13 Tempat Menarik Di Perlis Yang Harus Anda Lawati | Perlis punyai kelebihan sebagai antara lokasi eko – pelancongan yang menjadi antara tarikan utama pelancong ke negeri ini. Tenang, hijau dan unik menjadi faktor tarikan utama dalam kalangan orang dalam mahupun luar untuk terokai negeri yang miliki tiga jajahan iaitu Arau, Kangar dan Padang Besar.
Sempena cuti sekolah yang bakal tiba ini, apa kata kalau anda sekeluarga beramai – ramai bercuti ke negeri Perlis, negeri Harum Manis, negeri yang aktif dengan aktiviti pertaniannya ini.
Jika anda sudah biasa hidup di Kota dan di kelilingi oleh bangunan, anda boleh merasa suasana kampung di Perlis kerana di Perlis penuh dengan ladang – ladang yang mungkin boleh anda lawati.
Selain itu, banyak tempat – tempat makan best yang akan menarik minat anda. Jika anda ingin ketahui lebih lanjut, boleh klik Di Sini.
1. Taman Rekreasi Tasik Melati
Tasik Melati adalah sebuah tasik kecil yag miliki lebih dari 150 buah pulau beting pasir. Jambatan disediakan merentasi tasik ini untuk memberi ruang kepada pelawat menikmati pemandangan indah tasik yang punyai latar belakang kehijauan dan gunung – ganang ini.
2. Gua Kelam
Gua Kelam pula adalah salah satu dari gua yang unik di Malaysia dengan kepanjangan gua batu kapurnya 370 meter. Jambatan kayu yang berkelebaran 8 kaki adalah satu – satunya jalan yang anda boleh lalui untuk menikmati pemandangan di dalam Gua Kelam.
3. Padang Besar
Padang Besar, mungkin anda pernah dengar bukan? Kalau anda belum pernah ke sini lagi, apa kata kalau simpan duit dari kini, lepas tu shoppinglah puas – puas di sana. Tak habis berjalan kalau nak tengok semua barangan yang diniagakan di sini, jangan terkejut, cctv pun ada dijual!
4. Wang Kelian
Terletak bersempadan dengan Wang Prachan, Thailand, ialah Pasar Wang Kelian yang juga dikenali sebagai Nat Wang Kelian oleh orang tempatan. Pasar ini walau dibuka setiap hari, pada hujung minggu lebih banyak gerai yang dibuka. Anda boleh borong barang – barang di sini kerana harga yang ditawarkan boleh terbeliak biji mata.
5. Kuala Perlis
Ingat Kuala Perlis, ingat laksanya yang bukan main sedap dan terkenal di Malaysia ni. Anda boleh singgah juga restoran-restoran makanan laut yang banyak terdapat Kuala Perlis ni, mana taknya, sebagai pekan nelayan, memang banyak hasil lautnya. Rugi tak cuba makanan lautnya yang segar – segar di sini!
6. Taman Rekreasi Sungai Batu Pahat
Bagi anda yang sukakan aktiviti outdoor dan beriadah bersama keluarga, datanglah ke Taman Rekreasi Sungai Batu Pahat yang berada di Kangar, Perlis. Dilengkapi dengan tempat mandi sungai, pengunjung juga boleh melakukan aktiviti seperti hiking dan juga berkhemah di sini.
7. Hutan Lipur Bukit Ayer
Berkhemah dan berkelah adalah dua aktiviti yang menyeronokkan untuk dilakukan bersama keluarga di sini. Tapak perkhemahan yang boleh muat 100 orang yang disediakan di sini lengkap dengan sumber air bersih dan tempat memasak.
8. Bukit Keteri
Terletak 30 minit dari Kangar, Bukit Keteri adalah lokasi rock climbing yang terkenal di Asia. Memiliki banyak laluan yang boleh dipilih untuk sampai ke puncak, tapi tidak bermakna ianya mudah didaki, Bukit Keteri ini adalah salah satu dari laluan pendakian yang paling mencabar di Asia.
9. ATV Maneq Hills Adventure
Anda rasa ATV ni aktiviti untuk orang lasak dan sesuai untuk orang dewasa sahaja? Kalau anda datang ke ATV Maneq Hills Adventure, di sini tiada had umur ditetapkan, ianya beri peluang kepada anak – anak anda untuk mencuba sesuatu yang baru!
10. Taman Ular & Reptilia Perlis
Sudahlah tiket masuk murah, banyak pula tu spesies ular yang dipamer di sini. Lebih dari 150 ekor ular yang terdiri dari 34 spesies yang ada di sini. Menakutkan tapi dalam masa yang sama satu pengalaman yang pasti tidak dapat dilupakan bila dapat dekati haiwan berbisa ini. Tapi jangan risau, untuk ular yang boleh dekati telah pun dijinakkan
11. Ladang Nira Nipah
Ladang Nipah Kipli berikan anda pengalaman indah di desa, bukan setakat pemandangan ladang yang menarik untuk dilihat, malahan, anda boleh membeli makanan yang dijual di restoran yang ada di sini, lokasi pun di ladang nipah kan, sah-sah lah ada air nira nipah yang dibuat segar untuk anda nikmati.
12. Taman Anggur
Sekiranya anda ke Taman Anggur Perlis, anda dapat melihat sendiri rupa sebuah ladang anggur yang hanya boleh anda dapati di negara lain, memang susah nak pastikan tanaman anggur ini menjadi lagi – lagi di negara Malaysia.
13. Masjid Terapung Al-Hussain
Masjid Terapung Al-Hussain ini begitu indah, menyejukkan mata memandang. Dibina dengan kos RM12 juta, ia bukan masjid yang calang – calang, inilah masjid yang ikonik yang ada di Perlis. Kedudukannya yang mengadap Selat Melaka menjadikan ia 100 kali lebih indah terutama sekali apabila tibanya waktu senja.
Bagi yang sudah puas menikmati kehidupan di bandar, suasana desa dapat mengembalikan kewarasan fikiran yang telah terlalu ‘dihantui’ kesibukan di kota. Diharapkan senarai tempat menarik di Perlis ini dapat membantu anda merancang percutian ke Perlis nanti. Semoga berseronoklah anda sekeluarga di negeri Perlis Indera Kayangan!