10 Khasiat Rumpai Laut Ramai Orang Tak Tahu.| KHALIFAH MEDIA NETWORKS – Rumpai laut atau dikenali sebagai sea bird nest, mengandungi sumber serat dan protein yang tinggi, justeru sesuai untuk penjagaan kulit. Rumpai laut yang dianggap ‘ibu kolagen’ mentah kini semakin popular dan ramai khususnya wanita mengambilnya untuk dijadikan makanan tambahan bagi menjaga kesihatan serta kecantikan. Rumpai laut adalah sejenis algae. Terdapat lebih 10 ribu jenis rumpai laut terbahagi kepada 3 kumpulan warna iaitu hijau, merah dan coklat. Ia boleh dimakan secara mentah, dimasak atau dikeringkan. Rumpai laut mengandungi kandungan mineral, asid amino dan beta-karotein dan protein yang tinggi bagi…
Author: Admin Soleh
Inilah 19 Khasiat Gamat Menurut Sains Yang Ramai Orang Tak Tahu.| KHALIFAH MEDIA NETWORKS – Gamat nama saintifiknya holothuroidea adalah haiwan laut yang mempunyai bentuk seperti sosej dengan badan yang berkutil dan kulit yang keras. Ia digunakan secara meluas sebagai makanan dan ubat-ubatan di beberapa tempat di Asia. Gamat mempunyai khasiat yang tinggi tetapi tidak mengandungi kolestrol. Ia mengandungi lebih daripada 50 jenis nutriens seperti protein, lemak, gula, vitamin B1, B2, asid nikotinik, kalsium fosfat, zat besi, iodin, vanadium, zink, kalium, kromium, asid benzoid, kondrotin sulfat, asid mukopolisakarida. Kandungan protein dalam bentuk asid-asid amino seperti arginina, sistina dan histina adalah…
Inilah Khasiat Ikan Haruan Selain Menyembuhkan Luka Yang Tak Ramai Orang Tahu.| KHALIFAH MEDIA NETWORKS – Ikan haruan atau nama saintifiknya Channa striatus merupakan spesies air tawar karnivor yang dikategorikan sebagai antara haiwan popular di negara ini khususnya dalam bidang perubatan. Haruan memakan ikan lain yang lebih kecil dan kadangkala katak turut menjadi habuannya. Oleh kerana ia adalah ikan air tawar, ia sering boleh ditemui di kawasan-kawasan tasik dan sungai. Fakta menarik tentang ikan haruan: Ikan haruan merupakan satu sumber protein yang baik, iaitu kira-kira 60-70 peratus protein kepada manusia. Ikan haruan mengandungi lemak yang rendah berbanding dengan ikan air…
Benarkah Roh Orang Mati Boleh Pulang? | KHALIFAH MEDIA NETWORKS – Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Anbiya, ayat 35 yang bermaksud : “Tiap-tiap diri akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan”. Mati adalah rahsia Allah. Masa dan tempat tidak kita akan ketahui bila akan berlaku. Cuma kita yakin dengan qada dan qadar ia pasti berlaku. Jadi antara persiapan yang boleh kita lakukan untuk mendapat pengakhiran yang baik adalah dengan memperbaiki amalan, seperti menjaga dan memperbaiki solat kita, memperbanyakkan sedekah dan segera melunaskan hutang piutang kita. Selain itu…
Luahan Ibu Arwah Adib Yang Buat Ramai SAYU. | ALOR SETAR: “Saya nak tengok muka orang yang sanggup buat macam itu…sampai bunuh anak saya,” demikian luahan Asma Aziz, 51, iaitu ibu kepada anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim, 24, yang maut akibat insiden rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman di Subang Jaya, bulan lalu. Asma berkata, besar harapannya sebagai seorang ibu untuk melihat individu tidak bertanggungjawab itu diheret ke muka pengadilan sebagai pembelaan terhadap kematian anaknya itu. Dan apabila waktu itu tiba nanti, Asma berkata, dirinya sendiri mahu melihat sendiri wajah individu yang tergamak meragut nyawa Muhammad Adib ketika anaknya…
