3 Sekeluarga Nyaris Maut Langgar 3 Ekor Kerbau Sdg Melintas | PEKAN – Tiga sekeluarga nyaris maut apabila kenderaan dinaiki mereka merempuh sekumpulan kerbau yang melintas dalam kejadian di Kilometer 15 Jalan Pekan-Kuantan, pada pagi Rabu.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 pagi itu, mangsa, Wan Mohamad Zaki Wan Abd Raman, 28, bersama isteri, Nur Izzati Zamri, 27, dan anak mereka, Wan Nur Zia Nafiza, dua tahun terselamat serta tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kereta Perodua Myvi milkk mangsa remuk di bahagian hadapan selepas merempuh sekumpulan kerbau melintas di Kilometer 15 Jalan Pekan-Kuantan, pada pagi Rabu.

Ketua Polis Daerah Pekan, Suprintenden Mohd Zaidi Mat Zin berkata, mangsa bersama keluarga dalam perjalanan dari Johor menghala ke Kelantan.

“Sebaik sahaja tiba di lokasi kejadian, empat ekor kerbau telah melintas dari arah kiri ke kanan.

“Pemandu kereta kemudian cuba mengelak ke sebelah kanan dan terlanggar tiga ekor kerbau,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Menurutnya, siasatan mendapati kejadian kemalangan berpunca daripada haiwan ternakan yang melintas jalan.

Katanya, kesemua mangsa yang terlibat tidak mengalami sebarang kecederaan dan hanya kereta jenis Perodua Myvi mengalami kerosakan di bahagian hadapan.

Sumber: Sinar Harian
Baca Juga Artikel Menarik Ini :

3 Cedera Manakala Seorang Maut Langgar Kerbau | Malang tidak berbau, sama ada atas kesilapan sendiri atau kesilapan orang lain, Seorang lelaki maut manakala tiga lagi cedera selepas motosikal yang ditunggang mereka melanggar kerbau di Jalan Sungai Kroh-Kampung Gajah dekat Air Kuning di sini kelmarin.

Dalam kejadian sekitar pukul 1.30 pagi itu, mangsa, Mohamad Haddrie Naim Azmi, 19, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

Tiga penunggang motosikal lain berusia 21, 14 dan 16 tahun masing-masing patah tangan, retak tangan dan luka ringan.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd. Yusri Hassan Basri berkata, siasatan awal mendapati, kemalangan berlaku ketika keempat-empat penunggang motosikal itu dalam perjalanan dari arah Kampung Gajah menuju ke Air Kuning.

“Semasa melalui lokasi kejadian, terdapat sekumpulan kerbau di atas jalan. Disebabkan keadaan yang gelap kerana tiada lampu jalan, penunggang motosikal gagal mengelak lalu merempuh haiwan berkenaan.

“Pelanggaran itu menyebabkan seorang penunggang motosikal cedera parah dan meninggal dunia di tempat kejadian. Tiga penunggang lain pula cedera dan kini menerima rawatan di Hospital Kampar,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Tapah untuk bedah siasat dan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Penternak haiwan diingatkan agar lebih bertanggungjawab dengan tidak membiarkan ternakan berkeliaran sehingga menyebabkan kemalangan.

“Pemilik ternakan yang didapati dengan sengaja melepaskan ternakan sehingga menyebabkan kemalangan boleh didakwa di bawah Seksyen 268 Kanun Keseksaan,” katanya.

Sumber : Kosmo

 

 

Pelajar Tingkatan 5 Melambung Slps Bertembung Kereta Di Simpang | SEORANG penunggang motosikal lelaki mengalami kecederaan patah lutut kaki selepas kemalangan di simpang Jalan Tanjung Chat, Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan pada Isnin.

Ketika kejadian, lelaki berkenaan yang difahamkan merupakan pelajar tingkatan lima itu terlebih dahulu menunggang laju di laluan berkenaan.

Gagal menekan brek, mangsa kemudiannya merempuh sebuah kenderaan yang meluru keluar simpang dan sekali gus mengakibatkan penunggang terbabit tercampak di lokasi kejadian.

Dirakamkan menerusi kamera dashcam pemandu di situ, perkongsian video tersebut di laman Facebook hangat diperkatakan warganet.

Di ruangan komen, salah seorang warganet dipercayai keluarga mangsa menjelaskan bahawa pelajar berkenaan berada dalam keadaan stabil dan telah menjalani ujian x-ray di hospital.

“Mangsa selamat tapi patah lutut, yang lain dah jalani ujian x-ray dan Al hamdulillah tak ada anggota lain yang patah, pelajar tingkatan lima yang kemalangan itu,” kata SitiNazihah Mohamed.

Dalam pada itu, segelintir komen juga mendesak agar pihak berkuasa membina lampu trafik di simpang berkenaan yang disifatkan terlampau berbahaya dan telah mengakibatkan banyak kemalangan.

“Simpang situ memang bahaya dan ramai penunggang yang terlibat kemalangan, sepatutnya kena ada lampu trafik baru selamat,” kata Azhar Umairuddin.

“Bahaya simpang tiga besar macam itu tak ada lampu trafik, penunggang motosikal memang bawa laju kawasan situ tak nampak jalan,” ujar Mohd Hairi.

“Pihak berkuasa kena pantau juga kawasan simpang, bahaya kena ada kawalan polis trafik ataupun lampu trafik,” jelas Maisarah Syamsul.

Namun, tiada sebarang kematian berlaku dalam kejadian itu dan pemandu kereta tersebut juga difahamkan tidak mengalami kecederaan dengan pelajar berkenaan kini masih menerima rawatan susulan di hospital.

Belum ada kenyataan polis berhubung kemalangan terbabit dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil ke balai berhampiran untuk membuat laporan.

Sumber: Majoriti

Share.

Leave A Reply