13 Tempat Makan Best Seafood Di Tawau, Sabah | Tawau terletak di pantai tenggara Pulau Borneo, menghadap Laut Sulawesi. Tawau adalah bandar terbesar ketiga di Sabah dan dikenali dengan warisan budaya yang pelbagai, pasar yang sibuk, serta menjadi gerbang kepada pelbagai tarikan semula jadi di kawasan tersebut. Jika anda merancang untuk bercuti di Tawau, pasti anda ingin makan sedap-sedap, bukan?

Berikut merupakan 13 tempat makan best seafood di Tawau yang boleh korang kunjungi.

 

1. SRI TITINGAN SEAFOOD – SEAFOOD

Bagi penggemar makanan laut, anda tak perlu susah-susah ke Semporna untuk mencari port makanan laut yang sedap, kerana di Tawau pun ada. Antara menu makanan laut yang wajib anda cuba di restoran ini ialah udang masak butter, siakap stim limau, ketam kam heong dan sotong goreng tepung. Harganya yang murah juga merupakan antara tarikan istimewa makanan laut di sini.

Tidak hanya hidangan laut, tetapi restoran Sri Titingan Seafood & Steamboat juga menawarkan hidangan steamboat. Ada banyak pilihan lauk yang boleh anda cuba dan pilih, semuanya sedap-sedap.

Jika anda dan keluarga merancang untuk berkunjung untuk mencuba makanan disini, Lokasi restoran ini terletak di Tb 3638 wisma jin ho, Jln. St Patrick, Bandar Tawau, 91000 Tawau, Sabah. Waktu operasi pada setiap hari pada jam 11 pagi sehingga 10.30 malam. Sebarang pertanyaan sila hubungi no tel 089-778 311.

INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/srititinganseafood/?hl=en

 

2. RESTORAN BALIKPAPAN – SEAFOOD

Pernah terdengar tentang ikan bahulu atau ikan boulu tanpa tulang? Ini adalah hidangan yang sangat terkenal di Kota Kinabalu. Selain itu, anda juga boleh mencuba makanan laut yang lain yang terdapat di restoran ini.

Rata-rata pelanggan yang pernah mencuba ikan boulu dan makanan laut di Restoran Balikpapan ini mengakui yang makanan di restoran ini sedap-sedap semuanya. Semuanya segar-segar dan harganya juga sangat berpatutan dan murah.

Jika anda dan keluarga merancang untuk berkunjung untuk mencuba makanan disini, Lokasi restoran ini terletak di Jalan Budi, Bandar Tawau, 91000 Tawau, Sabah. Waktu operasi pada setiap hari pada jam 9 pagi sehingga 10 malam. Sebarang pertanyaan sila hubungi no tel 089-778 311.

 

3. RESTORAN MAJU SEAFOOD – SEAFOOD

Restoran ini mendapat rating tertinggi di google dan restoran ini pernah viral kerana masakannya. Rata-rata pengguna berpuas hati dengan hidangan yang disediakan di sini. Harganya juga sangat berpatutan dan sesuai dengan makanannya.

Restoran ini menyediakan pelbagai jenis makanan dan lauk pauk berasakan makanan laut dan darat. Menu istimewa dan popular di sini ialah udang butter. Selain itu terdapat juga hidangan lain seperti lobster cheese, udang salted egg, oyster dan banyak lagi di sini.

Marilah merasai kelazatan makanan laut segar dan hidangan tradisional yang memukau selera.

Jika anda dan keluarga merancang untuk berkunjung untuk mencuba makanan disini, Lokasi restoran ini terletak di 1882, Jalan Haji Karim, Bandar Tawau, 91000 Tawau, Sabah. Waktu operasi adalah pada setiap hari dan 24 jam . Sebarang pertanyaan sila hubungi no tel 089-705 033.

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/profile.php?id=100069190575770&locale=en_GB&paipv=0&eav=AfYRlMciBpz0UYbKhx9u0Z0GtAFUJ-PyzGqH67EOk8VXtS7utfrnZBp4U8j5i6rs9lo

 

Buat masa ini kami hanya menjumpai 3 tempat makan best seafood di kawasan Tawau ini. Jika anda ada maklumat terkini atau inginkan premis anda dimasukkan dalam senarai ini, boleh hubungi kami (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk kemaskini maklumat ini. Terima kasih. Dah baca tu, jangan lupa untuk kongsikan ye. Selamat menjamu selera. Adios !

Share.

Leave A Reply