Budak 10 Tahun Pandu Kereta Terlibat Kemalangan. | KHALIFAH MEDIA NETWORKS : SEREMBAN: Seorang kanak-kanak berusia 10 tahun dikesan memandu kereta milik keluarganya bersama rakan. Sehingga terbabit kemalangan dengan dua kenderaan lain dalam kejadian di Jalan Arowana 2, Taman Arowana Impian di sini. Malam tadi.
Difahamkan, dalam kejadian kira-kira jam 9.30 itu. Kereta terbabit turut dinaiki seorang lagi kanak-kanak berusia sembilan tahun.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din, berkata. Bagaimanapun tiada sebarang kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu.
KERETA TERBABAS
“Siasatan awal mendapati. Kemalangan berlaku ketika kereta jenis Toyota Corolla dipandu seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun bersama rakannya berusia sembilan tahun.
“Kereta itu dipercayai milik ibu bapa kanak-kanak berkenaan. Manakala rakannya pula adalah anak kepada jiran.
“Mereka dari arah Apartment Arowana Impian ke Taman Arowana Impian. Apabila tiba di lokasi kejadian, kereta itu dikatakan terbabas ketika melalui selekoh,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata. Kereta terbabit kemudiannya dikatakan melanggar sebuah van jenis Toyota yang diparkir di kiri bahu jalan.
“Akibat rempuhan itu, van berkenaan menggelongsor ke hadapan. Dan merempuh sebuah kereta jenis Perodua Kancil yang diparkir di hadapannya,” katanya.
Beliau berkata, polis menasihatkan semua pihak untuk mematuhi peraturan jalan raya dan ibu bapa atau penjaga supaya memantau tindakan anak-anak bagi mengelak kejadian seperti itu.
“Tindakan tegas akan diambil kepada pemandu yang melakukan kesalahan dan jika pelaku adalah kanak-kanak, ibu bapa atau penjaga juga akan diambil tindakan.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 39(1) dan Seksyen 111 Akta Pengangkutan Jalan 1987, Kaedah 10 Kaedah-Kaedah Lalulintas Jalan 1959 serta Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya.
BERITA LAIN
SEPANG: Seorang kanak-kanak lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini, atas pertuduhan memandu kereta PERODUA Viva, bulan lalu.
Kanak-kanak berusia 12 tahun itu didakwa melakukan perbuatan itu di Taman Putra Impiana, Puchong, Selangor pada 7.30 malam, 28 Julai lalu.
Pertuduhan mengikut Seksyen 39 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39(5) Akta Pengangkutan 1987 yang memperuntuk denda tidak melebihi RM2,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Ketika prosiding yang dilakukan secara tertutup itu, Timbalan Pendakwa Raya Nur Sabrina Zubairi menawarkan jaminan RM1,000, dengan seorang penjamin, bagaimanapun peguam Nabilla Rosli yang mewakili kanak-kanak itu memohon jaminan rendah, atas alasan jaminan itu perlu ditanggung oleh bapanya yang turut didakwa.
Muhammad Bukhori menetapkan jaminan RM500 bagi kanak-kanak terbabit dan RM2,000 bagi bapanya masing-masing dengan seorang penjamin warga tempatan.
Mahkamah menetapkan 4 September ini sebagai tarikh sebutan kes.
Sumber : BH