Author: Imannina

Imannina merupakan penulis bagi Syarikat Khalifah Media Networks yang mempunyai kepakaran dalam bidang multimedia. Mempunyai pengalaman dalam bidang penulisan selama 2 tahun.

Terdapat lebih 22,000 warga maya menandatangani petisyen dalam talian bagi membantah dakwaan tindakan tatatertib yang dikenakan terhadap seorang guru sekolah rendah di sebuah daerah di Selangor pada jam 12 tengah hari ini. Petisyen yang dibuat oleh individu bernama Jamal Yunuh di laman web change.org bertajuk ‘Petisyen Menuntut Keadilan Untuk Guru Fadli Salleh’ mula mendapat maklum balas sejak semalam. Petisyen itu diwujudkan bagi mengajak orang ramai untuk memberi sokongan kepada Cikgu Fadli Salleh yang didakwa akan diberhentikan kerja atas beberapa pandangan beliau tentang sistem pendidikan negara. Cikgu Mohd Fadli Mohamed Salleh adalah merupakan pendidik di Sekolah Kebangsaan (1) Gombak. Beberapa hari…

Read More

Tiga lelaki dan dua wanita didapati terkandas di kawasan rekreasi air terjun di Gunung Bronang, Sarawak pada petang semalam. Situasi ini berlaku akibat ribut dan hujan lebat yang melanda kawasan-kawasan di Sarawak seperti Bau, Kuching, dan Sematan. Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri, Henderi Ardimansyah mengatakan pihak mereka mendapat panggilan kecemasan dari salah seorang mangsa pada jam 6.50 petang, melaporkan bahawa mereka terkandas di sekitar kawasan itu. Selepas laporan telah dibuat, lima anggota bomba diarahkan untuk segera bergerak ke lokasi kejadian bagi menjalankan gerakan mencari dan menyelamat (SAR). Menurut beliau, mangsa-mangsa itu telah diarahkan untuk berkumpul di satu kawasan selamat…

Read More