Author: Cik Syamina

Kematian Yang Dicemburui, Ramai Kongsi Kebaikan Adibah Noor Pemergian penyanyi popular, Adibah Noor menjadi ‘kejutan’ buat rakyat Malaysia selepas dilaporkan beliau meninggal kerana penyakit kanser ovari. Baca seterusnya. PETALING JAYA – Pemergian penyanyi popular, Adibah Noor menjadi ‘kejutan’ buat rakyat Malaysia selepas dilaporkan meninggal dunia pada pukul 6.30 petang semalam di sebuah pusat perubatan di ibu negara. Tinjauan Kosmo! di media sosial mendapati pelbagai hantaran dan ciapan dimuat naik oleh netizen yang berkongsi mengenai kebaikan yang dilakukan Allahyarhamah. Seorang peniaga, Sharina Hasdi berkata, Allahyarhamah pernah membantu mempromosikan perniagaannya di Twitter tanpa mengenakan sebarang bayaran. “Kak Adibah Noor seorang yang baik…

Read More

Ain Husniza Peroleh 7A, Buka MATA Semua Yang MenghinanyaSeorang remaja yang sebelum ini mendedahkan mengenai ‘lawak rogol’ oleh bekas gurunya, Ain Husniza Saiful Nizam berjaya meraih keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) 2021. Baca seterusnya. From this. To this.#Spm2021 #MakeSchoolASaferPlace pic.twitter.com/E1Qm63gHxO — ain #MakeSchoolASaferPlace (@ainhsaifulnizam) June 16, 2022 PETALING JAYA: Seorang remaja yang sebelum ini mendedahkan mengenai ‘lawak rogol’ oleh bekas gurunya, Ain Husniza Saiful Nizam berjaya meraih keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) 2021 selepas memperoleh 7A 1B. Menurut Ain Husniza, keputusan itu menjadi bukti dia mampu mencapai kecemerlangan walaupun sering didoakan gagal oleh ramai…

Read More

Dj Radio, Fizi Ali Hilang Sabar. Nukilan ‘Meroyan’ Dikongsi Untuk Bekas Isterinya. Hilang sabar, pengacara dan penyampai radio Fizi Ali meluahkan rasa marah terhadap bekas isteri, Shakilla Khoriri. Baca seterusnya. PETALING JAYA – Hilang sabar, pengacara dan penyampai radio Fizi Ali meluahkan rasa marah terhadap bekas isteri, Shakilla Khoriri. Sungguhpun tidak menyebut nama Shakilla dalam dalam entri yang dimuat naik dalam Instastory, Fizi atau nama sebenarnya, Mohd. Hafizudin Alimudin mengakui kesabarannya akhirnya semakin menipis. “Sabar itu ada tahapnya. Jangan bagi sampai tahap kesabaran itu hilang. Aku hormat sebelum ini sebab kau ibu kepada anak aku. “Aku tak nak buka mulut…

Read More

MRT Laluan Putrajaya Dibuka. Tambang Percuma Selama Sebulan! Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pemberian perkhidmatan percuma selama sebulan bermula hari ini bagi semua pengangkutan awam di bawah kendalian RapidKL. Baca seterusnya. KUALA LUMPUR: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pemberian perkhidmatan percuma selama sebulan bermula hari ini bagi semua pengangkutan awam di bawah kendalian RapidKL. Berita gembira itu disampaikan oleh Perdana Menteri sempena pembukaan rasmi Transit Aliran Massa (MRT) Laluan Putrajaya Fasa Satu, hari ini. Tambang percuma itu merangkumi perkhidmatan MRT, Transit Aliran Ringan (LRT), Bas Rapid Transit (BRT), monorel serta bas RapidKL. “Kita memahami tentang kesusahan rakyat terutama…

Read More

Kesesakan LRT Semakin Melarat. Pengguna Naik Muak! Crowd control atau kawalan orang ramai yang tidak sistematik, pengguna tetap perkhidmatan naik berang dan muak tentang isu ini. Baca selanjutnya. Belum habis lagi isu LRT kerap mengalami masalah perkhidmatan tergendala pada pertengahan bulan lalu, nampaknya pengguna pengangkutan awam itu sekali lagi menghadapi isu, kali ini melibatkan masalah crowd control atau ‘kawalan orang ramai’ yang tidak sistematik. Menurut salah seorang pengguna tetap perkhidmatan pengangkutan awam itu, @nrjwznl menyatakan perkara ini sudah menjadi ‘satu kebiasaan’ di mana pengguna MRT perlu menunggu masa yang lama untuk menukar naik tren LRT. Nikmati Pelbagai Servis Dan Perlindungan…

