Bayi 4 Bulan Terima Skrol. Puncanya Buat Ramai SEBAK. | Tiada yang lebih membanggakan bila kejayaan dikongsi bersama dengan orang tersayang. Terima skrol di hari konveskyen adalah puncak kejayaan tertinggi buat seorang pelajar. Dapat membanggakan orang tua.
Namun, sedihnya bila kejayaan itu tak dapt dikongsi dengan orang tersayang. Tak dapat bayangkan kesedihan bila ada berita-berita yang memaparkan ibu ayah, adik beradik jadi pengganti diri untuk terima skrol mewakili diri yang telah tiada.
Inilah juga yang berlaku buat bayi yang beru berusia 4 bulan. Pengganti diri ibunya yang telah meninggal dunia untuk terima skrol di hari konvokesyen.
Dalam video tiktok yang dikongsikan oleh Alsinthya Manda’ memaparkan kehadiran bayi berusia 4 bulan didukung oleh neneknya untuk terima skrol graduasi sebagai wakil untuk ibunya yang telah pergi buat selamanya.
Daripada sumber yang diceritakan, situtasi ini berlaku kepada sebuah keluarga di Wilayah Langkid di Sulawesi, di mana seorang ibu yang melahirkan anak mɛninggal dunia selepas melahirkan anak sulungnya.
Bulan berganti bulan, kini usia anak itu mencecah 4 bulan, anak yang tidak pernah melihat ibunya ini hadir dalam satu majlis graduasi yang sangat menghibakan.
Meninggal Selepas Melahirkan Anak
Wanita yang sepatutnya menerima skrol itu bernama Citra Fadillah adalah ibu kepada bayi berkenaan yang bernama Kimberly. Dia telah meninggal dunia selepas melahirkan bayi tersebut.
“Adik Kimbɛrly wakili ibunya yang waktu dia buka mata, ibunya pula mɛnutup mata.”
Dalam sumber tersebut juga, suami kepada Citra tidak dapat hadir untuk mewakili kerana ditahan polis selepas terlibat dalam satu kemalangan jalan raya.
Bila besar nanti lihatkan kembali video ini. Berbanggalah mempunyai seorang ibu yang hebat.
@_alsinthya28 Wisudah hari ini terlalu mengandung bawang🥺#wisuda #fypシ #xyzbca ♬ suara asli – Alsinthya Manda’
Sumber: Alsinthya Manda’ (tiktok)