TERKINI. Seorang Lelaki Cuba Rampas Submesingan Di Balai Polis. | KHALIFAH MEDIA NETWORKS : GEORGETOWN: Seorang lelaki ditahan ketika cuba merampas submesingan jenis HK MP5 daripada anggota polis yang bertugas di pintu pagar Balai Polis Dato Keramat di sini, awal pagi tadi.

Polis

Suspek berusia 35 tahun dikatakan menunggang sebuah motosikal, menghampiri anggota yang sedang menjalankan tugas di pintu pagar balai berkenaan pada jam 4 pagi sebelum meminta anggota membuka laluan masuk itu.

MENGELUARKAN KATA-KATA KESAT

Ketika anggota berkenaan meminta suspek menyatakan tujuan ke balai, suspek tiba-tiba mengeluarkan kata-kata kesat terhadap anggota berkenaan selain menceroboh masuk perkarangan balai berkenaan.

Sebaik memasuki pekarangan balai, suspek cuba merampas submesingan jenis HK MP5 dalam milikan anggota berkenaan namun gagal.

Susulan itu, anggota berkenaan cuba menenangkan suspek termasuk memberi amaran supaya tidak mengulangi tindakannya, tetapi suspek secara tiba-tiba membuka topi keledarnya dan menyerang anggota tersebut.

TINDAKAN SUSPEK GAGAL

Bagaimanapun, tindakan suspek gagal selepas anggota berkenaan yang dibantu rakan setugas berjaya menahannya.

Susulan pergelutan yang berlaku, suspek mengalami kecederaan di muka dan tangan ketika anggota melakukan tangkapan dan kini sedang menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP).

Menurut sumber, suspek berada dalam keadaan mabuk ketika kejadian tetapi saringan ujian air kencing didapati negatif dadah.

Sementara itu, Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Hamzah Ahmad ketika dihubungi memaklumkan pihaknya akan mengeluarkan kenyataan media berhubung insiden itu.

Susulan tangkapan itu, suspek kini direman empat hari bagi membantu siasatan.

Sumber : SH

 

 

KES TERDAHULU : KRONOLOGI SERANGAN BALAI POLIS ULU TIRAM.

Siasatan insiden serangan ke atas Balai Polis Ulu Tiram awal pagi tadi yang mengorbankan dua anggota polis dan suspek mati ditembak, turut membabitkan dua pelajar institusi pengajian tinggi (IPT).

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, memaklumkan pelajar lelaki berusia 22 tahun dan pelajar perempuan berumur 21 tahun itu ditahan kerana dipercayai ada kaitan dengan serangan terbabit.

TAK LOGIK LAPOR KES 2 TAHUN LALU

“Mereka ditahan untuk siasatan lanjut kaitan dengan serangan itu. Adalah tidak logik untuk melaporkan kes cabul dua tahun lalu pada jam 2.30 pagi.

“Ketika laporan sedang dibuat pula, tiba-tiba balai diserang. Jadi kita akan siasat dengan rapi dua pelajar berkenaan,” katanya yang turut memperincikan kronologi serangan jam 2.54 pagi berkenaan.

● 2.30 pagi: Dua pelajar IPT, lelaki dan perempuan hadir ke balai untuk membuat laporan polis mengenai kes cabul yang sudah berlaku dua tahun lalu.

● 2.35-2.54 pagi: Ketika dua pelajar berkenaan sedang membuat laporan polis, suspek masuk ke kawasan balai dengan motosikal dan terus ke bahagian belakang balai.

ANGGOTA POLIS DISERANG

● Seorang anggota polis pergi ke bahagian belakang balai untuk memeriksa, tetapi diserang dan ditetak mati oleh suspek. Suspek kemudian merampas senjata api anggota berkenaan.

● Dua anggota polis dimaklumkan mengenai serangan itu bergerak ke belakang balai memeriksa dan berlaku tembak menembak dengan suspek.

● 2.54 pagi: Seorang daripada anggota polis berkenaan maut terkena tembakan pada bahagian pipi yang tembus kepala. Seorang lagi anggota berjaya menembak mati suspek.

● Dua pelajar itu ditahan bagi siasatan lanjut pembabitan mereka dengan serangan itu.

● 6 pagi – polis menyerbu rumah keluarga lelaki berkenaan di Ulu Tiram. Dan pemeriksaan mendapati ada beberapa maklumat berkait kumpulan JI di kediaman berkenaan. Susulan itu kesemua lima ahli keluarga suspek berusia antara 19 tahun hingga 62 tahun. Yang dipercayai anggota serpihan JI ditahan untuk siasatan lanjut.

Sumber : SH

 

Jika anda nak tahu tempat makan best boleh ke website kami : TEMPAT MAKAN BEST

Share.

Leave A Reply