Skim Perubatan Madani. Ini Cara memohon. |   Skim Perubatan MADANI yang diperkenalkan pada Jun lepas terbukti memberi manfaat kepada orang ramai. Dengan memudahkan mereka mendapat rawatan selain menjimatkan masa dan kos. Segala informasi boleh

 

perubatan madani

Skim Perubatan MADANI adalah satu inisiatif Kerajaan. Melalui Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bertujuan untuk menampung keperluan kesihatan golongan B40 terhadap Penjagaan Kesihatan Primer Akut (Rawatan Pesakit Luar Kes-Kes Akut).

Secara dasar, di bawah skim tersebut, penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dalam kalangan B40 boleh mendapatkan rawatan secara percuma di klinik perubatan swasta (GP) yang berdaftar. Skim Perubatan MADANI bagi mengurangkan beban kos rawatan kesihatan di samping meningkatkan kesejahteraan golongan berpendapatan rendah.

Fasa rintis ini telah dilaksanakan di daerah Johor Bahru (Johor), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Klang, Petaling, Hulu Langat dan Gombak (Selangor), Kinta (Perak), Timur Laut (Pulau Pinang), Kuching (Sarawak) dan Kota Kinabalu (Sabah), manakala kini ia telah diperluaskan ke SELURUH MALAYSIA!

perubatan madani

perubatan madani

Ini bermaksud, anda yang layak boleh pergi ke klinik swasta dan mendapatkan rawatan PERCUMA melalui skim ini – Cuma perlu bawa IC je!

 

Jenis Rawatan Percuma Skim Perubatan Madani 

Rawatan pesakit luar kes-kes akut merangkumi:

  • Demam dan selsema
  • Cirit-birit dan muntah
  • Terseliuh
  • Sakit kepala
  • Trauma ringan seperti luka ringan dan lain-lain
  • Rawatan yang tidak termasuk adalah:
  • Imunisasi rutin
  • Saringan kesihatan
  • Rawatan susulan Penyakit Tidak Berjangkit (NCD) rutin
  • Rawatan susulan ibu dan anak rutin
  • Perancangan keluarga rutin
  • Perkhidmatan rehabilitasi
  • Permintaan ubat tanpa konsultasi doktor
  • Permintaan suplemen

Apakah Skim Perubatan MADANI?

Skim Perubatan MADANI adalah satu inisiatif rintis oleh Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Kesihatan yang diwujudkan bagi menampung keperluan kesihatan golongan B40 terhadap Penjagaan Kesihatan Primer Akut (Rawatan Pesakit Luar Kes-kes Akut).

Apakah objektif  Perubatan MADANI?

Objektif Skim Perubatan MADANI adalah:

-Untuk meningkatkan kebajikan dan kesejahteraan golongan B40, terutamanya di kawasan bandar kerana dapat meningkatkan akses kepada rawatan penjagan primer akut di klinik-klinik perubatan swasta yang berdekatan dengan tempat kediaman atau bekerja.

-Untuk meningkatkan penglibatan pengamal perubatan swasta dalam rawatan primer akut, melalui kaedah Kerjasama Awam-Swasta (Public-Private Partnership (PPP))

Apakah manfaat di bawah  Perubatan MADANI?

Manfaat Skim ini ialah penerima yang layak boleh menerima Rawatan Penjagaan Kesihatan Primer Akut secara PERCUMA di Klinik-klinik Perubatan Swasta yang berdaftar di bawah Skim Perubatan MADANI.

Siapakah yang layak menerima  Perubatan MADANI?

Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berkeluarga, warga emas (tanpa pasangan) dan bujang. Penerima yang layak WAJIB membuat pengisytiharan bahawa mereka TIDAK MENERIMA mana-mana manfaat yang sama atau serupa seperti Skim ini daripada mana-mana skim majikan/kerajaan negeri/agensi perubatan lain seperti Iltizam Selangor Sihat, Perak Prihatin dan lain-lain.

Apakah kaedah untuk menyemak kelayakan Skim Perubatan MADANI?

Semakan kelayakan boleh dilakukan melalui laman sesawang Skim MADANI : https://protecthealth.com.my/skimperubatanmadani/. Kelayakan adalah secara AUTOMATIK sewaktu lawatan ke Klinik Perubatan Swasta yang berdaftar di bawah Skim ini. Penerima yang layak hanya perlu membawa Kad Pengenalan untuk semakan kelayakan di Klinik.

Cara Mendapatkan Rawatan Percuma Skim Perubatan Madani  

Langkah 1, Semak kelayakan anda di pautan https://kelayakan-spm.protecthealth.com.my/

Langkah 2, Hadir Ke Klinik: Hadir ke mana-mana GP yang berdaftar dengan Skim Perubatan_MADANI (boleh dikenalpasti dengan pelekat khas) dengan membawa kad pengenalan. Cari Klinik

Langkah 3, Terima Rawatan: Jika anda layak, anda boleh dapatkan Rawatan Pesakit Luar Kes-Kes Akut secara percuma.

Langkah 4, Baki Manfaat: Had manfaat anda akan ditolak selepas anda selesai mendapatkan rawatan.

Skim Perubatan Madani

Pada 1 Okt lepas, Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa berkata 1,587 klinik swasta telah mendaftar dan menyediakan perkhidmatan di bawah Skim  MADANI, yang memanfaatkan 112,887 isi rumah dalam kumpulan B40 sejak ia diperkenalkan tiga bulan lepas.

Skim MADANI pertama kali diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa pembentangan Belanjawan 2023 Februari lepas.

Ia ditawarkan secara automatik kepada penerima Bantuan Tunai Rahmah, memberikan mereka akses mudah dan cepat kepada perkhidmatan percuma di mana-mana klinik swasta berdaftar, termasuk perundingan, pemeriksaan, ubat-ubatan, prosedur dan rujukan.

Maklumat lanjut mengenai Skim Perubatan MADANI termasuk status kelayakan dan senarai klinik panel boleh didapati di laman web ProtectHealth di www.protecthealth.com.my/skimperubatanmadani atau dengan menghubungi 03-8687 2525.

Share.

Leave A Reply