Bomba Berjaya Selamatkan Gadis Usia 18 Tahun Cuba Bunuh Diri. | SELAYANG – Akibat cinta terhalang seorang remaja perempuan cuba untuk terjun dari tingkat lapan sebuah kondominium, di Kampung Kenneison, di sini petang ini.
Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, seramai 13 anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Selayang serta Petaling Jaya dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pukul 2.16 petang.
“Setibanya di lokasi kita mendapati remaja perempuan berusia 18 tahun itu sedang berdiri di balkoni rumahnya di tingkat lapan.
“Mangsa juga bertindak mengunci pintu dari dalam dan bersendirian di rumah ketika kejadian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Jelas Norazam, bomba serta ibu mangsa cuba memujuk remaja perempuan itu dan berjaya diselamatkan pada pukul 3.45 petang.
Katanya, mangsa dipercayai bertindak demikian akibat mengalami tekanan kerana masalah cinta.
Sumber : Kosmo