13 Tempat Menarik Untuk Percutian Di Bandar Hilir Melaka | Bandar Hilir miliki rekod sejarahnya yang tersendiri apabila 4 rangka manusia telah ditemui di bandar ini. Terdapat juga banyak artifak dan barang antic lain yang dijumpai di sini.

Sekiranya anda rancang untuk bercuti ke negeri Melaka, apa kata anda cuba datang ke Bandar Hilir Melaka yang menjadi salah satu tempat tarikan bagi para pelancong. Anda pastinya sudah mengetahui mengenai negeri Melaka yang kaya dengan tempat bersejarah.

Nak tahu dimana lokasi – lokasi menarik di kawasan ini? Teruskan membaca senarai 13 tempat menarik di kawasan ini.

1. Menara Taming Sari

Jika Menara di Kuala Lumpur terkenal dengan Menara kembar Petronas, Bandar Hilir Melaka juga terkenal dengan Menara Taming Sarinya. Menara ini merupakan salah satu tempat menarik yang harus anda pergi jika datang ke negeri ini. Menariknya mengenai Menara ini ialah, ia dapat berputar hingga 360 darjah pada ketinggian 80 meter.

2. Melaka River Cruise

Jika melawat Kota A Famosa anda terpaksa berjalan untuk nikmati prasejarah di sana, tetapi di Melaka River Cruise ini anda boleh melihat kawasan Sungai Melaka yang menjadi tempat bersejarah di sini. Menariknya lagi, anda melihat keindahan Sungai Melaka dengan menaiki bot yang mengambil masa selama 45 minit untuk melalui sungai yang sepanjang 9 kilometer.

3. Kota A Famosa Bandar Hilir

Siapa yang tidak tahu mengenai Kota A Famosa yang berada di negeri Melaka ini. Jika bercakap mengenai tempat bersejarah di negeri Melaka, Kota A Famosa menjadi salah satu tempat yang wajib anda lawati ketika datang ke sini. Kota A Famosa ini juga adalah salah satu tarikan pelancong unutk ke Melaka ini.

4. The Shore Sky Tower

The Shore Sky Tower, sama seperti nama yang diberi, bangunan ini punyai jalan kaca yang sangat menarik. Bangunan yang punyai 42 tingkat ini berikan anda pengalaman untuk berdiri di atas kaca dan melihat pemandangan yang ada di bawah tempat itu.

5. Rumah Terbalik Melaka

Anda pasti pernah dengar tentang rumah terbalik yang menjadi tarikan di media sosial. Rumah terbalik ini sering menjadi tempat tumpuan pelancong yang datang ke Melaka. Hal ini kerana kedudukan barang – barang yang ada di dalam rumah ini adalah secara terbalik.

6. The Stadthuys

The Stadthuys adalah salah satu tempat bersejarah yang ada di bandar Melaka. Muzium ini berada di tengah – tengah Dataran Belanda yang juga dikenali sebagai Dataran Merah. Bangunan ini dibina sebagai bangunan Belanda yang tertua yang masih berada di Asia. Bangunan ini dibina pada 1650 oleh pihak Belanda.

7. Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan

Di memorial ini, terdapat banyak bahan pameran yang bernilai seperti manuskrip, pita video, filem dan slaid. Antara menuskrip yang terdapat di sini adalah perjanjian dan teks ucapan yang berkaitan dengan perjuangan untuk mencapai kemerdekaan. Anda tidak akan dikenakan sebarang bayaran untuk masuk ke memorial ini.

8. Muzium Samudera

Seperti yang anda tahu, negeri Melaka dikenali dengan sejarah kelautannya. Disebabkan itu, terdapat satu tempat tarikan yang dikenali sebagai Muzium Samudera dibina di Bandar Hilir ini. Menariknya tentang muzium ini, ia miliki bentuk kapal. Kapal ini pula adalah replika kapal Flor De La Mar.

9. The Pirate Adventure – Melaka Alive

Jika anda datang ke sini bersama anak – anak, anda boleh membawa anak anda datang ke The Pirate Adventure. Tempat ini adalah salah satu tarikan terbaru yang ada di Melaka. Ia adalah hiburan yang sekaligus memberi info tentang sejarah kegemilangan negeri Melaka. Menariknya lagi, pirate adventure ini juga adalah pertunjukan teater muzikal yang diilhamkan oleh kapal.

10. Mahkota Parade

Mahkota Parade adalah sebuah pusat beli – belah yang legenda di Melaka. Ia adalah di Bandar Hilir dan adalah pusat beli – belah terbesar di Melaka. Di sini, anda bukan sahaja dapat mencari barangan yang biasa ditemui di pusat beli -belah yang lain, malah anda boleh temui barangan kraf tangan yang sangat sinonim dengan budaya Melaka.

11.  Illusion 3D Art Museum

Bersedia untuk terpegun dengan hasil seni yang terdapat di Illusion 3D Art Museum di Melaka. Ia sebuah muzium yang menjanjikan pengalaman menarik kepada anda sama ada anda pergi bercuti ke Melaka secara bersendirian, dengan rakan – rakan atau keluarga. Di sini, anda akan dikejutkan dengan ilustrasi seni 3 dimensi yang seakan – akan hidup di depan mata.

12. Malacca Straits Hotel

Malacca Straits Hotel ini berada dekat dengan Kota A’Famosa dan mengambil masa 10 minit jika anda jalan kaki. Bilik yang selesa lengkap dengan Tv serta Astro, penghawa dingin dan Wifi percuma, dan peti keselamatan peribadi untuk menyimpan barang berharga semasa anda keluar berjalan di bandar Melaka.

13. Asam Pedas Selera Kampung

Nak tahu macam mana rasanya asam pedas asli negeri Melaka? Singgahlah ke Asam Pedas Selera Kampung. Hidangan asam pedasnya memang cukup sedap, lebih – lebih lagi kerana penggunaan ikan segar dalam masakannya. Antara jenis ikan yang ada adalah seperti ikan pari, ikan jenahak, ikan parang dan banyak lagi.

 

Sebenarnya ada banyak tempat menarik di Bandar Hilir Melaka yang dapat anda pergi. Muzium dan galeri juga banyak terdapat di sini. Sekiranya anda berniat untuk datang ke sini, jangan lupa untuk lawati ke semua tempat tarikan yang telah disenaraikan di sini.

Share.

Leave A Reply