Bapa Mengamuk Rambut Anak Dipotong Ustaz. Ini Yg Terjadi Selepas Itu. | KHALIFAH MEDIA NETWORKS : SHAH ALAM – Tular video berdurasi 1 minit 20 saat yang memapar tindakan seorang lelaki menengking seorang guru kerana tidak berpuas hati rambut anaknya di potong dalam kejadian di sebuah sekolah agama swasta dekat sini.

potong

Lelaki berkenaan bertemu dengan guru yang bertanggungjawab untuk mendapatkan penjelasan tentang kewajaran pihak sekolah memotong rambut anaknya.

“ Yang kau usik ni bukan anak binatang, rambut panjang tak masuk neraka, kau tahu tak,

“Rasulullah punya rambut macam mana?,” soal lelaki itu,

Lelaki itu turut mempertikaikan tindakan guru berkenaan mengenakan hukuman kerana anaknya belajar di sekolah swasta yang dibayar.

Sementara itu, di ruangan komen rata-rata orang ramai mengecam tindakan lelaki berkenaan kerana menyerang guru terbabit di sekolah.

Muhd Yusri berkata, isu berkenaan boleh diselesaikan dengan cara baik tanpa perlu menyalahkan guru t secara terbuka.

“Tugas pendidik adalah untuk memastikan pelajarnya menjadi seorang yang berilmu dan berakhlak kerana murid adalah tanggungjawab guru di sekolah, ibu bapa tidak perlu campur,” katanya.

Zaidee pula berkata, tindakan lelaki berkenaan menengking dan mengherdik guru terbabit dengan bahasa yang kasar adalah tidak wajar.

“Hantar anak ke sekolah agama tapi perangai ayah memalukan, kalau tak nak kena denda tak payah hantar anak pergi sekolah,” ujarnya.

 

@sinarharianonline Tular video berdurasi 1 minit 20 saat yang memapar tindakan seorang lelaki menengking seorang guru kerana tidak berpuas hati rambut anaknya dipotong dalam kejadian di sebuah sekolah agama swasta. Lelaki berkenaan bertemu dengan guru yang bertanggungjawab untuk mendapatkan penjelasan tentang kewajaran pihak sekolah memotong rambut anaknya. Lelaki itu turut mempertikaikan tindakan guru berkenaan mengenakan hukuman kerana anaknya belajar di sekolah swasta yang dibayar. #SinarHarian #SinarTerkini #VideoViral #Bapa #SekolahSwasta #PotongRambut ♬ original sound – Sinar Harian

 

DARIPADA FB MOHD FADLI SALLEH

Serius la? Laki tu pergi potong rambut anak ustaz tu pula rupanya. Qisas katanya.
Aje giler. Harap ustaz tu buat report polis la. Abang long, ayahanda kawasan situ, pergi la cari laki tu tegur sikit. Biar ada adab dengan ustaz.
Melampau sangat perangai laki tu.
Yang terlepas bas, ni kes laki mengamuk kat sekolah lepas anak dia rambut panjang kena potong dengan ustaz, guru disiplin.
#MFS
– Tenat –

 

potong

Apa yang ditulis oleh Cikgu Fadli, Lelaki tersebut bertindak memotong rambut anak kepada ustaz itu sebagai balasan ‘qisas’. Cikgu Fadli memohon supaya ustaz berkenaan membuat laporan polis di atas kejadian itu. Hal ini kerana, tindakan lelaki itu amat melampau dan tiada adab.

 

potong potong potong

Di komen-komen juga ada yang mengaku kejadian itu berlaku di depan matanya dan ada video ketika lelaki itu memotong rambut anak ustaz berkenaan. Namun, video itu masih dalam simpanan dan belum didedahkan kerana masih belum mendapat kebenaran ustaz terbabit.

Menurut mereka juga, lelaki itu bertindak memotong rambut anak ustaz itu dengan kasar dan buruk. potong

Share.

Leave A Reply