Ini Yang Sedang Berlaku Di Rumah YAB Perdana Menteri Sekarang. | Beberapa kenderaan milik orang kenamaan dilihat memasuki kediaman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Selasa malam.

Beberapa rakaman video dimuat naik oleh BERNAMA TV, memaparkan situasi semasa di perkarangan kediaman Muhyiddin Yassin.

Difahamkan, antara yang dilihat hadir ialah bekas Menteri Besar Perak yang juga Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu disusuli Naib Presiden Bersatu, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee.

Selain itu, Timbalan Presiden PAS yang juga Menteri Alam Sekitar, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man dan Presiden MIC, Tan Sri SA Vigneswaran turut dilihat memasuki kediaman PM pada malam ini .

Bagaimanapun tujuan utama pemimpin parti politik dalam kerajaan ke kediaman PM itu belum lagi dikenal pasti.

Sumber : Bernama

Share.

Leave A Reply