Berang Dengan Majikan. Tindakkan Wanita Ini Buat Bosnya Rugi RM5juta. | Gara-gara tidak berpuas hati dengan ketua, seorang wanita bertindak memulakan kebakaran menggunakan pemetik api di premis tempat dia bekerja.

Namun tidak disangka, perbuatannya itu mengakibatkan kemusnahan yang besar!

Wanita 38 tahun itu didakwa menggunakan pemetik api untuk membakar sekeping kertas sebelum melemparkannya ke dalam tong minyak di gudang Prapakorn Oil di Thailand.

Kebakaran itu yang menyebabkan kerugian lebih 40 juta baht (kira-kira RM5,040,146.95).

Dalam kejadian itu, api difahamkan merebak dengan pantas ke seluruh bangunan gudang setingkat yang digunakan untuk menyimpan beribu-ribu liter tangki minyak.

Foto dan video kebakaran menjadi tular di media sosial. Jelas bebola api dan asap hitam tebal memenuhi ruang udara.

Rakaman CCTV menunjukkan seseorang masuk ke dalam gudang dengan sekeping kertas di tangan sebelum hilang di sebalik deretan kontena di sebuah unit rak.

Leftenan Jeneral Wilayah, Thanayut Wuttijarathamron berkata suspek telah ditangkap di rumahnya dan didakwa kemudiannya mengaku melakukan pembakaran.

Suspek yang telah bekerja sembilan tahun di Prapakorn Oil turut cedera dalam kejadian pada 29 November itu.

Dalam siasatan pihak polis, suspek mengaku menyalakan api. Ia dipercayai berpunca daripada perasaan wanita itu tertekan dengan kritikan majikan yang tidak berpuas hati dengan hasil kerjanya.

“Dia berkata majikannya sering tidak berpuas hati dengan kerjanya hingga membuatkan dia tertekan setiap hari.

“Suspek tidak menyangka kebakaran kecil yang dimulakan menyebabkan kerosakan sebegini teruk,” kata Thanayut.

MailOnline melaporkan 40 jentera bomba dikejarkan untuk memadamkan kebakaran. Bomba mengambil masa empat jam untuk mengawal kebakaran daripada merebak.

Difahamkan suspek masih ditahan bagi membantu siasatan.

Susulan kebakaran, pakar alam sekitar pakar juga dihantar ke kawasan itu untuk memantau kualiti air di terusan Khlong Om Yai, yang terletak di sebelah gudang berkenaan.

Sumber : Sinar+

Share.

Leave A Reply