VIDEO. Shuib Beritahu Anak-Anak Tentang Kematian Siti Sarah. | Pemergian isteri kepada pelawak terkenal serta usahawan, Shuib akibat Covid-19 tidak mematahkan semangatnya selepas beliau berjanji akan menjaga empat cahaya mata hasil perkongsian hidupnya dengan isteri, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin dengan sebaik mungkin menerusi laporan media tempatan, baru-baru ini.
Hari ini di Instagram milik arwah Siti Sarah ada memuat naik satu video saat Shuib memberitahu anak-anaknya tentang kematian ibu mereka.
Sebenarnya, anak-anak dah nampak di Youtube pasal ibu mereka, Siti Sarah. Siap tanya penjaga kenapa cakap ibu arwah, ibu kan koma je. Lepastu diorang tanya lagi kenapa ada video “Anak-anak tidak tahu ibunya telah tiada” 🥺
Ya Allah beratnyaa hati kami, akhirnya dengan lafaz bismillah, selawat, daddy terangkan hal sebenar dengan tenang. Anak-anak menangis, mengharapkan ibu balik, rindukan ibu…
.
Uwais, Talita, Matin & Ayash, jadilah anak yang soleh & solehah, rajin solat, pandai mengaji Al-Quran, selalu bersedekah dan dengar cakap daddy & family…
.
Kita hanya berpisah di dunia, bertemu kembali di Syurga 🤍