Read More

Tundukkan Bangladesh 4-1, Malaysia Layak Ke Piala Asia!. Malaysia menundukkan Bangladesh 4-1 dalam aksi terakhir kelayakan kumpulan E serta melayakkan ke pusingan akhir Piala Asia. Baca seterusnya. KUALA LUMPUR: Skuad Harimau Malaya menamatkan penantian 42 tahun untuk layak ke pusingan akhir Piala Asia secara merit selepas menundukkan Bangladesh 4-1 dalam aksi terakhir kelayakan Kumpulan E di Stadium Nasional, Bukit Jalil, di sini, sebentar tadi. Dalam perlawanan malam tadi, skuad kendalian Kim Pan Gon berada di depan pada minit ke-16 menerusi Safawi Rasid yang menyempurnakan sepakan penalti selepas Matthew Davies dijatuhkan pertahanan lawan. Bangladesh bagaimanapun membuat kejutan apabila berjaya menyamakan kedudukan…

Read More

Pintu Sempadan Dibuka, Berpusu-pusu Orang Kahwin di Siam! Selepas pintu sempadan negara dibuka, tempahan pasangan dari Malaysia berkahwin di Thailand meningkat. Baca seterusnya. KANGAR: Tempahan pasangan dari Malaysia berkahwin di Thailand meningkat lebih 100 peratus dari lima pasangan kepada 10 hingga 15 pasangan sebulan sejak pintu sempadan negara dibuka, baru-baru ini. Bercakap kepada Utusan Malaysia, individu yang menguruskan perkahwinan di Thailand dikenali sebagai Azizi berkata, sejak pintu sempadan dibuka, dia tidak menang tangan menerima tempahan termasuk dalam kalangan orang kenamaan (VIP). Ekoran itu, katanya, dia masih menyusun slot dan mencari tarikh sesuai untuk pasangan menghalalkan hubungan mereka itu. “Permintaan (tempahan)…

Read More

Hukuman Mati di Malaysia DIMANSUHKAN. Ini sebabnya. Tiada lagi hukuman mati mandatori di Malaysia selepas kerajaan bersetuju untuk memansuhkan hukuman tersebut dan digantikan dengan hukuman lain mengikut budi bicara Mahkamah. Baca seterusnya. KENYATAAN MEDIA PEMANSUHAN HUKUMAN MATI MANDATORI DI MALAYSIA#peguamnegara@jpmgov_#hukuman#matimandatori#mahkamah#bheuujpm#jpm#KeluargaMalaysia pic.twitter.com/DjvTkUbYz9 — Wan Junaidi Tuanku Jaafar_Official (@dswjtj) June 10, 2022 Tiada lagi hukuman mati mandatori di Malaysia selepas kerajaan bersetuju untuk memansuhkan hukuman tersebut dan digantikan dengan hukuman lain mengikut budi bicara Mahkamah. Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Perdana Menteri, keputusan ini dicapai susulan pembentangan Laporan Kajian Hukuman Gantian Terhadap Hukuman Mati Mandatori oleh Menteri di Jabatan…

Read More

Warga Emas Masukkan Wayar Dalam Kemaluan. Ini Puncanya.. Sekumpulan doktor berjaya mengeluarkan wayar sepanjang 18 sentimeter (cm) dari alat kemaluan seorang warga emas. Baca seterusnya. ISLAMABAD: Sekumpulan doktor berjaya mengeluarkan wayar sepanjang 18 sentimeter (cm) dari alat kemaluan seorang warga emas yang memasukkan objek itu dengan sendiri bagi membolehkannya membuang air kecil. Memetik laporan Daily Mail, lelaki berusia 64 tahun dari Pakistan, memasukkan wayar berkenaan ke dalam uretranya namun ia tersangkut. Menurut doktor di Hospital Abbasi Shaheed di Karachi, lelaki itu berbuat demikian kerana tidak dapat buang air kecil. “Warga emas itu mengalami kesakitan dan kesukaran untuk kencing selama dua…

Read More

TMJ Tarik Diri Dari JDT. Ini Puncanya.. Pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim hari ini membuat pengumuman mengundur diri daripada JDT. Baca seterusnya. JOHOR BAHRU: Pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim hari ini membuat pengumuman mengundur diri daripada pengurusan kelab paling berjaya tanah air itu. Perkara itu dimaklumkan menerusi satu hantaran yang dibuat di Facebook rasmi kelab, Johor Southern Tigers sebentar tadi. Menerusi kenyataan itu, Tunku Mahkota Johor bertindak demikian disebabkan faktor tanggungjawab serta komitmen lain yang perlu dilakukan. “Disebabkan tanggungjawab dan komitmen saya yang lain, saya telah mengambil keputusan…

Read More