Aliff Syukri Hendak Jual Akaun Instagram Miliknya. Ini Harga Yg Ditawarkan. | PETALING JAYA – Memiliki pengikut 4.3 juta, usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri menawarkan kepada mana-mana pengguna yang ingin membeli akaun Instagram miliknya dengan harga RM500,000.
Beliau berkongsi perkara itu menerusi InstaStory miliknya hari ini.
Terdahulu, Aliff memuat naik video sedang menangis teresak-esak dan mengakui dirinya mempunyai masalah mental tahap dua.
Dalam pada itu, beliau turut memohon maaf kepada keluarganya serta orang ramai atas segala kesilapannya selama ini serta memaklumkan bakal mengundur diri dari media sosial.
“Bye bye, selamat tinggal Instagram. Awak adalah permainan yang terindah buat saya. Bukan senang nak ada kawan banyak ini.
“4.3 juta kawan dan semua media sosial saya seperti Instagram, Facebook dan TikTok yang berjuta-juta. Saya sebenarnya ada sakit mental tahap dua, tak tahan sudah,” ucapnya.
Terdahulu, video promosi lagu dangdut berjudul Baby Sayang di Instagram miliknya mendapat kecaman hebat orang ramai apabila memperlihatkan teman duetnya, Baby Shima menari ‘panas’ di sisinya.
Sebelum itu, namanya panas di bibir peminat kerana meletakkan elemen LGBT dalam lagu rayanya baru-baru ini.
Sehubungan itu, tinjauan di akaun sosial miliknya dapat dilihat tiada sebarang hantaran di kongsikan lagi dan gambar serta video sebelum ini juga telah dipadam.