Author: Cik Syamina

Malaysia Airlines Cemas, Pesawat Hadapi Masalah Teknikal. Malaysia Airlines mengalami masalah teknikal dan menyebabkan kabin pesawat panas serta ketidakselesaan kepada penumpang. Baca seterusnya. KUALA LUMPUR- Malaysia Airlines amat kesal dengan ketidakselesaan yang dihadapi penumpang tiga penerbangannya apabila persekitaran kabin pesawat menjadi panas berikutan masalah teknikal berasingan yang menyebabkan unit kuasa bantu (APU) tidak berfungsi. Syarikat penerbangan nasional itu menjelaskan tiga penerbangan itu adalah dari Kuala Lumpur ke Kuching (MH2536) pada 3 Mei, Kuala Lumpur ke Sandakan (MH2710) pada 8 Mei dan Alor Setar ke Kuala Lumpur (MH1205) pada 9 Mei 2022. “Sistem APU adalah komponen yang dipasang pada pesawat yang…

Read More

Peluang Pekerjaan Di Malaysia Semakin Bertambah Pasaran pekerjaan di Malaysia pulih pada suku pertama tahun ini dengan bilangan jawatan bertambah 148,520 kepada 8.57 juta berbanding suku sama tahun sebelumnya. Baca seterusnya. PUTRAJAYA: Pasaran pekerjaan di Malaysia pulih pada suku pertama tahun ini dengan bilangan jawatan bertambah 148,520 kepada 8.57 juta berbanding suku sama tahun sebelumnya, demikian menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM). Bagi perbandingan suku ke suku, tenaga kerja Malaysia meningkat 41,400 jawatan pada tiga bulan pertama tahun ini, berbanding suku sebelumnya. Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin, berkata penambahan jawatan itu disokong perniagaan yang terus beroperasi ketika fasa…

Read More

Malaysia Perlu Agresif Beri Peluang Pekerjaan Secara Holistik Kerajaan perlu menghalang pekerja mahir tempatan berhijrah ke luar negara dengan meningkatkan gaji serta beri peluang pekerjaan secara holistik. Baca seterusnya. JOHOR BAHRU: Usaha menghalang pekerja berkemahiran tempatan berhijrah ke luar negara termasuk Singapura boleh dilakukan melalui polisi menyeluruh yang memberi fokus terhadap keseluruhan ekosistem ekonomi negara. Bekas Menteri Besar Johor, Datuk Seri Ir. Hasni Mohammad berkata, langkah itu perlu disegerakan kerana perkembangan menunjukkan terdapat peningkatan mendadak berhubung penghijrahan pekerja tempatan ke luar negara. Menurut beliau, peningkatan mendadak sejak lebih tiga dekad lalu itu perlu dihentikan terutamanya melibatkan penghijrahan rakyat Johor ke…

Read More

Bantu Sembunyikan Etnik Rohingnya Akan Dikenakan Tindakan! Mana-mana individu yang memberi perlindungan mahupun menyembunyikan tahanan etnik Rohingya boleh dikenakan hukuman denda tidak lebih RM5,000 atau penjara sehingga lima tahun. Baca seterusnya. PUTRAJAYA – Jabatan Imigresen Malaysia percaya 60 tahanan etnik Rohingya yang meloloskan diri dari Depot Imigresen Sementara Sungai Bakap, Pulau Pinang masih bebas dan dipercayai dilindungi komuniti itu di negara ini. “Masih ada 60 orang etnik Rohingya masih bebas dan mereka dipercayai bersembunyi dalam komuniti mereka mungkin di Pulau Pinang dan Selayang dan Kuala Lumpur,” kata Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud. Beliau memberi amaran, mana-mana individu…

Read More

Jangan Guna ‘Agama’ Untuk Lariskan Produk! Penjualan produk didakwa sebagai ‘makanan sunah dan penawar’ kerana diiringi bacaan doa dan zikir ketika proses pembuatannya sebelum dijual pada harga tidak masuk akal, masih berleluasa di negara kita. Baca seterusnya. KUALA LUMPUR: Penjualan produk didakwa sebagai ‘makanan sunah dan penawar’ kerana diiringi bacaan doa dan zikir ketika proses pembuatannya sebelum dijual pada harga tidak masuk akal, masih berleluasa di negara ini walaupun ia jelas bertentangan dengan keputusan Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan. Produk yang didakwa sebagai keluaran Muslim itu, dijual pada harga sehingga RM500 bergantung berat dan pakej beberapa jenis barangan tertentu, dipromosikan menerusi…

Read More

Ringgit Malaysia Bakal Mengalami Gangguan Minggu Depan. Ringgit Malaysia dijangka menyaksikan urus niaga tidak menentu berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada minggu depan, seiring dengan prestasi mata wang negara pesat membangun lainnya. Baca seterusnya. KUALA LUMPUR – Ringgit dijangka menyaksikan urus niaga tidak menentu berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada minggu depan, seiring dengan prestasi mata wang negara pesat membangun lainnya. Malah, ketidaktentuan urus niaga mata wang itu juga diunjur dipengaruhi oleh langkah monetari Rizab Persekutuan AS yang lebih ketat selain dasar monetari di negara utama lain seperti China dan Jepun yang menumpukan dasar akomodatif bagi menghidupkan semula ekonomi masing-masing.…

Read More

Harga Minyak Dunia Naik Lagi! Harga minyak naik mendadak pada hari Rabu selepas Kesatuan Eropah (EU) mendedahkan rancangan untuk menghentikan minyak Rusia secara berperingkat-peringkat, sekali gus mencetuskan kebimbangan bekalan yang ketat. Baca seterusnya. NEW YORK – Harga minyak naik mendadak pada hari Rabu selepas Kesatuan Eropah (EU) mendedahkan rancangan untuk menghentikan minyak Rusia secara berperingkat-peringkat, sekali gus mencetuskan kebimbangan bekalan yang ketat. West Texas Intermediate (WTI) bagi penghantaran Jun menokok AS$5.4 atau 5.3 peratus, untuk ditutup kepada AS$107.81 dolar setong di New York Mercantile Exchange. Minyak mentah Brent untuk penghantaran Julai meningkat AS$5.17 atau 4.9 peratus untuk ditutup kepada AS$110.14…

Read More

Malaysia-Thailand: Tiga pintu Kompleks Imigresen Telah Dibuka! Tiga pintu Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) sempadan Malaysia-Thailand di negeri ini mula dibuka hari ini bagi tujuan komersial dan lawatan sosial. Tiga pintu ICQS tersebut ialah Rantau Panjang, Bukit Bunga dan Pengkalan Kubor. KOTA BHARU – Tiga pintu Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) sempadan Malaysia-Thailand di negeri ini mula dibuka hari ini bagi tujuan komersial dan lawatan sosial. Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) Kelantan Azhar Abd Hamid berkata, tiga pintu ICQS tersebut ialah Rantau Panjang, Bukit Bunga dan Pengkalan Kubor. Beliau berkata, individu yang ingin memasuki Thailand dan…

Read More

Mengapa Kedah Berusaha Keras Untuk Menjadi Pengeksport Ketum? Kerajaan Kedah secara terbuka memohon kepada Persekutuan bagi membenarkan negerinya mengeksport daun ketum secara sah ke Thailand pada Mac lalu, sehingga berlaku perdebatan umum. Baca seterusnya. Perkara dilihat luar biasa berlaku apabila kerajaan Kedah secara terbuka memohon kepada Persekutuan bagi membenarkan negeri itu mengeksport daun ketum secara sah ke Thailand pada Mac lalu, sehingga berlaku perdebatan umum. Selama ini kerajaan negeri tegas memberi pelbagai amaran kepada pemilik tanah terutama berstatus pertanian bahawa hak milik mereka boleh dirampas jika didapati melanggar syarat tanaman ditetapkan, malah tindakan itu dikatakan hampir dilakukan sebelum ini. Disebabkan…

Read More

Peminat Astronomi Berpeluang Menyaksikan Hujan Tahi Bintang Eta Aquariid. Sabtu ini dijangka berlakunya curahan ‘hujan’ tahi bintang Eta Aquariid di negara kita. Baca seterusnya. PUTRAJAYA: Peminat astronomi di negara ini berpeluang menyaksikan curahan ‘hujan’ tahi bintang Eta Aquariid menjelang awal pagi Sabtu ini, jika cuaca baik. Menurut hantaran Agensi Angkasa Malaysia (Mysa) menerusi laman sosialnya, fenomena itu sebenarnya sudah boleh disaksikan sejak 19 April lalu sehingga 28 Mei ini. “Bagaimanapun kemuncak taburan hujan meteor kejadian ini diunjurkan berlaku awal pagi 7 Mei 2022 dengan purata dianggarkan sekitar 50 meteor per jam dapat dilihat,” jelasnya. Mysa memaklumkan, peristiwa curahan Eta Aquariid…

Read More