Warna adalah elemen yang penting juga dalam membina satu Branding yang kuat dan kukuh bagi jangka masa panjang. Warna berfungsi sebagai visual utama yang bantu cipta kan identiti sesebuah firma itu. Dengan tujuan memberi perbezaan dari pada pesaing mereka yang lain.

Warna juga elemen yang mampu beri impak kepada orang ramai iaitu dari segi memberi pengaruh kepada persepsi, emosi dan tingkah laku orang ramai. Oleh itu, pilihan warna penting untuk Branding itu bagi pastikan ia efektif kepada pengguna.

Psikologi Warna

Setiap warna punyai psikologi atau makna mahu pun kesan yang berbeza di mana untuk bangkitkan tindak balas kepada seseorang itu. Misalnya, dengan faham maksud warna dalam pemasaran boleh menjadi panduan utama dalam proses memilih skema warna yang tepat.

Selain itu, ia juga dapat mencerminkan personaliti Branding anda dan adalah satu bentuk kempen dengan strategi yang betul.

Antara contoh nya, warna biru yang selalu berkait dengan warna langit dan laut, di mana ia tunjuk kanĀ  kualiti yang bersih, tenang dan damai. Dan warna hijau pula yang selalu berkait dengan warna alam semula jadi dari segi pertumbuhan dan kesihatan.

 

Sesuai Dengan Target Pelanggan

Pilihan warna juga harus mengambil kira keutamaan dan ciri yang sesuai dengan sasaran anda. Sebagai contoh, warna yang menarik minat remaja mungkin berbeza dari pada warna yang menarik minat profesional dalam usia 40-an.

Dengan faham corak demografi umum, budaya dan pilihan akan bantu anda lagi dalam memilih warna. Yang mana warna dipilih itu lebih relevan dan akan beri kesan dalam menarik perhatian dan membina hubungan dengan mereka.

Antara contoh warna yang cerah lebih di tumpu kepada generasi muda dan warna yang lembut dan neutral lebih kepada sasaran pelanggan yang dewasa.

KHALIFAH MEDIA NETWORKS

Tema

Pemilihan warna untuk Branding mesti lah sesuai dan padan dengan tema perniagaan anda. Kerana warna dipilih harus kuat untuk pasti kan ia dapat bantu kukuhkan Branding anda dengan sampai kan mesej mengikut emosi dan psikologi yang sesuai.

Sebagai contoh, bagi firma yang membuat servis berkaitan dengan travel sering kali pilih warna biru, hijau atau pun maroon sebagai tema mereka dari segi uniform atau website rasmi mereka. Hal ini erana ia melambangkan ketenangan, keindahan dan keunikan sesuatu tempat itu.

 

https://travelindonesia.my/

Oleh itu pemilihan warna dalam suatu Branding Perniagaan anda sangat penting dan ada peranan yang besar dalam dunia pemasaran ini. Ini tidak hanya untuk menarik perhatian sahaja tetapi juga untuk kuat kan lagi identiti jenama produk atau servis anda.

 

Nak jadikan Branding Perniagaa anda semakin di kenal ramai dengan pilihan warna yang tepat. Jangan risau Khalifah Media Networks boleh bantu anda untukĀ  buat kan Perniagaan anda semakin berkembang dan dikenali ramai.

BERMINAT? boleh TEKAN LINK ini sekarang.

 

Share.

Leave A Reply