PH Umum Adly Bakal KM Melaka. Ini Reaksi Idris Haron. | Melaka: “Saya hanya fikir mahu memajukan kawasan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan dan memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada penduduk di sini.

“Jadi, saya tiada masa untuk ‘sakit kepala’ memikirkan siapa bakal menjadi Ketua Menteri jika Pakatan Harapan (PH) menang,” kata calon PH di Asahan, Datuk Seri Idris Haron.

Bekas Ketua Menteri itu berkata, sama ada calon PH di Bukit Katil yang juga bekas Ketua Menteri, Adly Zahari bakal menerajui kerajaan negeri selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, juga tidak penting kerana yang lebih utama adalah nasib rakyat negeri ini.

“Saya tidak mahu memeningkan kepala dengan terlalu memikirkan siapa bakal Ketua Menteri jika PH membentuk kerajaan negeri selepas PRN kerana yang lebih utama PH harus beroleh kejayaan terlebih dulu.

“Idris Haron tidak penting, begitu juga dengan Adly kerana yang lebih penting ialah masa depan rakyat negeri ini,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada majlis majlis pengumuman Pelan Tindakan – Maju Bersama Harapan, di sini, semalam.

PH mengumumkan 32 inisiatif sebagai manifesto PRN, selain mengumumkan Pengerusi PH Melaka, Adly Zahari sebagai calon tunggal Ketua Menteri jika gabungan itu menang dalam pilihan raya berkenaan.

Sumber : HM

Share.

Leave A Reply