Kes Bunuh Zulfarhan. Ini Penjelasan Hakim Tentang Hukuman Yg Dijatuhkan Kepada Pesalah. | KHALIFAH MEDIA NETWORKS : Putrajaya: Mahkamah Rayuan hari ini menyifatkan pembunuhan penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM). Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain tujuh tahun lalu bersifat jahat, zalim dan jenayah kekejaman paling jarang ditemui.
Hakim Datuk Hadhariah Syed Ismail yang mempengerusikan panel tiga hakim bersama-sama Mohamed Zaini Mazlan dan Datuk Azmi Ariffin berkata. Kejadian itu berpunca daripada perbuatan tertuduh pertama hingga keenam.
Mereka ialah bekas penuntut UPNM, iaitu Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, Muhammad Azamuddin Mad Sofi, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat, Mohamad Shobirin Sabri dan Abdoul Hakeem Mohd Ali yang kesemuanya kini berusia 28 tahun.
JENAYAH KEKEJAMAN
Hadhariah berkata, mahkamah bersetuju dengan pendakwaan. Bahawa cara jenayah bunuh dilakukan bukan sahaja mengejutkan sahaja ‘hati nurani kehakiman’ tetapi juga masyarakat.
Ketika membacakan penghakiman selama lebih tiga jam bermula 9.10 pagi. Hadhariah berkata, perbuatan sebegitu paling jarang ditemui. Daripada kes yang pernah berlaku membabitkan jenayah kekejaman yang amat merbahaya kepada masyarakat dan ia harus dihentikan.
“Perbuatan Orang Kena Tuduh (OKT) satu hingga lima menekap seterika di seluruh bahagian badan si mati (Zulfarhan) termasuk di kemaluan menunjukkan mereka berniat jahat, zalim, tidak berperikemanusiaan dan tanpa ada rasa belas kasihan sesama rakan pengajian.
“Selepas si mati diseksa dengan seterika panas. Semua OKT ini menyembunyikan si mati untuk mengelakkan perbuatan jenayah mereka diketahui pihak atasan.
“Menyalahkan si mati dalam kejadian ini. Sedangkan hakikat yang sebenarnya ialah semua masalah ini berpunca daripada perbuatan jahat OKT satu hingga enam,” katanya.
Hadhariah berkata, ibu bapa mana tidak merasa kecewa, marah, sedih dan menangisi pemergian anak kesayangan mereka. Apabila mayat si mati dikembalikan ke pangkuan untuk dikebumikan dalam keadaan yang cukup memilukan dan menyayat hati.
HANYA SATU HUKUMAN
“Hanya Allah sahaja yang tahu betapa hancurnya dan luluhnya hati dan perasaan mereka. Bila melihat keadaan anak mereka diperlakukan sebegini rupa oleh keenam-enam tertuduh ini. Seolah-olah tubuh badan simati ini tidak sedikit pun mempunyai nilai di kaca mata mereka. Sehingga mereka tergamak menyeksa dan berbuat kezaliman seperti ini,” katanya.
“Mahkamah tidak akan bertoleransi di dalam kejadian sebegini. Ibu bapa mana yang sanggup menanggung derita melihat anak kesayangan mereka diseksa sebegini rupa. Sehingga membawa kepada kematian si mati di dalam keadaan yang sungguh mengerikan,” katanya.
Hakim itu berkata, oleh itu mahkamah sebulat suara memutuskan bahawa hanya satu hukuman sahaja yang wajar dijatuhkan terhadap tertuduh. Di mana mereka hendaklah dibawa ke suatu tempat penggantungan dan dikenakan hukuman gantung sampai mati.
Katanya, mahkamah memutuskan rayuan pendakwaan terhadap hukuman 18 tahun penjara yang dikenakan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebelum ini diketepikan dan digantikan dengan hukuman gantung sampai mati, manakala rayuan balas tertuduh terhadap hukuman ditolak.
Sementara itu, mahkamah sama juga membenarkan rayuan pihak pendakwaan untuk menaikkan hukuman kepada penjara empat tahun dan menolak rayuan 12 lagi bekas penuntut UPNM untuk meringankan hukuman terhadap mereka.
Kesemua 12 mereka itu ialah Mohd Hafiz Fauzan Ismail, Mohamad Lukhmanul Hakim Mohd Zain, Ahmad Shafwan Berdal, Muhammad Amirul Asraff Mala, Luqman Hakim Shamsuri Agus, Muhammad Sufi Mohd Mustapha, Noriznan Izzairi Noor Azhar, Muhamad Ashraf Abdullah, Muhamad Danial Firdaus Azmir, Muhammad Hasif Ismail, Muhammad Adib Iman Fuad Adi Sany dan Mohamad Syazwan Musa.
“Kami sebulat suara mendapati faktor yang memberatkan hukuman mengatasi faktor peribadi tertuduh. Pada fikiran kami, hukuman yang sesuai ialah empat tahun penjara.
“Oleh itu, hukuman penjara tiga tahun diketepikan dan digantikan dengan empat tahun dari tarikh sabitan,” kata Hadhariah.
Sumber : HM