Bapa Tiri Durjana. Ini Yg Terjadi Kepada Gadis Ini. | Di Instagram, seorang gadis menceritakan detik ‘hitam’ yang dialami dirinya apabila didakwa didera oleh oleh bapa tirinya.
Bapa tiri keluar bilik air terus pukul
Menerusi beberapa perkongsian di InstaStory, gadis yang dikenali sebagai Dahlia itu mendedahkan bahawa bapa tirinya telah mencekik serta menampar pipi sebelum ditolak dan kepala dihentak ke lantai.
Dia tendang badan saya berulang kali. Dia pijak kepala Dahlia banyak kali sambil hentak guna kaki dia. Mata bengkak lebam dan pecah darah sebab dia pijak guna tumit.
Jelas Dahlia lagi, rambutnya pernah ditarik, malah dia turut dilempang berkali-kali serta diterajang sehingga terhantuk ke pintu. Menceritakan kejadian tersebut, dia turut mendakwa bapa tirinya pernah mengambil parang di dapur kerana ingin menetaknya. Walau bagaimanapun, jirannya yang melihat kejadian terbabit membawa Dahlia lari masuk ke rumah.
Kepala Dahlia bengkak. Doktor check dia terkejut kepala bengkak teruk. Belakang badan dari bahu sampai ke kaki bengkak. Rahang mulut pun bengkak. Kunyah, bersin pun sakit menguap tak boleh.
Mata Dahlia pecah darah tak nampak dengan jelas sampai sekarang. Doktor hospital terus hantar pergi Taiping untuk jumpa pakar mata. Doktor pakar kata eye movement tak okay.
Trauma dengan kejadian yang terjadi, gadis berusia 19 tahun itu kemudiannya membuat laporan polis. Difahamkan, dia ingin berjumpa dengan ibu kandungnya, namun tidak lama selepas itu berlakunya pertengkaran mulut dengan ibunya.
Bapa tiri saya keluar dari bilik air terus tendang saya di hadapan pintu rumah dan kemudian kawan saya bawa saya pergi dari situ dan menghantar saya ke rumah bapa kandung.
Senyum & tergelak kecil
Bukan itu sahaja, ibu serta bapa tirinya tetap menyalahkannya kerana tidak memaafkan mereka. Malah, ketika gadis berkenaan meluahkan segala apa yang dirasainya, lelaki terbabit hanya tersenyum serta gelak kecil.
Masa Dahlia cakap semua tu, Dahlia luahkan apa yang Dahlia rasa sampai menangis. Dia (ayah tiri) boleh senyum. Dia senyum lepas tu gelak kecil depan saya. Ya Allah manusia jenis apa ni.
Hati bapa mana yang tidak remuk apabila melihat anak kesayangannya yang dihantar ke rumah bekas isteri dalam keadaan elok secara tiba-tiba diperlakukan seperti itu.
Kalau sampai macam ni saya terkejut jugak. Saya hantar dia rupa elok tiba-tiba balik macam ni.
Bukti-bukti dipukul
View this post on Instagram
View this post on Instagram
View this post on Instagram
View this post on Instagram
SUmber : OB