13 Penginapan Terbaik Untuk Percutian Di Dungun Terengganu | Nama ‘Dungun’ diambil dari nama sebuah pokok Dungun kerana lokasi yang berada hampir dengan kawasan paya air tawar. Sejarah awal Dungun amat menarik, oleh itu, ia antara lokasi yang sering dikunjungi di Terengganu. Antara tarikan menarik di sini adalah Pantai Teluk Bidara dan Pasar Malam Dungun.
Dungun terkenal dengan pusat pengajian Universiti Teknologi Mara (UITM). Jadi rata – rata mereka yang datang ke Dungun bertujuan untuk hantar anak. Alang-alang hantar anak, anda boleh siar – siar di kawasan Dungun ini. Penginapan adalah perkara yang penting untuk anda nikmati cuti dengan lebih selesa. Tanpa buang masa lagi, jom kita lihat yang mana penginapan yang menarik hati anda.
Selain itu, jika anda ingin melihat info – info menarik, anda boleh klik Di Sini.
1. Tanjong Jara Resort
Tanjong Jara Resort adalah hotel taraf 5 bintang yang menawarkan pengalaman hotel teratas untuk semua pelancong, sama ada untuk perniagaan, pelancong atau bahkan untuk berbulan madu. Melayani pemandangan terbaik dari laut biru yang jelas. Tempat ini pasti memberi anda rasai panorama terbaik di kawasan ini.
2. The Qamar Paka
Di hotel ini, setiap bilik lengkap dengan kemudahan asas dalam bilik yang berkualiti tinggi bagi memastikan keselesaan dan keperluan anda dipenuhi dengan baik. Selain dari kemudahan asas dalam bilik, ada juga kemudahan tambahan yang anda akan dapati. Hotel ini akan menjadi pengalaman percutian yang sukar anda lupakan.
3. KBR The Taaras Redang
KBR The Taaras Redang ialah sebuah penginapan dalam kawasan persekitaran yang baik, yang terletak di Kuala Dungun. Nikmati hari yang menyeronokkan dan santai di kolam, sama ada anda mengembara secara solo atau bersama orang yang tersayang. KBR The Taaras Redang ialah pilihan bijak bagi pelancong yang melawat Kuala Dungun.
4. Ulek Beach Resort
Penginapan di Ulek Beach Resort dibina berkonsepkan hiasan Melayu serta mempunyai ciri-ciri kampung. Aktiviti menarik di sini, ada juga bermain layang – layang, menghasilkan lukisan tradisional dan juga bermain golf. Di sini juga semua bilik ada 1 bilik air, tapi apa yang berbezanya ialah, di family suite terdapat jakuzi peribadi.
5. Six Villa Inn
Six Villa Inn ialah pilihan paling bijak bagi anda yang sedang mencari penginapan mampu milik dengan perkhidmatan yang ramah. Penginapan ini miliki akses WiFi tersedia dalam kawasan umum agar anda sering terhubung dengan keluarga dan rakan – rakan. Penginapan di Six Villa Inn pasti anda puas hati dengan layanan baik dan harga yang berpatutan.
6. Umbut Bayu Resort
Untuk privasi tetamu yang ingin masa terluang bersama ahli keluarga sahaja, resort ini miliki kawasan pantai peribadi. Walaupun tetamu dibenarkan untuk guna alatan barbeku yang menghadap laut, tetapi resort masih menawarkan sajian di restoran milik sendiri yang anda harus cuba apabila ke sini.
7. Casa Tanjung Jara
Di sini miliki 2 kolam renang, iaitu satu untuk dewasa dan satu lagi untuk kanak – kanak. Keliling kolam renang, punyai kerusi dan meja untuk digunakan ahli keluarga atau kenalan untuk bersembang dan berkumpul. Untuk villa, tetamu akan dapat 3 bilik tidur dengan 3 bilik air.
8. NDE Hotel
Bagi anda yang ingin melancong dengan selesa atas bajet sendiri, NDE Hotel ialah tempat yang sesuai untuk menginap dengan adanya kemudahan yang baik dan perkhidmatan yang hebat. Pelbagai hiburan yang disedia untuk anda dan seisi keluarga di NDE Hotel, sebuah tempat yang menarik untuk percutian anda.
9. Wan’s Beach Guesthouse
Bergembiralah dengan hiburan yang disedia untuk anda dan seisi keluarga di Wan’s Beach Guesthouse, sebuah penginapan yang menarik untuk percutian anda. Penginapan di Wan’s Beach Guesthouse ialah pilihan yang tepat bagi anda kerana anda boleh rancang untuk menginap dalam jangka panjang,
10. Permata Resort Dungun
Permata Resort Dungun menawarkan 5 jenis bilik tidur yang punyai pemandangan indah Pantai Sura, iaitu bilik superior deluxe, bilik superior berkembar, bilik deluxe triple, bilik deluxe king, dan bilik deluxe berkembar. Jumlah unit yang ada di resort ini ialah 17, mereka yang membawa keluarga besar bersama boleh tempah lebih dari satu bilik.
11. Teluk Lipat Seaview Inn
Bilik-bilik yang ditawarkan di Teluk Lipat Seaview Inn, satunya ialah Batik’s dengan 2 katil super single. Bilik yang lain ialah Sutera’s yang punyai 1 katil super single dan 1 katil double. Semua bilik yang ada lengkap dengan 1 bilik air, 2 tuala mandi dan alatan mandian percuma. Mesin mengisi air juga boleh digunakan tanpa caj.
12. Sura Inn
Di Sura Inn, tetamu boleh memilih antara 5 pilihan bilik tidur, sama ada bilik keluarga, bilik double, bilik triple, bilik berkembar atau bilik standard double. Sepanjang ada di sini, tetamu boleh menggunakan mesin air gedegang ataupun pergi membeli barang keperluan di pasar mini milik Sura Inn.
13. Semarak Beach Inn Dungun
Sesuai dengan nama Semarak Beach Inn, tetamu boleh sampai ke pantai hanya dengan berjalan kaki sahaja. Di sini juga miliki 6 buah bilik yang menjadi pilihan untuk tetamu, dengan 2 jenis bilik yang berbeza. Dalam masa 1 minit, tetamu akan menjumpai taman permainan kecil yang menghadap pantai yang indah.
Bukan main banyak lagi hotel terbaik di Dungun ini, bukan? Berpinar mata untuk membuat pilihan. Jangan disangka pilihan yang menarik di Dungun ini henti di sini sahaja sebab banyak lagi yang dapat anda temui di Booking.com, bukan sahaja menarik, malahan juga di dalam harga yang sangat berpatutan. Selamat Bercuti!