Kepentingan Logo Untuk Perniagaan | KHALIFAH MEDIA NETWORK :
Kepentingan logo adalah sebuah elemen penting dalam perniagaan kerana ia melambangkan identiti sesebuah perniagaan anda. Logo juga adalah satu bentuk komunikasi secara visual dengan orang ramai. Oleh itu, logo ini banyak penting nya kerana dapat bantu Usahawan dalam apa jua aspek terutama dalam dunia pemasaran secara digital ini.
IDENTITI
Merupakan identiti asas sesebuah syarikat terhadap produk atau servis yang ditawarkan kepada pengguna oleh Syarikat. Hal ini buatkan pengguna tahu akan segala keluaran produk atau servis milik kita dalam pasaran terkini.
Kerana mereka dapat kenal pasti melalui logo yang ada pada packaging produk atau iklan poster servis yang di buat.
IMEJ SYARIKAT
Melambangkan imej Perniagaan yang professional dalam urusan perniagaan dengan semua pelanggan mereka. Selain itu, ia adalah imej pembayang atau simbolik suatu tanda yang mewakili asal usul, pengenalan tentang sesuatu organisasi.
BINA KESETIAAN
Dengan ada logo perniagaan yang efektif ia dapat bantu untuk membina kesetiaan pelanggan dan sekali gus bantu promosi kan produk atau servis itu. Ini kerana pengguna akan lebih tumpu untuk membeli produk anda berbanding produk dari pesaing.
Dengan kesetiaan pelanggan itu akan bantu lebih ramai orang untuk yakin dan percaya dengan produk atau servis kita.
STRATEGI PEMASARAN
Dengan ada logo ini juga akan mudah kan urusan untuk promosi produk atau servis terbaharu dari Syarikat. Ini kerana pelanggan sudah kenal dan tahu akan kualiti produk atau servis itu hanya melalui logo Syarikat itu saja.
Ini akan dapat bantu lagi dari segi promosi terhadap perkara itu. Hal ini boleh terjadi melalui kaedah Word Of Mouth dari pelanggan kita sendiri. Hal ini secara tidak langsung bantu naik kan jualan perniagaan.
MUDAH DIINGAT DAN DIBEZAKAN
Seterusnya, adanya logo ini juga mudah untuk pelanggan ingat dan secara tidak langsung bantu meraka untuk membuat pilihan jika ingin membeli atau dapat kan sesuatu perkhidmatan yang berkaitan. Dan ia juga bantu untuk bezakan produk milik anda dengan produk pesaing yang seakan sama.
Oleh itu ada banyak kepentingan logo kepada perniagaan kerana ia tidak sekadar gambar sahaja tetapi adalah alat untuk promosi produk dan servis anda sendiri. Dan ia juga mampu untuk menyumbang kepada kejayaan dalam jangka panjang.
Masih pening macam mana nak naikkan Branding Perniagaan anda supaya dikenali ramai. Khalifah Media Networks sedia untuk bantu naikkan Branding perniagaan anda.
BERMINAT??? cepat TEKAN LINK ini sekarang