Bawa Mayat Dengan Motosikal Selama 6 Jam.

| September 26, 2020 | 0 Comments

Bawa Mayat Dengan Motosikal Selama 6 Jam.| BANGKOK – Ia sememangnya kejadian yang pelik apabila mayat seorang wanita di Thailand terpaksa dibawa dengan menaiki motosikal.

Mayat

Wanita berusia 70 tahun itu ditemui oleh para petani kerana dipercayai mati lemas ketika bersembunyi di sebuah pondok simpanan pada Selasa lalu.

Menurut petani, mangsa cuba untuk mencuri makanan disimpan mereka, namun terperangkap di bawah papan lantai.

“Berdasarkan pakaiannya, wanita itu dipercayai berasal daripada puak bukit Mlabri. Pondok itu terletak kira-kira 80 kilometer di utara bandar berhampiran puncak gunung yang menjadi perkampungan puak tersebut,” ujarnya.

Difahamkan, mereka terpaksa menggunakan motosikal untuk mengangkut mayat wanita terbabit berikutan ketiadaan kereta.

Seorang ahli paramedik mengikat mayat berbalut kain putih tersebut pada tubuhnya.

Kumpulan kakitangan perubatan itu melalui perjalanan selama enam jam sebelum tiba di kuil Buddha paling hampir untuk melakukan upacara pengebumian. – Agensi

Sumber : SH

Tags: , , , , ,

Category: DUNIA, INFORMASI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *