Adik Dalam Video Tular Serah Diri Di IPD Kubang Pasu.

| November 9, 2020 | 0 Comments

Adik Dalam Video Tular Serah Diri Di IPD Kubang Pasu. | Jitra: Kanak-kanak lelaki yang menunggang motosikal dalam video tular di laman sosial tampil menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu, di sini, hari ini.

Difahamkan, kanak-kanak dipercayai berusia 10 tahun itu datang bersama bapanya berusia 50-an pada 2.40 petang tadi.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Mohd Ismail Ibrahim berkata, video yang ditularkan di Facebook (FB) dan WhatsApp selama 18 saat itu memaparkan seorang kanak-kanak lelaki sedang menunggang motosikal Honda EX-5 hitam dan nombor pendaftarannya kabur.

“Dalam video itu, kelihatan kanak-kanak terbabit berada di satu simpang tiga dan menunggang motosikal keluar dari simpang sehingga tamat video berkenaan.

“Hasil siasatan lanjut mendapati, rakaman video itu berlaku di Kampung Paya Chegar, Jitra pada 6 petang 8 November (semalam),” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mohd Ismail berkata, tindakan akan diambil berdasarkan kesalahan lalu lintas iaitu menunggang motosikal di bawah umur, cukai jalan tamat tempoh dan tiada perlindungan insuran.

Katanya, selain itu kanak-kanak lelaki terbabit juga didapati tidak memakai topi keledar.

“Tindakan juga diambil terhadap warisnya mengikut Seksyen 39(5) Akta Pengangkutan Jalan (JPJ) 1987 kerana membenarkan pemandu bawah umur memandu kenderaan bermotor

“Kanak-kanak lelaki itu kemudian dibebaskan selepas dikenakan tindakan saman atas kesalahannya,” katanya.

Katanya, berikutan itu, polis menasihatkan ibu bapa supaya memberi perhatian kepada anak-anak terutama dalam aspek keselamatan lalu lintas supaya kejadian tidak diingini dapat dielakkan.

Terdahulu, portal berita Harian Metro melaporkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah mengenal pasti pemilik motosikal yang ditunggang seorang kanak-kanak lelaki yang ditular di laman sosial sejak semalam.

Berikutan itu, JPJ Kedah akan mengambil tindakan susulan sejurus menerima laporan lanjut berhubung kes itu.

Sumber : Metro

Tags: , , , , ,

Category: INFORMASI, KELUARGA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *