Akhirnya Afdlin SETUJU Crackhouse Ditutup. Ini PUNCANYA. | Di dalam kes Crackhouse baru-baru ini, Afdlin bantah kelab tersebut ditutup kerana itu adalah punca rezeki pekerja dan pemilik kelab tersebut. Walaupun dihentam oleh netizen, Afdlin tetap pertahankan pendiriannya.
Sebentar tadi di media sosial milik Afdlin ada memuat naikkan post terbaru tentang isu tersebut, saudara Afdlin akhirnya bersetuju Crackhouse itu ditutup. di bawah merupakan petikan di FB milik Afdlin.
Berdasarkan info-info yang terkini yang telah di beri kepada saya oleh rakan-rakan dan seperti mana yang saya terangkan semalam di live bersama Amin Idris, saya dengan sekeras-kerasnya terus mengecam apa-apa perbuatan menghina agama di pentas lawak.
Walaupun hanya segelintir, jika ianya berterusan akan menjadi barah. Perbuatan-perbuatan seperti di atas yang di banggakan membuat saya rasa jijik dan saya tak boleh lagi memberi sokongan kepada crackhouse comedy club!
walaupun sokongan saya sebelum ni hanya bertujuan untuk kesinambungan rezeki pelawak-pelawak yang kebanyakkan nya mempunyai lawak yg berkualiti dan tak menghina sesiapa. Sekarang ni nasihat saya pada pelawak-pelawak stendap cari dahulu tempat alternatif untuk mencari rezeki pasal benda ni takkan settel awal dan seharusnya kita biarkan pihak berkuasa buat kerja mereka dan jika mereka di sabit kesalahan, mereka mestilah menerima pembalasannya.
Abang mendoakan agar adik-adik pelawak yang terkesan sentiasa di lindungi sewaktu dugaan ini dan rezeki korang terus murah. Kita hanya boleh berjuang berdasarkan informasi yang di terima dan pada ketika ini, informasi ni membuat abg tak boleh lagi menyokong agar crackhouse terus di buka. Sekian.
Sumber : FB Afdlin