Author: Admin Soleh

Abu Ziyad atau lebih dikenali sebagai Admin Soleh merupakan seorang penulis blog yang sangat berpengalaman. Beliau pernah mendapat anugerah penulis Ghost Writer terbaik pada tahun 2020.

Pengamal Media Berkampung Di Pintu Istana Negara. Ini Tindakkan Pihak Istana Buat Ramai Terharu. | Pengamal media yang bertungkus lumus bertugas menyediakan laporan terkini mengenai isu politik semasa berterusan dihargai oleh pelbagai pihak. Terbaru, pihak istana telah menyediakan sebanyak 40 buah kerusi dan tiga meja makan bagi memudahkan urusan media yang menunggu di pintu 2 Istana Negara sejak pagi tadi. Sebelum ini, pihak istana termasuk Yang Dipertuan Agong sendiri berkenan untuk turun padang memberikan makanan kepada pengamal media yang menunggu di depan pintu istana tersebut. Selain itu, pengamal media turut dibekalkan dengan pelbagai makanan dari pelbagai pihak sejak semalam. Pihak…

Read More

Selepas Keluar Dari Istana. Ini Komen Syed Saddiq Kepada Media. | Hari ini hari kedua sebahagian Ahli Parlimen masuk menghadap Yang Di- Pertuan Agong. Sejurus pulang dari Istana Negara, YB Syed Saddiq terus ke bangunan Putra Perdana. Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berharap polemik politik yang melanda negara diakhiri secepat mungkin. “Kita cuba mempercepatkan proses ini, doakan yang terbaik,” katanya ringkas kepada pemberita ketika memasuki pintu masuk utama bangunan Putra Perdana sebentar tadi. Beliau mengakui, baru sahaja pulang dari menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al- Mustafa Billah Shah di Istana Negara. Bagaimanapun…

Read More

YB Maszlee Dalam Perjalanan Ke Istana Negara. Berlaku Sesuatu Di Jalanraya. | Hari ini ramai Ahli Parlimen pergi ke Istana Negara termasuk YB Maszlee. Dalam perjalanan YB Maszlee terserempak dengan kemalangan ini. Saya dalam perjalanan ke Istana Negara dan terserempak dengan kemalangan ini. Berhati-hati ketika memandu kepada semua rakyat Malaysia. Jangan bermain telefon ketika memandu walaupun nak cepat dapatkan update terkini. Ketika sampai di pintu masuk Istana Negara juga, dilihat YB Maszlee juga berhenti untuk berjumpa dengan para wartawan. Lebih mengejutkan juga YB Maszlee juga ada membahagikan makanan kepada para petugas media di luar pintu masuk Istana Negara. View…

Read More

Ini Tweet Ringkas Tun Dr Mahathir. |Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini memulakan tugas sebagai Perdana Menteri interim. Hal ini berlaku kerana Tun Dr Mahathir telah pun meletak jawatan sebagai Perdana Menteri Semalam . Pada pagi ini, Tun Dr Mahathir memulakan kerjanya sebagai Perdana Menteri interim sementara menunggu Perdana Menteri yang baharu akan dilantik. Bagaimanapun dalam satu tweet ringkas menerusi akaun rasmi milik beliau berkata, hanya tinggal beberapa hari sahaja untuk menyelesaikan tugas dipejabatnya di Perdana Putra di sini. “Just another day in the office,” tulis beliau. Sumber : Twitter Dr Mahathir Mohamad

Read More

Ahli Parlimen Ke Istana Negara. Ini Penjelasan Datuk Pengelola Bijaya Diraja. | Hari ini sebahagian Ahli Parlimen masuk ke Istana Negara untuk menghadap YDP Agong selepas Perdana Menteri meletak jawatan. HANYA 90 Ahli Parlimen dipanggil untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara di Kuala Lumpur, hari ini. Semua Ahli Parlimen itu, bagaimanapun, tidak mengikut parti dengan pertemuan secara bersemuka itu dilakukan secara rawak mengikut kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong. Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin, menjelaskan proses temu bual itu akan dilakukan sendiri Yang di-Pertuan Agong dan disaksikan Ketua Setiausaha Negara, Datuk…

