Bayi Tak Sempat Sentuh Ibu. Wanita Maut Lepas Lahirkan Anak Kerana Covid-19.

| December 1, 2020 | 0 Comments

Bayi Tak Sempat Sentuh Ibu. Wanita Maut Lepas Lahirkan Anak Kerana Covid-19. | Moscow: Baru dilahirkan, tetapi seorang bayi lelaki di St Petersburg, Rusia, tidak sempat mengenali ibunya selepas wanita itu meninggal dunia akibat Covid-19.

Malah, datuk dan nenek bayi itu sebelum ini juga meninggal dunia akibat virus sama.

Ia menyebabkan bayi itu menjadi satu-satunya ahli keluarganya yang terselamat daripada Covid-19.

Mirror UK melaporkan bahawa sebelum ini, datuk kepada bayi itu, Kirey Pinchin, 64, dimasukkan ke hospital bagi menjalani pembedahan.

Bagaimanapun, selepas lapan hari discaj dari wad, lelaki itu meninggal dunia akibat Covid-19, pada 5 November lalu.

Ia disusuli isteri lelaki itu, Vera, 62, yang meninggal dunia akibat jangkitan virus sama, pada 12 November.

Difahamkan, ibu bayi itu, Svetlana Sorochinskaya, 36, pula dijangkiti virus sama ketika mengunjungi Kirey di hospital.

Dalam pada itu, The Sun melaporkan bayi itu dilahirkan tidak cukup bulan dan terpaksa ditempatkan di dalam inkubator dengan bantuan alat pernafasan.

Ketika ini, bayi itu berada di bawah jagaan pihak hospital.

Difahamkan, susulan berita kematian wanita itu, seorang lelaki tampil dan mengakui bahawa dia adalah bapa kepada bayi berkenaan.

Bagaimanapun, sepupu kepada Sorochinskaya berkata, ahli keluarga perlu menunggu keputusan ujian DNA (asid deoksiribonukleik) bagi membuktikan sama ada dakwaan individu terbabit adalah benar.

Sumber : Metro

Tags: , , , , , , ,

Category: DUNIA, INFORMASI, KELUARGA, KESIHATAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *