Apa Itu Emotional Marketing? Tarik Hati, Baru Tarik Jualan
| KHALIFAH MEDIA NETWORKS
Apa itu emotional marketing? tarik hati, baru tarik jualan? Dalam dunia digital yang serba pantas, pelanggan bukan sekadar membeli produk mereka membeli emosi, pengalaman dan cerita di sebalik produk itu. Di sinilah datangnya kuasa Emotional Marketing.
Emotional marketing ialah teknik pemasaran yang menggunakan emosi seperti gembira, sedih, kagum, atau nostalgia untuk membina hubungan kuat antara jenama dan pelanggan. Bila hati tersentuh, otak mula percaya dan tindakan beli pun berlaku dengan lebih mudah.

1. Cerita Bukan Sekadar Fakta
Orang tak ingat spesifikasi, tapi mereka ingat cerita. Contoh:
Daripada: “Kek ini diperbuat daripada coklat premium dari Belgium.”
Kepada: “Resipi kek ini diwarisi dari nenek kami — setiap potong ada rasa rindu & kasih.”
Cerita sebegini bukan sahaja menjual produk, ia menjual rasa.
2. Bangkitkan Empati & Rasa Dekat
Bila anda tonjolkan perjuangan, usaha kecil, atau impian, pelanggan akan rasa dekat. Mereka mula anggap anda manusia, bukan sekadar penjual.
Contoh: Kisah usahawan ibu tunggal, atau perjuangan seorang pelajar bina jenama kecil.
3. Gunakan Visual & Muzik Yang Kena Dengan Jiwa
Emosi boleh dihidupkan dengan gabungan video, muzik dan visual yang berkesan. Video pendek dengan lagu yang menyentuh hati dan kapsyen yang relatable boleh buat orang berhenti scroll dan dengar.

4. Fokus Pada Masalah & Solusi, Bukan Produk
Ceritakan tentang masalah sebenar pelanggan, dan bagaimana produk anda menyelesaikannya. Bila pelanggan rasa anda faham mereka, barulah mereka percaya.
5. Gunakan Bahasa Seperti “Kita” Bukan “Saya”
Gunakan perkataan yang tunjuk kebersamaan dan empati. Bukan sekadar “saya jual” tapi “kita sama-sama pernah lalui…”
Bahasa seperti ini menghubungkan hati ke hati, bukan poket ke poket.
Kesimpulan
Emotional marketing bukan tentang manipulasi, ia tentang membina hubungan yang jujur. Bila pelanggan terasa, mereka percaya. Bila mereka percaya, barulah mereka membeli, menyokong, dan berkongsi.

Nak jenama anda dikenang kerana cerita dan nilai, bukan hanya harga?
Khalifah Media Networks sedia bantu anda cipta konten beremosi yang menyentuh hati pelanggan.
Klik LINK ini dan mula kempen marketing yang benar-benar menyentuh jiwa pelanggan anda!
Artikel menarik untuk dibaca:



