Bakar Lori

Bakar Lori Sediri. Ini Hukuman Yang Dijatuhkan Oleh Mahkamah.

“Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa dengan sengaja menghalang seorang pegawai JPJ daripada menjalankan tugas rasmi”


 

 

KUALA TERENGGANU – Seorang pemilik lori yang sebelum ini tular kerana membakar kenderaan miliknya bagi mengelak disita Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) didenda RM3,500 oleh Mahkamah Majistret di sini pada Isnin.

Tertuduh, Mohamad Aimullah Che Ambok, 31. Mengaku bersalah selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan ke atasnya di hadapan Majistret Noor Mazrinie Mahmood.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa dengan sengaja menghalang seorang pegawai JPJ daripada menjalankan tugas rasmi di hadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Padang Air, Jalan Tepoh Kuala Nerus kira-kira jam 1.30 tengah hari pada 22 Oktober lalu.

Mohamad Aimullah didakwa mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda maksimum RM10,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Mahkamah kemudian memutuskan tertuduh didenda RM3,500 atau penjara lima bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.

Pendakwaan kes itu dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nur Anith Nabilah Rusli, manakala tertuduh diwakili peguam, Abdul Hayyi Salim.

Pada 22 Oktober lalu, media melaporkan lelaki berkenaan bertindak membakar lori miliknya sendiri selepas kenderaan tersebut diarahkan disita oleh pegawai JPJ dalam operasi di daerah Kuala Nerus.

@pokjuejasarantau Nmpak nk sita sgt oner bakar terus lori🔥🔥🔥 #undangundangmalaysia #lawantetaplawan #pilotdarat #fyp ♬ Keadilan Mati Sunyi – Rockai

LAPORAN TERDAHULU

Seorang pemilik lori mengambil tindakan drastik dengan membakar kenderaannya sendiri semata-mata mahu mengelak daripada disita Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu.

Pengarah JPJ Terengganu, Mohd Zamri Samion berkata. Kejadian berlaku kira-kira jam 1.30 tengah hari di hadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Padang Air, di sini pada Rabu.

Menurutnya, ketika itu pasukan rondaan JPJ mengesan sebuah lori yang disyaki melakukan pelbagai kesalahan lalu lintas.

“Hasil pemeriksaan mendapati pemandu lori berkenaan merupakan remaja bawah umur. Manakala Lesen Kenderaan Motor (LKM) kenderaan tersebut telah tamat tempoh lebih dua tahun.

“Semakan lanjut mendapati lori itu gagal menjalani pemeriksaan Puspakom sejak tahun 2023,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Menurutnya, anggota JPJ kemudiannya mengambil tindakan menyita lori terbabit. Mengikut peruntukan undang-undang. Namun pemilik kenderaan yang tiba di lokasi enggan memberi kerjasama.

“Pemilik lori berkenaan cuba menghalang tindakan anggota JPJ dengan bertindak membakar kenderaan itu sekali gus menyebabkan berlakunya kekecohan di lokasi kejadian,” katanya.

Mohd Zamri berkata. Hasil siasatan awal mendapati pemilik syarikat mempunyai enam saman aktif atas nama syarikat serta empat saman atas nama pemandu.

“Antara kesalahan yang direkodkan termasuk memandu tanpa LKM sah, tiada insurans, pemandu bawah umur di bawah 17 tahun serta dua kesalahan ubah suai kenderaan,” jelasnya.

Tegasnya, JPJ tidak akan berkompromi terhadap mana-mana individu yang melanggar undang-undang atau cuba menghalang tugas penjawat awam.

“Tindakan seperti ini bukan sahaja menjejaskan integriti undang-undang. Malah mengundang risiko keselamatan kepada anggota JPJ serta pengguna jalan raya lain,” katanya.

Menurut Mohd Zamri, tindakan lanjut akan diambil selaras dengan peruntukan Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) selain dirujuk kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk siasatan lanjut.

“Kes ini juga akan dilaporkan kepada Jabatan Tenaga Kerja (JTK) bagi siasatan berkaitan penggajian pemandu bawah umur,” ujarnya.

Sumber : SH

Share.
Leave A Reply