13 Tempat Makan Malam Best di Kota Belud, Sabah | Kota Belud adalah sebuah kota di negeri Sabah yang popular dengan keindahan alamnya serta kepelbagaian budaya dan tradisinya. Oleh kerana bandar ini berada di kawasan pantai,  terdapat banyak restoran yang menyediakan masakan laut segar. Bukan itu sahaja, sekitar Kota Belud juga terdapatnya banyak warung makanan tradisi yang menghidangkan makanan lokal yang asli dan lazat.

Korang lapar malam tapi tak tahu nak makan apa dan mana? Jangan risau, kami bawakan kepada anda 13 tempat makan best yang boleh cuba di Kota Belud, Sabah ini. Pasti mengiurkan!

 

1. EMMA MJ RESTAURANT – MAKAN MALAM

Kalau korang nak makan makanan yang ringan saja, korang boleh ke Emma MJ Restaurant ini. Dekat sini, ada pelbagai jenis hidangan ringan yang korang boleh dapatkan. Walaupun restoran ini kelihatan kecil tetapi siapa sangka, restoran berjaya menambat hati pelanggannya. Antara makanan yang disyorkan disini ialah Roti Canai. Dikatakan Roti Canai disini adalah salah satu Roti Canai terbaik. Ia sangat lah lembut apabila dimakan dan kuahnya juga yang cukup rasa. Apa yang best lagi, mereka memastikan hidangan dihidangkan secara panas, memang terbaik! Selamat mencuba!

Lokasi ini di Lot No.24, Block C, Suria Commercial Centre, 89150 Kota Belud, Sabah dan dibuka setiap hari pada 8 pagi hingga 12 tengah malam. Jika ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi di no tel: 011-26820308.

 

2. D’FARAH CAFE, RESTAURANT & CATERING – MAKAN MALAM

Inginkan makan malam dengan suasana yang menenangkan? D’Farah Cafe adalah jawapan untuk korang. D’Farah Cafe adalah sebuah restoran tepi pantai yang menghidangkan makanan tempatan.  Tempat ini amatlah sesuai bagi seisi keluarga atau kawan sambil menikmati matahari terbenam. Rata-rata pelanggan disini sangat lah berpuas hati dengan harga yang ditawarkan, saiz portion yang dihidangkan dan perkhidmatan. Jadi, kalau korang ada di Kota Belud ini, boleh lah singgah disini. Pasti korang takkan menyesal.

Lokasi D’Farah Cafe ini di Kampung Kastum, Jalan Kuala Abai, 89150 Kota Belud, Sabah dan dibuka setiap hari pada 12 tengah hari hingga 9 malam.

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/dfarahcafekb

 

3. WARUNG POKDI KELATE – MAKAN MALAM

Korang rindu nak makan makanan negeri Kelantan tapi sekarang korang dekat Sabah? Jangan risau, Warung Pokdi Kelate bakal memenuhi kehendak korang. Dekat sini, ada Nasi Kerabu Ayam Berempah, Teh Tarik Madu AIS, Nasi Dagang, Kari Udang, Ayam Percik dan banyak lagi. Korang pasti akan suka kerana portion disini sangat lah sesuai untuk seorang big eater. Dahlah banyak, harga pun mampu milik. Memang terbaik lah. Jadi kalau korang seorang big eater dan rindu makanan orang Kelantan di Sabah ini, boleh datang ke warung ini.

Lokasi Warung Pokdi Kelate ini di Sulaman Sentral, Sepanggar dan dibuka setiap hari kecuali Isnin pada 9 pagi hingga 8 malam. Jika ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi di no tel: 019-7892339.

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/warungpokdikelate

INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/warungpokdikelate/

 

Sekarang ni, kami hanya jumpa tiga tempat makan malam terbaik di daerah Tawau ini. Jika anda ada maklumat terbaru atau ingin letak tempat anda ke dalam article ini, sila hubungi kami di (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk penambahan tempat makan best di Tawau ini. Setelah anda membaca ini, jangan lupa untuk share dengan orang lain juga ye!

Share.

Leave A Reply