Best Ke Filem Polis Evo 3? Ini Review Penonton | Untuk makluman, setakat penulisan ini dibuat, filem Polis Evo 3 telah mendapat lebih RM45 juta kutipan di pawagam seluruh Malaysia. Dan kemungkinan besar boleh menjadi filem kedua kutipan tertinggi, selepas Mat Kilau. Apa yang best filem Polis Evo 3 ni ye? Jom kita tengok review penonton.

Polis Evo 3 Review

Filem Polis Evo 3 Tidak Sesuai Untuk Kanak-Kanak?

Ini review Filem Polis Evo 3 yang dibuat oleh seorang pengguna Facebook Nurul Diana. Ini review Filem Polis Evo yang telah dibuat.

Tak sesuai la untuk kanak-kanak kid. Dah tengok tadi Filem Polis Evo 3.. Aku tengok sebab review Tiktok dok bagi filem Polis Evo 3 ni. 8 per 10 lah .. 9 per 10 lah , so aku pun pi la ygk. Kalau nk sembang tak logik. Memang tak logik laa ..

Ypi all tak payah acah logik lah dah tengok filem kan. Minggu lepas aku tengok fast X. Lagi apak punya apak tak logik 🤣 Kalau nk logik tengok Filem Untold Story 🤭 Ni pun aku dah tengok, logik la kot kan HAHAHAHA

Untuk filem Polis Evo 3, opening memang dah buat penonton focus. Dia dapat capture 10 minit pertama. Then penonton akan terus nak tengok aksi Filem Polis Evo 3 seterusnya sebab penonton dah terhibur dan rasa berdebar2 apa nak jadi lepas tu

Lawak dalam cita ni light2 sempoi ni. Takde penonton rasa nak TERBAHAK BAHAK. Just ok santai , bukan cerita filem lawak so ok je. Tapi ada beberapa screen DOUBLE MEANING. Aku tak suka part ni. Aku tak suka jugak part buka baju dan entah aku tak suka.

Bab Zulin Aziz as watak sampingan. Pakai baju kurung gatal ketap bibir tengok body Sam pun aku tak suka ,
rasa macam ueww mungkin aku terlalu sensitif .. Anak aku 10 tahun ada ajak tengok filem Polis Evo 3 ni nak tengok Zizan kata nya. So aku pi tengok dulu lepas aku tengok , ada double meaning , carutan dan body shaming tak. “kalau dah bangsat , bangsat jugak”

Bila ada dialog macam ni. 200 % big NO untuk anak aku tengok , yela filem bukan untuk kanak-kanak pun. Jadi pilihan aku tengok dulu filem Polis Evo 3 sebelum anak aku is tepat. So bukan big isu lah utk dewasa. Filem Polis Evo 3 ni pg13 ye. Fakta untuk pg13 kanak-kanak boleh masuk di temani dewasa. Bukan maksud nya untuk anak 13 tahun ke atas.

Satu lagi nak bagitau tentang Polis Evo 3 ni. Only watak Shanaz dalam filem ni sangat hidup. Kita rasa benci, rasa kesian berbaur cerita ni buat kita berfikir kalau kita di tempat “dia”, kita pilih siapa ? Negara atau keluarga. Dua-dua pun tanggunghjawab yang besar tetapi ending macam nak menangis pula.

Review Polis Evo 3

Tapi entah la. Ehhh sikit tapi tiada plot twist watak Syafiq Kyle terlalu simple untuk aku. Dia memang watak sampingan yang tak hidup. Dia tak wow dan tak nyerlah. Macam tak perlu pun iya jugak tapi dia hensem so ok jela 🤣 Kalau tukar org lain pun tiada masalah tak penting sangat.

Watak Fauzi Nawawi dalam Filem Polis Evo 3 ni pun mcm tak cukup touching dia mcm nak sampai tapi tak sampai gitu la macam nak sedih tapi tak sedih. Nora Danish pun sama dalam cerita ni Nora nampak lain. Mungkin sebab faktor usia tapi masih comel dan manja macam biasa. Zizan dgn Sam tak perlu nak ulas sebab mereka berdua BFF sehidup semati gituu saling percaya satu sama lain. Memang terbaik.

Filem Polis Evo 3 ni penuh aksi tau bom bom bom meletop puas jugak la tengok walaupun letop kereta lama dan rasa berbaloi untuk bayar. Ni kan malaysia, jadi dpt letop2 macam fast X tu kira hebat dah tauuu. Filem Polis Evo 3 ni berlakon di Terengganu kan ? Memang orang Terengganu 24jam sebut “boh” ke ? Yela kat poster pun ada “boh” 🤭 terlalu kerap .. Kira terpaling boh laaa dalam filem Polis Evo 3.

