Zara Qairina

Saksi Keempat Dedah Punca Utama Kematian Zara Qairina.

“Keadaan pesakit merosot dan meninggal dunia pada 17 Julai 2025 pada kira-kira 1.07 tengah hari”

 


 

Saksi Keempat Dedah Punca Utama Kematian Zara Qairina. | KHALIFAH MEDIA NETWORKS : Kota Kinabalu: Punca utama kematian Zara Qairina Mahathir adalah akibat kecederaan otak traumatik teruk. Dengan komplikasi hypoxic-ischemic encephalopathy (HIE) selepas mangsa dikesan mengalami pendarahan teruk di dalam otak. Serta tiada tindak balas otak sebaik sahaja tiba di hospital.

Itu laporan perubatan yang dibacakan dalam keterangan saksi keempat. Prosiding hari keempat inkues kes kematian Zara Qairina, Pegawai Perubatan, Jabatan Neurosurgeri Hospital Queen Elizabeth (HQE). Dr Pavankumar Balachandran, 32, di Mahkamah Koroner, di sini, hari ini.

Menurut saksi, Zara Qairina disahkan meninggal dunia di HQE pada 17 Julai kira-kira jam 1.07 tengah hari. Selepas dua hari dirawat oleh pasukan perubatan pakar.

PUNCA UTAMA KEMATIAN

“Keadaan pesakit merosot dan meninggal dunia pada 17 Julai 2025 pada kira-kira 1.07 tengah hari. Punca kematian adalah akibat kecederaan otak traumatik yang teruk dengan HIE.

“Kematian pesakit dimaklumkan kepada pegawai penyiasat. Mayat seterusnya disimpan di dalam wad sehingga ketibaan pegawai penyiasat,”. Katanya ketika diminta membacakan keterangan saksi oleh Timbalan Ketua Pendakwaan II Datuk Badiuszaman Ahmad.

Saksi turut dimaklumkan mangsa sebelum itu ditemukan terbaring tidak sedarkan diri berhampiran longkang di pekarangan tingkat bawah asrama sekolah, sebelum dihantar ke Jabatan Kecemasan dan Trauma, HQE pada jam 4.38 pagi oleh pasukan Pre-Hospital Care (PHC) dari Klinik Kesihatan Kinarut.

Menurut saksi lagi ‘trauma alert’ telah diaktifkan pada jam 4.42 pagi dan pemeriksaan awal oleh pasukan neurosurgeri mendapati mangsa sudah berada dalam keadaan intubasi dan tidak menunjukkan sebarang tindak balas neurologi.

BERGANTUNG DGN MESIN PERNAFASAN

Pemeriksaan awal pasukan neurosurgeri juga ujar saksi mendapati mangsa sudah bergantung kepada mesin bantuan pernafasan serta tidak memberikan sebarang tindak balas neurologi.

Katanya, tahap kesedaran dinilai pada skala paling rendah, dengan anak mata kekal membesar dan tiada refleks otak dikesan.

Menurutnya pemeriksaan luaran turut menemui bengkak serta luka koyakan di bahagian belakang kepala yang telah dijahit bagi menghentikan pendarahan.

“Hasil Imbasan Tomografi Berkomputer (CT scan) otak menunjukkan terdapat pendarahan subarachnoid akut di kedua-dua belah hemisfera otak. Pendarahan subdural di beberapa bahagian termasuk fissur interhemisfera dan tentorium cerebelli, selain tanda-tanda awal herniasi tonsillar di foramen magnum.

“Laporan perubatan turut menyatakan berlaku kehilangan kejelasan antara bahan kelabu dan putih otak, tanda kepada kerosakan neurologi yang kritikal,” katanya.

KECEDERAAN LAIN

Menurut saksi lagi, selain kecederaan kepala. Zara turut mengalami kecederaan lain termasuk patah pergelangan tangan kiri, patah buku lali kiri dengan luka terbuka, serta kecederaan pada pergelangan kaki kanan.

Mangsa yang kemudiannya ditempatkan di Wad Neurosurgeri HQE pada jam 6.40 petang, 16 Julai. Mangsa tidak menunjukkan sebarang tanda pemulihan sepanjang tempoh rawatan dan keadaan kesihatannya terus merosot sebelum disahkan meninggal dunia keesokannya.

Kematian Zara Qairina kemudiannya dimaklumkan kepada pegawai penyiasat polis.

Mayat beliau dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik untuk siasatan lanjut selepas perbincangan bersama ibu mangsa, Noraidah Lamat dan pihak berkuasa.

Dr Pavankumar memiliki Ijazah Kedoktoran Perubatan (MD) dari Universitas Padjadjaran, Bandung, Indonesia pada 2017.

Beliau yang juga saksi inkues telah menjalani latihan housemanship selama dua tahun, bermula 2018 hingga 2020, di HQE, Kota Kinabalu.

Terdahulu Dr Pavankumar berkhidmat sebagai Pegawai Perubatan di Jabatan Neurosurgeri, Hospital Kuala Lumpur, dari 2021 hingga 2023 sebelum kembali bertugas di HQE pada Julai 2023 sehingga kini.

Sebelum diserap sepenuhnya ke unit neurosurgeri, beliau turut mempunyai pengalaman dalam Jabatan Pembedahan Am, sekali gus melengkapkan kemahiran klinikal dalam pengurusan pesakit.

Sumber : HM

Share.
Leave A Reply