khas seperti makmal komputer, makmal sains, bengkel dan lain-lain untuk meminimumkan pergerakan.

Selain itu, sekolah berkenaan juga tidak mendapat arahan untuk penutupan bagaimanapun, ibu bapa tidak perlu menghantar anak mereka ke sekolah sekiranya bimbang keselamatan anak.

Sumber : Metro

Tags: , , , ,

Category: INFORMASI, KELUARGA, KESIHATAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *