5 Beranak Rentung. Ini Punca Si Suami Tidak Dapat Selamatkan Ahli Keluarganya. | KHALIFAH MEDIA NETWORKS : Jasin: Jenazah lima beranak yang rentung dalam kebakaran rumah separa kekal di Kampung Berangan Enam. Umbai, hari ini berada di Unit Forensik Hospital Jasin bagi proses bedah siasat.
Ketua Polis Daerah Jasin, Superintendan Mohamad Rusli Mat berkata. Mangsa yang meninggal dunia adalah Laila Fatinah Mustapa, 35. Serta empat anak iaitu dua anak perempuan, Nur Damia Badrisya, 13, dan Nur Dalila Khatijah, 5, serta dua lelaki, Izz Dafa Hafizuddin serta Izz Dani Fati, berusia tujuh dan dua tahun.
Menurutnya, polis menerima panggilan berhubung kebakaran pada 1.45 pagi.
KAKI SUAMI BERSIMEN
Katanya, hasil siasatan awal mendapati mangsa, Muhammad Khairuddin Saari, 35. Menyatakan dia yang sedang tidur dikejutkan oleh isteri, Laila Fatinah jam 1.35 pagi memaklumkan rumah mereka terbakar.
“Muhammad Khairuddin cuba menyelamat kesemua ahli keluarganya. Namun gagal kerana pergerakannya terbatas ekoran kaki kanan patah (bersimen) dan mengalami sesak nafas akibat asap tebal.
“Pada jam 3 pagi. Api berjaya dipadamkan dan pemeriksaan bomba menemui lima mayat rentung seratus peratus iaitu isteri dan anak-anak mangsa,”. Katanya kepada media di lokasi kejadian, hari ini.
Mohamad Rusli berkata, Muhammad Khairuddin yang turut cedera kini dirawat di Hospital Jasin.
“Siasatan masih diteruskan dan setakat ini kes diklasifikasi sebagai mati mengejut,” katanya.
Beliau berkata, pihaknya difahamkan pasukan bomba menemui wanita itu di bahagian serambi rumah manakala empat anaknya berada bergelimpangan berhampiran pintu rumah dipercayai cuba keluar menyelamatkan diri.
Katanya, tindakan pantas pihak bomba memadamkan kebakaran rumah separa kayu dan batu itu turut menyelamatkan kediaman lain berhampiran.
Dalam pada itu beliau turut menasihati orang ramai sentiasa peka dalam keadaan cuaca panas dan kering dengan kawasan kediaman dan menjaga keselamatan harta benda dalam keadaan cuaca panas dan kering ketika ini.
DENGAR SI SUAMI MENJERIT
“Saya dengar suaminya jerit minta isteri dan anak-anaknya keluar tapi tidak boleh kerana semua pintu rumah berjeriji serta berkunci, jadi dia tak boleh buat apa,” kata Abdul Kahar Ahmad, 70.
Warga emas itu adalah jiran kepada mangsa yang maut dalam kebakaran di Kampung Berangan Enam, Umbai, di sini, awal pagi hari ini.
Menurutnya, ketika kejadian jam 1.32 pagi itu. Dia dan isterinya berada di bahagian dapur rumah yang terletak bersebelahan rumah mangsa yang dihuni enam sekeluarga sejak tiga tahun lalu.
“Saya pun sedih… kira-kira jam 1 pagi saya minta isteri buat air sebelum terdengar bunyi bising seperti orang bergaduh dari belakang rumah.
“Isteri keluar untuk periksa dan nampak api marak dari bumbung dan tingkap di rumah mangsa,”. Katanya sebak ditemui di tempat kejadian, hari ini.
Katanya, dalam keadaan cemas itu anak lelakinya berusia 24 tahun menghubungi bomba. Selain cuba memadam api dengan air paip sebelum beredar kerana bimbang api marak.
BARU DITIMPA KEMALANGAN
Abdul Kahar berkata. Lebih menyedihkan beliau difahamkan keluarga itu baru ditimpa kemalangan jalan raya di Alor Gajah dua minggu lalu sebelum diuji dengan kebakaran itu.
“Saya dimaklumkan si suami mengalami patah kaki dalam kemalangan itu dan yang lain selamat,” katanya.