Author: Cik Syamina

Isu Pelajar UUM: Ramai Berang Tiada Tindakan Daripada KPT? Isu pelajar UUM S Vinosiny, 21, ditemui meninggal dunia di asramanya dan dia didakwa meninggal dunia akibat renjatan elektrik, tular di Twitter ramai berang dengan Menteri Pengajian Tinggi (KPT), Noraini Ahmad kerana tiada sebarang ucapan takziah atau kenyataan yang dikeluarkan berkenaan insiden tersebut. Baca selanjutnya. Kecoh di media sosial semalam apabila seorang pelajar daripada Universiti Utara Malaysia didapati meninggal dunia di dalam bilik di asrama universiti tersebut. Dalam kejadian yang menyedihkan itu, penuntut Sarjana Muda Perakaunan (Sistem Maklumat), S Vinosiny, 21, ditemui meninggal dunia di asramanya dan dia didakwa meninggal dunia…

Read More

TIGA Tempat Harus Berjaga-Jaga! Cuaca Panas Melampau Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) menyatakan tiga kawasan di Semenanjung Malaysia berada pada Tahap Satu iaitu berjaga-jaga di mana suhu maksimum harian adalah 35 hingga 37 darjah Celcius. Baca seterusnya. SHAH ALAM – Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) menyatakan tiga kawasan di Semenanjung Malaysia berada pada Tahap Satu iaitu berjaga-jaga di mana suhu maksimum harian adalah 35 hingga 37 darjah Celcius sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut. METMalaysia menerusi kemas kini status cuaca panas sehingga jam 4.25 petang berkata, tiga kawasan tersebut ialah di Batang Padang, Kuala Selangor dan Kuala Lumpur. “Terdapat tiga kawasan di Semenanjung Malaysia…

Read More

Palsu Dokumen Tender Pembersihan, Enam Kontraktor Didenda & Dipenjara. Enam kontraktor didenda RM50,000 di atas pertuduhan memalsukan penyata akaun bank syarikat serta diperintahkan hukuman penjara selama enam bulan. Baca selanjutnya. ALOR SETAR – Enam kontraktor didenda RM50,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, pada Selasa selepas mengaku bersalah atas pertuduhan memalsukan penyata akaun bank syarikat untuk melayakkan mereka mendapatkan tender pembersihan awam pada 2019. Hakim Harmi Thamri Mohamad menjatuhkan hukuman itu terhadap Zulhilmi Abdul Jabar,43; Mohd Yusrizal Ismail,43; Muhamad Hairi Md Ismail, 38; Ranzi Halim, 51; Muhammad Amir Che Azid, 36 dan Badaruddin Mohamad, 40. Mereka juga diperintahkan menjalani hukuman penjara…

Read More

Penyakit Kaki dan Tangan (HFMD) Semakin Menular, Rakyat Diminta Jaga Kebersihan. Jangkitan penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) seluruh negara terus meningkat. Penyakit ini juga meningkat berikutan pergerakan penduduk Malaysia semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri. Baca seterusnya. KUALA LUMPUR – Jangkitan penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) seluruh negara terus meningkat 20 kali ganda tahun ini berbanding 2021. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 47,209 kes HFMD dilaporkan bagi tahun ini sehingga hari terakhir minggu epidemiologi (ME) 20/2022 pada 21 Mei lalu. “Pada tahun 2021 sehingga ME yang sama iaitu hanya mencatatkan 2,237 kes manakala…

Read More

Video Pemandu Van Buat Pusingan U Di Lebuh Raya, Rupanya Tiada Lesen Memandu! Tindakan pemandu sebuah van dikatakan membuat pusingan U mengakibatkan berlaku kemalangan membabitkan sebuah kenderaan jenis utiliti sukan (SUV), di Kilometer 59.7 Lebuhraya Senai-Desaru. Ia juga didapati tidak mempunyai lesen memandu. Baca seterusnya. KOTA TINGGI- Tindakan pemandu sebuah van dikatakan membuat pusingan U mengakibatkan berlaku kemalangan membabitkan sebuah kenderaan jenis utiliti sukan (SUV), di Kilometer 59.7 Lebuhraya Senai-Desaru di sini pada Ahad. Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamaro berkata, kemalangan kira-kira jam 2.55 petang itu dipercayai berlaku setelah pemandu van merupakan seorang lelaki warga asing membuat…

