13 Tempat Makan Malam Best di Lahad Datu, Sabah | Lahad Datu adalah sebuah bandar yang terletak di daerah Lahad Datu ini. Bandar ini bukanlah sebuah bandar yang asing lagi kerana ianya amatlah popular sebagai salah satu destinasi pelancongan tidak kira pelancong luar ataupun dalam. Oleh kerana tempat ini popular dengan aktiviti pelancongan, terdapat banyak tempat makan menarik yang boleh kunjungi disini.

Korang lapar malam tapi tak tahu nak makan apa dan mana? Jangan risau, kami bawakan kepada anda 13 tempat makan best yang boleh cuba di Lahad, Sabah ini. Pasti mengiurkan!

 

1. RUMPUN SELERA RESTAURANT – MAKAN MALAM

Kalau korang masih buntu nak makan apa dan mana, korang boleh ke Rumpun Selera Restaurant. Rumpun Selera Restaurant adalah sebuah restoran makanan India yang agak popular dalam kalangan penduduk disini. Dekat sini, mereka menyediakan bermacam macam jenis hidangan yang korang boleh pilih Semestinya mengiurkan. Antaranya ialah Nasi Campur, Kari Kambing, Roti Canai, Nasi Goreng Ayam Penyet dan banyak lagi. Rata-rata pengunjung disini berpuas hati dengan hidangan yang pelbagai, suasana yang bersih, tidak ada asap rokok dan perkhidmatan pun pantas. Tempat ini amat lah sesuai untuk korang yang nak makan bersama kawan kawan.

Lokasi ini di Restaurant Rumpun Selera, Bandar Sri Perdana, 91100 Lahad Datu, Sabah dan beroperasi pada 6 pagi hingga 12 tengah malam. Jika ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi di no tel:  016-9419001.

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/RumpunSeleraLahadDatu/

 

2. RESTORAN LD – MAKAN MALAM

Korang seorang seafod lover? Kalau jawapan korang ya, korang kena singgah di Restoran LD ini. Untuk pengetahuan Resrtoran LD adalah sebuah restoran terbaik dalam menghidangkan makanan laut. Rata-rata pelanggan disini berpuas hati terutamanya Shell Outnya. Memang berbaloi dengan harga dan ditambah pula dengan staff yang sangat membantu! Apa yang best disini ialah mereka akan membantu korang sekiranya korang buntu nak pilih apa. Jadi, tempat ini amat lah sesuai bagi korang yang seafood lover dan juga makan secara beramai-ramai. Memang terbaik!

Lokasi Restoran LD ini di 91110 Lahad Datu, Sabah dan dibuka setiap hari kecuali Ahad pada 10 pagi hingga 9 malam. Jika ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi di no tel: 089-888632.

 

3. HAPPY SPOON – MAKAN MALAM

Kalau korang craving makanan Local dan Western pada masa yang sama, korang boleh ke Happy Spoon. Happy Spoon ini bukan lah calang-calang kafe di Lahad Datu ini. Setiap suapan pasti korang akan gembira punya kerana dekat sini, terdapat banyak pilihan yang korang boleh cuba dan apa yang menarik lagi, hidangan disini sangat lah banyak. Memang sesuai lah untuk seorang big eater. Korang tak percaya? Cubalah rasai sendiri pengalamannya.

Lokasi Happy Soon ini di Jalan Tabanak, 91100 Lahad Datu, Sabah dan beroperasi setiap hari kecuali Isnin pada 11 pagi hingga 8 malam. Jika ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi di no tel: 089-868900.

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/HappySpoonLD/

 

4. MORI FOOD RESTORAN ARAB – MAKAN MALAM

Tiba-tiba terasa nak makan makanan Arab? Mori Food Restoran Arab adalah jawapannya. Dekat sini, terdapat pelbagai jenis hidangan yang korang boleh pilih. Antaranya seperti Mandy Chicken, Chicken Shawarma Wrap dan banyak lagi. Korang pasti akan suka tambah tambah lagi nasinya sangat lembut, isi ayam yang senang dikunyah dan sos juga melimpah. Makan lagi pasti nak lagi punya. Jadi, tunggu apa lagi. Datanglah untuk menikmati kelazatannya.

Lokasi ini di Unit No. 6, Linear Block F, Level 1, Harbour Town, MDLD 7993, 91100 Lahad Datu, Sabah dan dibuka setiap hari pada 7 pagi hingga 10 malam manakala Jumaat dibuka pada 7 pagi hingga 11:30 pagi dan dibuka semula pada 1 petang hingga 7 petang.

 

Sekarang ni, kami hanya jumpa empat tempat makan malam terbaik di daerah Lahad Datu ini. Jika anda ada maklumat terbaru atau ingin letak tempat anda ke dalam article ini, sila hubungi kami di (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk penambahan tempat makan best di Lahad Datu ini. Setelah anda membaca ini, jangan lupa untuk share dengan orang lain juga ye!

Share.

Leave A Reply