Abang Viva Dan Keluarga Akhirnya Berdamai Kembali. Alhamdulillah. | “Alhamdullillah segala perselisihan faham telah diselesaikan dan kami menjadi seperti dahulu kembali.” Demikian catatan terkini Azwan Omar atau lebih dikenali dengan panggilan Abang Viva yang melegakan seluruh netizen yang mengikuti kisah perselisihan antara dia dan keluarga.

Menerusi hantaran di Facebook itu Azwan turut memohon maaf di atas kekecohan yang timbul dan mengucapkan terima kasih kepada yang mendoakan.

“Saya wakil dari seluruh keluarga memohon maaf atas segala yang telah terjadi dan berharap tiada lagi kecaman atau isu yang akan dikeluarkan.

“Biarlah apa yang berlaku dan dibincangkan menjadi rahsia antara keluarga kami,” katanya.

Dalam masa sama Azwan turut memohon agar kedua orang tuanya diberikan ruang dan sekaligus mengumumkan tarikh majlis perkahwinan yang akan diadakan nanti.

“Terima kasih dan maaf sekali lagi kepada semua. Saya juga harap tiada lagi persoalan atau pertanyaan tentang isu ini kepada ibu bapa saya.

“Jika ada kebencian, pertanyaan atau apa-apa boleh terus kepada saya sahaja. Biarlah saya seorang yang menanggung segala beban bukan keluarga saya. Insyaallah majlis perkahwinan kami akan dibuat pada bulan 12 tahun ini..

“Maaf juga kepada customer saya sebab tak dapat datang untuk basuh kereta korang dan mungkin saya bercuti dalam satu atau dua hari lagi sebelum saya teruskan kembali kerja cucian kereta bergerak saya,” katanya.

Terdahulu, media sosial di gegarkan dengan dakwaan Abang Viva tidak mengundang ibu bapa dan keluarga ke majlis pernikahannya.

Perkara itu didedahkan oleh kakak Azwan, Fauziyah Omar di akaun Facebook miliknya baru-baru ini.

Fauziyah mendakwa mendakwa adiknya telah bertunang dan berkahwin dengan pilihan hatinya tanpa pengetahuan mereka sekeluarga.

Azwan membalas kepada kenyataan tersebut menerusi video ‘live’ pada Facebook selepas itu dan memaklumkan dia sebenarnya telah bernikah dengan pilihan hatinya, Enova pada 14 Oktober lalu secara senyap, namun bukan tanpa pengetahuan ibu bapa seperti yang didakwa.

Sumber : Kosmo

 

 

BERITA TERDAHULU

Mak ayah tahu, cuma mereka tak setuju calon isteri – Abang Viva

“Saya sudah beritahu ayah sebanyak tiga kali, mengatakan saya nak kahwin. Emak pula lima kali, cuma mereka tidak bersetuju sangat dengan calon saya pilih”.

Itu penjelasan Azwan Omar atau lebih dikenali dengan panggilan Abang Viva berhubung dakwaan dia tidak mengundang ibu bapa dan keluarganya ke majlis pernikahannya.

Menerusi video ‘live’ pada Facebook malam tadi, Azwan memaklumkan, dia sebenarnya telah bernikah dengan pilihan hatinya, Enova pada 14 Oktober lalu secara senyap, namun bukan tanpa pengetahuan ibu bapa seperti yang didakwa.

“Saya nikah memang dengan pengetahuan emak ayah saya (sambil menunjukkan gambar pada telefon). Saya cuma boleh tunjuk dari jauh, kemungkinan besar ada yang rekod atau ‘screenshot’ (tangkap layar skrin).

“Ini adalah nota selamat pengantin baharu daripada emak saya pada 13 Oktober. Saya tunjuk dari jauh sahaja, nota saya tak bawa tertinggal di rumah.

“Berkenaan isu emak ayah pula, bukan tidak beritahu. Untuk ayah sudah bagitahu tiga kali, saya mengatakan nak kahwin. Lima kali pula untuk emak, jadi lima kali saya cakap kepada mereka nak kahwin,” jelasnya pada siaran langsung tersebut.

Dalam pada itu, Azwan berkata, berkemungkinan kesilapannya untuk meneruskan keputusan tersebut, namun dia berkali-kali menjelaskan pernikahan itu dibuat bukan tanpa pengetahuan orang tuanya.

“Cadangan awal nikah dan majlis adalah Disember, tapi atas sebab tertentu seperti banjir. Saya ada ke Baling, Kedah dan isteri (ketika itu belum berkahwin) sampai lambat di sana. Jadi, saya tidak mahu menimbulkan fitnah dan salah faham orang, jadi kami nikah awal,” katanya.

Malah, Azwan turut berkongsi ada menghantar gambar dan video bernikah kepada ibunya melalui WhatsApp serta memaklumkan telah bernikah.

“Kali terakhir saya cakap pada emak yang saya mahu bernikah ialah pada 12 Oktober. Pada 13 Oktober, saya kerja dan malam pula, saya tidak dapat bercakap sebab emak saya tiada ketika itu.

“Ada juga yang bertanya, kenapa tidak berbincang dalam WhatsApp. Sewaktu saya ke Baling untuk misi banjir iaitu antara Mei dan Jun, saya telah dikeluarkan daripada WhatsApp keluarga. Saya dikeluarkan oleh kakak saya, ditendang keluar.

“Apa yang jadi dalam WhatsApp ‘kumpulan keluarga’, saya tidak ada di dalamnya. Emak ayah saya pula tidak dapat datang majlis nikah kerana saya tahu kesihatan mereka tidak menentu,” katanya.

Jelasnya lagi, tarikh nikah itu juga tidak boleh ditunda ke hari lain memandangkan ia telah ditetapkan oleh pejabat agama.

Terdahulu menerusi perkongsian oleh Fauziyah Omar di akaun Facebook miliknya semalam, wanita itu yang dipercayai kakak kepada Abang Viva mendakwa adiknya telah bertunang dan berkahwin dengan pilihan hatinya tanpa pengetahuan mereka sekeluarga.

Sumber : Kosmo

Share.

Leave A Reply