13 Penginapan Terbaik Untuk Percutian Di Port Dickson | Port Dickson sebuah negeri yang sememangnya terkenal dengan pantai – pantainya yang cantik. Terdapat juga banyak resort di Port Dickson yang dibangunkan bersebelahan dengan pantai untuk berikan pemandangan laut Selat Melaka melalui tingkap resort.
Jadi kalau datang ke Port Dickson tidak tahu hendak menginap di mana? Dan tidak tahu hendak lakukan apa? Mari kami kongsikan kepada anda antara resort yang cantik dan unik beserta dengan aktivti yang boleh anda lakukan ketika menginap di resort tersebut.
Selain itu, jika anda ingin melihat info – info menarik, anda boleh klik Di Sini.
1. Lexis Hibiscus Port Dickson
Satu lokasi penginapan yang pasti menjadi idaman setiap orang untuk datang ke sini. Resort mewah di atas air yang ada di Port Dickson ini cukup terkenal di kalangan orang dalam dan luar negara yang ingin satu penginapan yang mewah dan menenangkan jiwa sesiapa sahaja.
2. Grand Lexis Port Dickson
Apa yang sering menjadi pilihan orang ramai untuk datang ke sini adalah kerana 3 faktor utama ialah lokasi yang sangat strategik yang hanya 2 minit jalan kaki ke private beach di PD, punyai kolam renang yang besar dan gelongsor air untuk kanak – kanak dan diberi pilihan penginapan yang punyai private pool dalam bilik.
3. Thistle Port Dickson Resort
Thistle Port Dickson Resort yang berada di Teluk Kemang ini menawarkan 251 bilik dengan harga yang berpatutan untuk satu malam. Terdapat 8 pakej penginapan bilik yang boleh anda pilih untuk tinggal di resort ini. Dengan kemudahan yang tersedia di dalam bilik ini buatkan anda berasa selesa untuk datang ke sini.
4. Ancasa Residence

Ancasa Residence boleh ditemui di pantai Teluk Kemang yang popular di Port Dickson. Resort berkonsep Apartment-Hotel ini merangkumi kawasan luas yang penuh dengan tumbuhan hijau, memastikan anda disambut dengan ketenangan bermula pada saat anda tiba di resort ini.
5. Pacific Regency Beach Resort
Seluruh hotel telah dihias dengn warna – warna neutral yang tampak eksklusif dan indah sesuai dengan langit dan lautan serba biru. Pelbagai fasiliti dan kemudahan yang disedia oleh Pacific Regency Beach Resort bertaraf 4 bintang ini seperti restoran, kolam renang, gim, pantai persendirian, arcade, concierge dan banyak lagi.
6. TSR Seafront Hotel
Hotel ini akan menawarkan sebuah panggung wayang, pusat karaoke dan banyak lagi. Buat pengetahuan anda, hotel ini juga punyai makanan dari restoran ternama Marrybrown dalam premis ini. Setiap bilik juga lengkap dengan TV Samsung 4K 49 inci yang tentu sekali cukup high – tech.
7. Klana Beach Resort Port Dickson

Klana Beach Resort PD menawarkan penginapan sekitar 85 bilik dan apartment. Oleh itu, jika anda datang bersama keluarga atau dalam kumpulan yang besar, anda boleh memilih apartment sebagai tempat penginapan di resort ini. Kemudahan lain yang tersedia ialah surau, kolam renang dewasa dan kanak – kanak dan juga BBQ pit.
8. The Guest Hotel & Spa
Jika anda bercadang untuk datang ke kawasan bandar dan bukan fokus kepada penginapan pantai, boleh lah cuba The Guest Hotel & Spa. Amenities di hotel ini tidak kurang hebat juga. Dengan kemudahan spa & urutan, sauna dan mandian stim serta jacuzzi dan kolam renang, hotel ini bukan sahaja cantik, ia juga lengkap dan menarik.
9. Maison Seaview Suites Port Dickson
Maison Seaview Suites adalah hotel jenis apartment atau digelar sebagai aparthotel yang berada di Glory Beach Resort. Ia memberi keselesaan dan kemudahan sebuah apartment dengan fasiliti. Anda boleh memilih antara Junior Suite, Superior Suite, King Suite, Presidential Suite dan antara Garden view atau Seaview.
10. Avillion Port Dickson
Avillion PD pernah menang anugerah resort pantai yang miliki pemandangan pantai seluas lebih 23 ekar. Bayangkan betapa luasnya pandangan anda apabila datang ke sini. Anda punyai pilihan untuk memilih sama ada ingin menginap di bilik, chalet atau pun villa mengikut berapa ramai yang datang.
11. Akar Beach Resort
Sesuai untuk bercuti bersama pasangan atau keluarga, Akar Beach Resort ini lengkap dengan variasi kemudahan supaya anda dapat bercuti dengan sempurna. Apa yang membuat resort ini menarik adalah ia menawarkan penginapan 3 bintang di tepi pantai dengan harga yang sangat berbaloi.
12. Kapitan Lodge
Mustahil untuk terlepas pandang bangunan Kapitan Lodge yang memancar warna – warni ceria biru dan hijau di samping seni binanya yang unik. Anda juga boleh rancang untuk berbbq kerana fasiliti ini sudah pun tersedia. Anda hanya perlu jalan kaki 1 minit sahaja dari rumah ini untuk ke kawasan pantai.
13. Win Win Boutique Hotel PD
Mengetengahkan konsep moden dan minimal, suasana bilik yang terasa sangat cosy dengan gabungan warna yang sejuk mata memandang. Bukan sekadar menarik pada mata sahaja, katil hotel ini juga sangat empuk, memang syok untuk mendapatkan tidur nyenyak selepas seharian berjalan.