Bantuan Awal Persekolahan 2024 (BAP) KPM | Bantuan awal persekolahan akan diberi sebanyak RM150 kepada semua murid tanpa ambil kira had pendapatan ibu bapa pada Januari 2024. Bantuan ini dinaikkan berbanding sebelum ini RM100 dan akan diberi pada awal tahun hadapan. Kementerian Pendidikan (KPM) memaklumkan, bantuan secara ‘sekali bayar’ itu akan memberi manfaat kepada 5,254,200 orang murid.

Baru-baru ini terdapat berita baik dari kerajaan di mana bantuan awal persekolahan RM150 akan disalurkan Januari 2024. Kementerian Pendidikan (KPM) berkata, bantuan secara ‘sekali bayar’ itu akan memberi manfaat kepada 5,254,200 orang murid. Bayaran akan disalur melalui sekolah dan diagih kepada murid secara tunai atau kredit ke akaun bank.

“KPM percaya BAP dapat membantu meringankan beban perbelanjaan ibu bapa atau penjaga dalam menyediakan kelengkapan anak-anak bagi menghadapi sesi persekolahan 2024,” kata KPM menerusi kenyataan.

Penjelasan dibuat susulan timbul kebimbangan sesetengah pihak mengenai ketiadaan BAP dalam pengumuman Belanjawan 2024, seperti yang media katakan. Kementerian Pendidikan memaklumkan, sekitar RM788.13 juta diperuntukan dalam Belanjawan 2024 khusus untuk BAP. Berikut adalah info lanjut tentang Bantuan Awal Persekolahan secara umum.

Apakah Bantuan Awal Persekolahan (BAP)?

Bantuan Awal Persekolahan (BAP) mula diperkenalkan pada tahun 2012 bertujuan untuk meringankan beban perbelanjaan persekolahan anak-anak yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga terutamanya pada awal tahun.

Sebelum ini, bantuan ini diberi untuk murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau yang setaraf dengannya dari kalangan keluarga yang berpendapatan Isi Rumah Kasar RM3,000.00 dan ke bawah.

Dalam Bajet 2023 sebelum ini, Kerajaan telah umumkan menyediakan Bantuan Awal Persekolahan sebanyak RM150 untuk semua murid, tanpa mengira had pendapatan dan usul ini dibuat oleh Kerajaan Perpaduan pimpinan PM Anwar Ibrahim.

Kadar Bantuan

Murid yang layak akan menerima BAP akan diberi bantuan sebanyak RM150.00 bagi seorang murid secara sekaligus (one-off).

Syarat / Kriteria Kelayakan Bantuan Awal Persekolahan (BAP)

Pemberian BAP kepada murid dibuat berdasarkan kriteria berikut:

a) Murid warganegara Malaysia:

b) Murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau yang setaraf dengannya bagi Sesi Persekolahan 2023 / 2024; dan

c) Murid bersekolah di :

i. Sekolah Kerajaan (SK)
ii. Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK)
iii. Sekolah Agama
iv. Sekolah Swasta Persendirian yang berdaftar dengan Kerajaan
v. Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih
vi. Sekolah Integriti
v. Sekolah Henry Gurney

Kaedah Penyaluran Bayaran

  • Bantuan akan disalurkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) secara berperingkat terus ke ;
    • Akaun Kumpulan Wang Kerajaan (KWK) sekolah; ATAU
    • Akaun Khas Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) bagi sekolah yang tidak punyai Akaun KWK
  • Pengagihan Bantuan Awal Persekolahan dibuat sama ada secara:
    1. Tunai; atau
    2. Disalurkan terus ke akaun bank murid

Tarikh Penyaluran BAP 2024

Mulai Januari 2024

Maklumat Lanjut

Tiada talian hotline khusus tetapi penjelasan BAP boleh dirujuk melalui Surat Pekeliling Kewangan Bilangan 20 Tahun 2020: Bantuan Awal Persekolahan di laman web rasmi KPM.

Borang Bantuan Awal Persekolahan

Pihak sekolah akan tetapkan cara permohonan dan kaedah pembayaran untuk mereka yang layak. Bagi sesetengah sekolah, murid atau ibu bapa tidak perlu membuat permohonan kerana murid akan dipilih oleh pihak sekolah melalui data pendapatan ibu bapa. Selain itu, sekolah juga akan edarkan borang berikut:

1. BORANG PERMOHONAN BANTUAN PERSEKOLAHAN (BORANG PB1)

2. BORANG PENGESAHAN PENDAPATAN (BORANG PB2)

Oleh itu, ibu bapa atau penjaga perlu mengemaskini data pendapatan terkini melalui sistem atau borang tersebut.

NOTA:

Pendapatan KASAR bulanan adalah pendapatan yang mengambil kira gaji hakiki tau gaji pokok dan elaun-elaun tetap sahaja. Elaun lebih masa dan yang bersifat tidak tetap tidak boleh diambil kira sebagai pendapatan KASAR bulanan.

Ibu bapa/ penjaga boleh memuat turun dan mencetak borang PB 1 & 2 atau dapatkan di pejabat sekolah.

Maklumat Lanjut

Untuk info lebih lanjut tentang Belanjawan 2023, anda boleh layari Portal Malaysia supaya anda dapat info yang sahih dan tepat. Maklumat lanjut tentang program lain di dalam Belanjawan 2023, anda boleh layari laman web Bantuan Rakyat. Sebarang info lanjut dari Kerajaan bersama kita nantikan dan kami akan berikan anda info penting dari masa ke semasa.

Diharapkan agar artikel Bantuan Awal Persekolahan(BAP) 2024 ini memberi manfaat kepada insan yang layak. Sebarkan laporan atau info bantuan ini kepada sahabat, jiran atau orang lain yang anda rasa layak untuk terima bantuan ini. Beringatlah bahawa mereka juga salah seorang dari kita, tetapi memerlukan lebih banyak bantuan serta dorongan.

Seterusnya, anda juga boleh tengok info terkini yang tepat dari kami di sini.

 

Share.

Leave A Reply