Read More

Ini Pengumuman Rasmi Daripada Ketua Setiausaha Negara Yang Ramai Ternanti- Nanti. | Ramai rakyat tertunggu-tunggu pengumuman rasmi dari Ketua Setiausaha Negara tentang status Tun Mahathir selepas mengadap YDP Agong Sebentar tadi. KENYATAAN MEDIA YAB DATO’ SERI DR MAHATHIR BIN MOHAMAD SEBAGAI PERDANA MENTERI INTERIM Adalah dimaklumkan bahawa KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah telah berkenan menerima peletakan jawatan YAB Tun Dr. Mahathir bin Mohamad sebagai Perdana Menteri Malaysia. 2. Walau bagaimanapun, Baginda telah berkenan untuk melantik YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri…

Read More

Wartawan Lapar Berpanas Di Luar. Ini Tindakan Luar Jangka Istana Buat Ramai Respek. | Sejak timbulnya desas-desus mengenai pengaturan semula politik negara semalam, petugas media telah komitmed mengorbankan masa dan tenaga untuk menyampaikan berita kepada rakyat. Pihak Istana membawakan berpuluh kotak KFC untuk mereka menjamu selera. Mereka telah berkumpul di Istana Negara sejak pagi tadi untuk mendapatkan maklumat dari pihak perwakilan mengenai keadaan terkini kabinet negara. Menyedari akan penat lelah para wartawan yang telah berkampung di Istana Negara sejak jam 7 pagi tadi lagi, pihak Istana membawakan berpuluh kotak KFC untuk mereka menjamu selera. Itulah keindahan hati Agong dan Permaisuri…

Read More

Pakatan Nasional – Ini Tweet Terakhir Menteri Kesihatan Buat Ramai Sayu. | Dalam keadaan kemelut politik negara hari ini sampai terlupa kepada pesakit kes COVID 19. Menteri Kesihatan menulis dalam twitter miliknya yang buat ramai sayu. Tweet Saya Terakhir Sebagai Yang Berhormat Menteri Kesihatan. AlhamdulilLah! 2 lg kes COVID-19 pulih sepenuhnya & discaj hari ini. TIADA kes +ve baru. 🤲 Kes-14 & Kes-19 sblm ini dirawat di HKL. Jumlah yg tlh pulih sepenuhnya & discaj hingga hari ini 20 org. 2 masih dirawat di wad dan stabil. Tweet saya terakhir sbg YBMK. TK! Sumber : Dzulkefly Ahmad

Read More

Pakatan Nasional – Ini Pengumuman Rasmi Presiden Bersatu Buat PH Terus Kaget. | Belum reda dengan pembentukan kerajaan baru, ini pengumuman daripada Presiden Parti Bersatu Yang buat ramai orang terkejut. Parti Pribumi Bersatu Malaysia Keluar PH KENYATAAN MEDIA PRESIDEN PARTI PRIBUMI BERSATU MALAYSIA 24 FEBUARI 2020 Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dalam mesyuarat khas yang diadakan pada 23 Februari 2020 telah membuat keputusan untuk keluar daripada Pakatan Harapan. Semua Ahli Dewan Rakyat dari parti BERSATU juga dengan ini keluar Pakatan Harapan. Semua mereka telah menandatangani Akuan Bersumpah untuk terus menyokong dan memberi kepercayaan kepada YAB Tun Dr…

Read More

Pakatan Nasional – Ini Tindakan Mufti KL Malam Tadi Buat Ramai Terharu.| Dalam kemelut politik negara yang berlaku sekarang, pelbagai spekulasi yang dimainkan oleh media dan netizen membuatkan rakyat Malaysia makin ternanti-nanti dengan apa yang akan berlaku seterusnya. Di tengah keresahan rakyat Malaysia dalam isu ini, inilah tindakan Mufti KL yang buat ramai rakyat Malaysia terharu. Datuk Dr. Zulkifli al-Bakry telah mengadakan solat hajat semalam untuk mendoakan keamanan dan kesejahteraan negara ini Desas-desus pertukaran landskap politik baharu negara dalam masa terdekat telah berlegar sejak beberapa hari ini. Dakwaan tersebut dikuatkan lagi dengan pertemuan beberapa parti politik dan pembangkang dalam mesyuarat…

Read More