Sepupu Ceritakan Arwah Adib Sengaja Tinggalkan Keretanya Di Kampung. Sayunya Hati! | KHALIFAH MEDIA NETWORKS – KUALA KEDAH: Persiapan untuk majlis perkahwinan Muhammad Adib Mohd Kassim yang dijadual berlangsung Sabtu ini hampir 80 peratus siap, namun takdir adalah sebaliknya. Sepupu Allahyarham, Amirul Ameer Azmi, 23, berkata arwah ada pulang ke kampung untuk melihat persiapan majlis perkahwinannya baru-baru ini. “Persiapan untuk kenduri dalam 80 peratus siap, cuma kad kenduri saja tak edar lagi,” kata Amirul Ameer yang menambah bahawa tiada perubahan ketara pada arwah ketika itu. Muhammad Adib, 24, meninggal dunia malam tadi selepas mengalami kecederaan parah akibat dipukul ketika menjalankan…
Inilah Luahan Bapa Saudara Arwah Adib Yang Buat Ramai Setuju. | KHALIFAH MEDIA NETWORKS – ALOR SETAR: “Muhammad Adib perlu dikenang sebagai wira negara.” Itu pandangan Kasim Md Isa, bapa saudara anggota bomba Muhammad Adib Mohd. Kassim, 24, ketika ditemui di rumah ibu bapa Allahyarham di Kampung Tebengau Tepi Laut, Kuala Kedah di sini, hari ini. Kasim, 61, menjelaskan, anggota keluarga sangat kecewa dengan kejadian yang menimpa Allahyarham Muhammad Adib kerana dia dibelasah ketika menjalankan tugas untuk memadamkan kebakaran di Kuil Sri Maha Mariamman, Seafield, USJ25, Subang Jaya, dalam kejadian rusuhan pada 27 November lalu. “Kami reda dengan pemergian Allahyarham…
Inilah 20 Khasiat Ikan Keli. Ramai Tak Tahu!| KHALIFAH MEDIA NETWORKS – Ikan keli atau nama saintifiknya Clarias gariepinus yang juga dikenali sebagai catfish adalah spesies yang banyak diternak untuk tujuan pemakanan. Bukan sahaja di Asia, ikan ini juga dimakan di negara-negara Afrika, Eropah Timur dan Amerika. Walaupun kualiti dan rasa ikan keli dari pelbagai negara mungkin berbeza, tetapi ikan disebut-sebut untuk mempunyai banyak nutrien yang baik untuk kesihatan. Ikan keli mempunyai kandungan Omega-3 pada kadar 0.51 gram bagi setiap 100 gram, jauh lebih tinggi berbanding kandungan Omega-3 dalam ikan salmon (0.20g/100g), mackerel (0.10g/100g) atau trout (0.40g/100g). Kadar lemak dalam…
Inilah 10 Cara Halau Nyamuk Yang Dijamin Berkesan. Boleh Cuba!| KHALIFAH MEDIA NETWORKS – Rumah anda banyak nyamuk? Setiap kali maghrib menjelma nyamuk mula masuk ke rumah. Berbintat badan anak-anak akibat digigit nyamuk. Lagi risau kalau ada nyamuk aedes, takut terkena demam denggi. Usah risau lagi, jom kami kongsikan tips halau nyamuk yang boleh anda cuba. 1. Bersihkan kawasan rumah Pastikan kawasan rumah anda bersih daripada sampah-sarap, ranting-ranting dan barang lama yang tidak dipakai bagi mengelakkan rumah anda menjadi kawasan tumpuan nyamuk. 2. Pastikan tiada air bertakung Nyamuk membiak dalam air yang bertakung. Mungkin rumah anda banyak nyamuk kerana…
Inilah Tips Mudah Bezakan Daun Sup Dan Daun Ketumbar. | KHALIFAH MEDIA NETWORKS – Daun sup dan daun ketumbar, sekilas pandang rupanya kelihatan sama. Malah ramai ibu-ibu yang tak dapat membezakan yang mana satu daun sup, yang mana daun ketumbar kecuali jika mencium bau daun tersebut. Istimewa untuk anda, hari ini kami akan kongsikan kepada anda perbezaan di antara daun sup dan daun ketumbar serta khasiat keduanya. Apakah perbezaan daun sup dan daun ketumbar dari segi rupa, bau, rasa, dan kegunaan dalam masakan? Bentuk daun. Daun sup berdaun tajam dan berbatang panjang. Sementara daun ketumbar agak lebar dan batangnya pendek. Warna…

