Panggil Bomba Sebab Ular Bawah Katil. Sekali BENDA Lain Yg Muncul. | Bukan mudah untuk menjadi seorang anggota bomba kerana perlu sentiasa bersiap sedia di mana sahaja berada ketika diperlukan.

Skop tugas mereka bukan sahaja perlu memadamkan kebakaran tetapi juga membantu masyarakat seperti menangkap haiwan liar.

Bercakap mengenainya, baru-baru ini tular satu kejadian di Indonesia yang membabitkan pasukan bomba.

Memetik laporan Suara.com, dua orang anggota bomba telah ditugaskan untuk ke rumah seorang penduduk yang dikatakan telah ternampak seekor ular di bawah katil.

Bagaimanapun, setelah mengeluarkan ular tersebut, mereka terkejut kerana ia sebenarnya hanyalah ular mainan.

Detik-detik ketika kejadian telah dirakam oleh salah seorang anggota bomba yang bertugas.

Menerusi video itu, mereka dilihat ketawa selepas mendapati bahawa ia hanya ular mainan.

“Saya panik pada mulanya,” kata kapsyen di video itu.

Video tersebut lantas menjadi tular di media sosial. sehingga kini ianya telah mendapat lebih 2 ribu tanda suka.

Sumber : Siakapkeli

Share.

Leave A Reply