Saintis Temui Mayat Lelaki Berusia 6000 Tahun Penuh Emas. Tak Sangka Ini Identitinya. | KHALIFAH MEDIA NETWORKS : Inilah kubur orang kaya terpurba di dunia, punyalah kaya kita boleh nampak barang kemas yang dia pakai pada lengan, baju dan uhh…zakar dia pun ada pakai sarung emas. purba

Inilah Kubur Varna yang dijumpai di Bulgaria. Kubur ini dijangka wujud sekitar 4600 – 4200 Sebelum Masihi. Sebagai perbandingan, Firaun pertama Mesir Purba wujud pada sekitar 3150 Sebelum Masihi. Jadi, Kubur Varna ni sangatlah purba kalau diikut usia.

kubur

Mengikut ahli arkeologi, pada asalnya mereka ingat ni kubur putera raja, tapi sekarang mereka simpulkan ini kubur penempa logam. Walaupun penempa logam, kubur ini mungkin milik penempa logam yang kaya sebab terlalu banyak harta emas dan kayu cokmar. Kubur orang kaya di tapak arkeologi ni pun ada pakai sarung emas pada zakar mereka. Mereka simpulkan penempatan purba Varna ni berdagang garam bukit dan logam ke tamadun lain, dan zaman dulu memang garam dan logam ni komoditi mahal.

Mereka juga dapati penempatan ni ada sistem hierarki, budaya dan kepercayaan agama yang kompleks. Jadi, depa ni takde la primitif mana. Dah berfungsi sebagai masyarakat bertamadun. Lagi lagi bila kita tengok ukiran dan bentuk tempa logam logam emas dalam kubur ni.

Cuma tu la, saya masih dok terfikir kenapa zakar tu perlu bersarung emas. Siapa yang nak tengok? Jommm

Sumber : FB Khairul Asyraf Lee

 

 

PENEMUAN KUBUR LAMA BRITISH DI KOTA BHARU

GOPENG: Penemuan kubur lama British dekat Kampung Lalang di sini, menjadi bukti penting bahawa suatu masa dahulu Kota Bharu pernah menjadi pusat pentadbiran daerah Kinta, sebelum dipindahkan ke Batu Gajah. Kota Bharu merujuk kepada pekan kecil di negeri ini, yang terletak tujuh kilometer dari sini.

Difahamkan terdapat hanya sebuah kubur di situ dan keadaannya terbiar tanpa penjagaan, malah sudah dipenuhi dengan semak dan belukar sehingga melitupi kawasan tersebut.

Tidak mustahil jika masih ramai yang tidak tahu tentang kewujudan kubur bersalib di kawasan laluan Kota Bharu, Gopeng dan Malim Nawar ini, kecuali bagi penduduk setempat atau orang lama di situ.

KUBUR SEORANG PEGAWAI BRITISH

Menurut Naib Pengerusi Persatuan Kumpulan Sejarah Malaya (MHGSoc), ia merupakan kubur seorang pegawai British, H.Forker ESQ yang bertugas sebagai ahli penyiasat galian British di Kampar. Forker berperanan sebagai pegawai bagi mencari hasil bumi di sini khususnya bijih timah.

Selain itu, antara sebab utama mengapa pusat pentadbiran dipindahkan ke Batu Gajah adalah kerana Kota Bharu diserang wabak malaria pada 1884. Kunjungannya bersama-sama Pengerusi MHGSoc, Shaharom Ahmad ke lokasi bersejarah mendapati Forker meninggal dunia pada 13 Ogos 1884.

Tidak diketahui punca sebenar kematiannya, namun ada mengatakan dia mati kerana membunuh diri. Bagaimanapun menurutnya, pihaknya masih mencari fakta yang lebih sahih.
“Mengikut sumber dari pengkaji sejarah N.A Halim, kita dapat tahu ada kubur lama di situ. Menariknya hanya ada satu kubur di situ dan keadaan di Kota Bharu sekarang sudah tidak ramai penduduk, lengang.

“Sebolehnya kita mahu kubur itu mendapat perhatian daripada Jabatan Warisan dan sebagainya. Untuk pemuliharaan, sebab ia mengukuhkan bukti bahawa dahulunya Kota Bharu. Adalah pusat pentadbiran bagi daerah Kinta dari 1880 hingga 1884.

“Selepas pembunuhan JWW Birch, British mewujudkan pusat pentadbiran di Pengkalan Pegoh tetapi hanya setahun, kemudian berpindah ke Kota Bharu pada 1880.

“Kepentingan Kota Bharu ketika itu adalah British mengawal aktiviti perlombongan di Kinta khususnya Gopeng, sebab itu ada jalan pertama dan terbaik yang dibina dari Kota Bharu ke Gopeng,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

BATU NISAN SAMA DENGAN KUBUR J.W.W BIRCH

Uniknya batu nisan kubur tersebut didapati sama seperti kubur J.W.W Birch di Kampung Gajah. Jelasnya lagi, sewaktu zaman kegemilangan pekan kecil itu, ramai pegawai British dan orang Eropah menetap di kawasan berkenaan, memandangkan perlombongan bijih timah yang rancak berjalan.

“Kalau kita pergi ke situ (Kota Bharu) sekarang, memang tiada apa-apa kesan berkaitan aktiviti perlombongan suatu masa dahulu.

“Sebelum ini kita tidak ada bukti, yang ada cuma stesen keretapi. Apabila adanya kubur ini, kita dapat buktikan bahawa Kota Bharu ini penting untuk British ketika itu,” katanya lagi.

Ketika mengulas lanjut mengenai kepentingan pemuliharaan kubur berkenaan, beliau berpendapat ia bukanlah untuk mengagungkan kehadiran penjajah British tetapi lebih kepada bukti sejarah.

“Bukanlah kita mahu agungkan penjajah tetapi ia merupakan warisan setempat.

“Kota Bharu pernah jadi pusat penempatan dan bandar besar, banyak cerita lisan pada tahun 50-an khususnya dari komik Datuk Lat.

“Perkara ini sudah dimaklumkan kepada Jabatan Warisan untuk turun padang ke situ tetapi belum dapat sebarang maklum balas.

“Tetapi kita berharap ada sesuatu boleh dilakukan sekali gus boleh dijadikan tarikan pelancongan di masa akan datang,” katanya lagi.

Sumber : Astro

Share.

Leave A Reply