Read More

Dihantui Mimpi Ngeri Berterusan, Perompak Kembalikan Patung Berharga yang Dicuri ke Kuil. Sekumpulan perompak dilaporkan telah memulangkan semula 14 patung suci yang dicuri dari sebuah kuil Hindu di India, selepas mendakwa sering didatangi mimpi-mimpi ngeri sejak melakukan jenayah tersebut. Baca seterusnya. Sekumpulan perompak dilaporkan telah memulangkan semula 14 patung suci yang dicuri dari sebuah kuil Hindu di India, selepas mendakwa sering didatangi mimpi-mimpi ngeri sejak melakukan jenayah tersebut. Tinggalkan nota untuk kuil Minggu lalu, kumpulan perompak tersebut telah mencuri 16 patung suci dari kuil Lord Balaji yang berusia 300 tahun di Uttar Pradesh, Indai, lapor laman berita The Guardian. Pada…

Read More

Boleh Lenturkan Telinga Untuk Memegang Monopod, Gadis Ini Digelar Elastic Girl! Seorang wanita di Jepun digelar ‘Elastic Girl’ kerana kebolehannya untuk memegang beberapa objek seperti payung dan batang monopod persis watak Elasticgirl dari filem The Incredibles. TOKYO: Seorang wanita di Jepun dibandingkan dengan watak Elastigirl dari filem animasi terkenal, The Incredibles berikutan kemampuannya melenturkan cuping telinganya untuk memegang beberapa objek seperti payung dan batang monopod. Lapor Oddity Central, Ayumi Takada, 37, dari Tokyo pada mulanya menyedari cuping telinganya sangat anjal semasa berada di sekolah rendah lagi. “Ketika kejadian, hujan tanpa henti dan kedua-dua tangan Ayumi penuh dengan barangan. “Jadi, dia…

Read More

‘Penampakan’ Harimau Di Kemensah: Polis Tahan Saksi, Warga Bangladesh. Tular baru-baru ini seorang lelaki warga Bangladesh menyebarkan maklumat penampakan harimau di Kemensah Height. Polis menahan lelaki tersebut untuk siasatan lebih lanjut. Ampang: Polis menahan seorang lelaki warga Bangladesh yang disyaki menyebarkan maklumat mengenai penemuan harimau di Jalan Tropika, Kemensah 3, Kemensah Heights, Hulu Klang di sini, seperti tular semalam. Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, lelaki berusia 51 tahun itu ditahan sepasukan polis yang melakukan rondaan di kawasan berkenaan. “Suspek dipercayai orang yang memberi maklumat mengenai terlihat harimau di kawasan itu. Namun perkembangan mengenai penemuan…

Read More

Ini 5 Cara Mudah Mengesan ‘Hidden Camera’ Di Tandas Awam Atau Hotel. Di zaman moden ini, kita harus sentiasa berhati-hati. Hidden Camera boleh dipasang di mana-mana kita berada. Mari ketahui lima cara mudah mengesan hidden camera di tandas awam mahupun hotel! Selalu jugak kita dengar cerita orang terjumpa kamera-kamera tersembunyi yang diletakkan di dalam tandas awam atau pun bilik hotel. Tambah lagi zaman sekarang ni, semua benda boleh dapatkan online dan harganya pun taklah mahal sangat makin menjadi-jadilah perangai gatal sesetengah orang kan? Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter telah kongsikan beberapa tips untuk cari hidden camera sama ada di tandas…

Read More

Fakta: Harga Petrol Di Malaysia Antara Termurah Di Dunia. Malaysia merupakan antara 10 buah negara yang menjual petrol dengan harga paling murah di dunia pada kadar 46.6 cents seliter. Baca selanjutnya. KUALA LUMPUR – Malaysia merupakan antara 10 buah negara yang menjual petrol dengan harga paling murah di dunia pada kadar 46.6 cents seliter. Venezuela merupakan negara paling murah menawarkan harga petrol kepada 2.2 cents seliter, menurut GlobalPetrolPrices.com. Manakala harga purata di Indonesia AS$1.136 seliter, Filipina AS$1.50 dan Singapura AS$2.22. Hong Kong pula merekodkan harga petrol paling mahal kepada AS$2.897 cents seliter Purata harga petrol di dunia kini sekitar AS$1.36…

Read More