Overall aku bagi review dan rating 8/10. Filem Polis Evo 3 ni berbaloi untuk tengok. Pergi la tengok. Support local 🥳

p/s : Habis wayang filem Polis Evo 3 ni ada satu budak belakang seat aku cakap dengan kuat nye “BEST GILEERRR LAH. FILEM TERbaik abad ini” Happy betul 🤣

Sumber Asal : FB Nurul Diana

Filem Polis Evo 3. Syafiq Yusof Mula Tunjuk Taring?

Ini review Filem Polis Evo 3 yang dibuat oleh seorang pengguna Facebook yang bernama Mat Don.

Syafiq Yusof membuat ‘directorial debut’ beliau pada tahun 2012 melalui filem S.A.M (Saya Amat Mencintaimu) lakonan Shaheizy Sam dan Lisa Surihani. Filem tersebut berjaya mengangkat beliau sebagai Pengarah Harapan Terbaik pada Festival Filem Malaysia ke-25.

review polis evo 3

Semenjak daripada itu, perjalanan filem beliau sebagai seorang pengarah boleh dikatakan berliku. Meskipun filem beliau seperti Abang Long Fadil 2 (2017), KL Special Force (2018) dan Misteri Dilaila (2019) berjaya mengutip jutaan ringgit dan digelar filem box-office, namun nama beliau masih lagi sukar terpahat di hati penggemar filem.

Pada tahun 2022, Syafiq menyambung kembali francais Abang Long Fadil setelah 5 tahun menyepi. Abang Long Fadil 3 berjaya mengutip sebanyak RM24 juta lantas menjadikan filem tersebut sebagai filem yang mendapat kutipan tertinggi arahan Syafiq sejak 2012.

18 Mei lalu aku dijemput oleh Syafiq ke tayangan perdana filem Polis Evo 3 (PE3) arahan beliau yang diadakan di TGV Suria KLCC. Perasaan sebelum menonton filem tersebut agak bercampur baur kerana series baharu arahan beliau iaitu Special Force : Anarchy (2023) agak terumbang-ambing.

Untuk pengetahuan semua, PE3 membuat penggambaran lebih awal berbanding Special Force : Anarchy (SFA) cuma PE3 ditayangkan lewat berbanding SFA atas sebab-sebab tertentu. Maka kalian boleh agak kenapa perasaan aku bercampur baur.

Namun seusai menonton PE3, aku sangat kagum dengan dan seronok kerana Syafiq berjaya menyambung saga Polis Evo dengan baik dan menjadikan sequel ketiga ini lebih enak berbanding sekuel yang kedua serta membuktikan bahawa dia hanya perlu skrip yang baik untuk menonjolkan taring beliau.

PE3 mengisahkan tentang seorang bekas anggota polis, Reza (Sharnaaz Ahmad) yang ingin menuntut bela atas kematian ahli keluarga nya dek keputusan yang dibuat oleh rakan sepasukan nya sendiri.

Filem ini berjaya membawa penonton kembali ke sebuah suasana yang hilang di dalam Polis Evo 2. Jalan cerita, action sequence, komedi dan karakter yang ditampilkan kalini jauh lebih baik. Konflik antara tugas dan tanggungjawab yang digariskan sepanjang penceritaan menjadi beban utama di bahu penonton.

Kehadiran Sharnaaz Ahmad sebagai antagonist utama serta Farali Khan sebagai ‘sharpshooter’ juga ternyata membantu penceritaan menjadi lebih rancak.

Jadi tak terlalu awal untuk aku katakan bahawa Syafiq sudah mula tunjuk taring kerana walaupun SFA yang dibikin selepas Abang Long Fadil 3 dan Polis Evo 3 agak terumbang ambing namun ALF 3 berjaya mendapat banyak ‘feedback’ positif serta menjadi kutipan tertinggi sepanjang pengarahan Syafiq dan tak terkejut kalau Polis Evo 3 berjaya mengikut jejak yang sama.

Jadi jangan lupa tonton Polis Evo 3 di pawagam mula 25 Mei ini ! Aku faham ramai takut tak worth it atas beberapa faktor dan ramai DM / tanya “best ka dak” “berbaloi ka dak” tapi ketahuilah, this is something you want to watch with your partner or family in the cinema.

Sumber Asal : FB Mat Don

Share.

Leave A Reply