Adik-Adik Ini Dikecam Hebat. Rupa-Rupanya Ini Cerita Sebenar. | Semalam tular satu video seorang ayah jatuh motosikal di hadapan anak-anaknya tetapi tiada tindakkan diambil oleh anak-anaknya. Ramai netizen mengutuk adik-adik itu kerana tiada perasaan dan tidak mahu menolong ayah mereka yang jatuh itu.

Selepas tular, wakil daripada sekolah tersebut tampil menjelaskan keadaan sebenar keluarga berkenaan. Anak-anak itu sebenarnya mempunyai masalah kesihatan. Baca selanjutnya.

Zaman sekarang senang betul satu-satu video atau posting menjadi viral, kadang-kadang dalam sekelip mata sahaja. Tapi nak diingatkan juga jika tular sekalipun, belum tentu kisah yang diceritakan itu betul atau sebenarnya ada cerita lain disebaliknya. Begitulah situasi yang terjadi selepas satu rakaman ini tular di TikTok petang semalam.

Menerusi video dashcam yang dimuat naik, seorang ayah dilihat sedang berada di hadapan sekolah untuk mengambil anak sejurus sesi pembelajaran tamat. Walau bagaimanapun, tiba-tiba lelaki tua tersebut dilihat tidak dapat mengimbangi badan sebelum terjelepok di atas jalan raya. Namun apa yang menjadi perhatian adalah reaksi cahaya matanya langsung tidak membantu dan hanya melihat sekeliling.

@adyadnin90 #ayahjatuhmotor #jatuhmotor #anakistimewa #fyp #siasatsebelumpost ♬ KebesaranMU – ST12

Sejak semalam, makin ramai yang memuat naik semula rakaman tersebut dan mengecam sekeras-kerasnya tindakan si anak. Malah rata-rata netizen menegur sikap remaja tersebut yang seakan-akan tidak menghargai pengorbanan ayah meskipun hanya naik motor.

Rupa-rupanya, ada kisah lain yang tersirat di sebalik reaksi remaja tersebut yang seakan-akan ‘blur‘ itu. Menerusi satu posting yang dimuat naik Sekolah Menengah Kebangsaan Nasiruddin Shah, Besut, pelajar yang dimaksudkan berkenaan sebenarnya di bawah kategori lembam. Student tersebut akan lambat bertindak balas bila disuruh serta tidak boleh membaca. Oleh sebab itu, pihak mereka memohon untuk berhenti sebarkan tanpa mengetahui kebenaran.

Sumber : Kisah Dunia

Share.

Leave A Reply